Thursday, June 26, 2014

BERKERJA DAN TERUS BERKERJA

Assalammualaikum w.b.t semua.
Lama tak jumpa. Ramadhan dah semakin hampir.

Saat aku menaip entri ni, aku bersendiri di pejabat. Yang lain cuti buatan sendiri - al-maklum la, JDT menang la katakan. Aku masih di sini, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji. Tapi, sebenarnya ia lebih dari itu. Aku di sini kerana ini tuntutan agama. Kerja mencari rezeki itu satu ibadah. Dan aku mencari rezeki yang halal. Takut nanti akan dipersoalkan pula. Eh~ Eh~ cakap pandai, yang pergi tulis blog masa kerja ni tak salah ke? Well, kerja semua dah siap dan bos bagi masa untuk aktiviti bebas. Yahuuu yabedabedu!

Dulu aku tertanya-tanya. Kenapa gaji besar pun kadang-kadang rasa tidak cukup? Tak perasan kemana hilangnya duit gaji tu. Bila dibelanjakan? Memang betul, terkadang aku rasa gaji aku ni tak dapat dinikmati pun. Sehinggalah aku terbaca kisah ini : ANTARA PENDAPATAN RM2,800 SEBULAN, UDANG GORENG DAN ZUHUD dan aku terkesan dengan ayat penulis yang berbunyi;
Orang yang mempunyai duit RM10 juta sekalipun, mungkin rezekinya hanyalah RM500,000
Sejak tu, aku banyak menginsafi diri. Kadangkala aku lupa untuk menyukuri dengan apa yang ada, tetapi nak minta lebih lagi dari Allah. Malunya aku. Tak berterima kasih tapi nak lagi. Hidup aku sekarang ni hampir sama dengan kehidupan penulis blog tersebut. Bearada di zaman kejatuhan. Tapi, dari satu sudut lain, Allah sedang mendidik aku untuk bersyukur, redha dan lebih dekat dengan-Nya.

Ramadhan semakin tiba.

Masa yang sangat sesuai untuk membersihkan hati dan menjadi insan yang lebih berguna. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu makna buat aku.

Selamat menjalani ibadah puasa semua~

No comments: