Thursday, December 5, 2013

INILAH KEHIDUPAN



Wow, lama betul tak menaip di sini. Bukan setakat bersawang dah laman ni, hampir roboh barangkali. Apa khabar rakan blog yang dirindui sekalian?
Lama tak ketemu, kita semakin menginjak dewasa.
Ya, kita semakin berpijak di alam nyata. Meredah onak duri, hutan belukar kehidupan. Satu perjalanan yang menceritakan ‘INILAH KEHIDUPAN’. Mungkin ianya seindah yang digambarkan, mungkin juga ia sebaliknya. Cerita saya, ada pasang-surutnya. Terkadang ketawa, terkadang menangis. Sesungguhnya nikmatnya kehidupan ada pada berpenat-lelah. Kita perlu redah!
Saya mula mengenali sandiwara manusia, saya mula mengenali apa itu kawan dan apa itu kawan, saya mula mengenali pentingnya bercita-cita, saya mula mengenali hidup tak semudah apa yang dirancang. Ya, terlalu banyak yang saya baru kenali.
Dalam kita khusyuk mendaki tangga kehidupan, pasti ada yang  datang menyapa kita. Dan orang itu mungkin akan jadi kawan seperjuangan atau barangkali lawan. Kita tidak akan pernah berjaya meneka siapa mereka buat kita. Kerana, sifatnya manusia adalah sentiasa berbolak-balik hatinya.
Jadi, apa yang perlu dilakukan, utamakan cita-cita sendiri baru fikir orang lain. Itu apa yang saya belajar juga.
Perjalanan kita berbeza.
Apa yang anda suka, saya tak suka. Apa yang saya suka, anda tak suka. Kita tak boleh memaksa orang terima pemikiran kita sama sepertimana orang tidak boleh memaksa kita terima pemikiran mereka. Adakah ini egois?
Terkadang egois itu perlu. Kerana, hanya kita yang tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita rasa. Kita bisa berkongsi pemikiran, tetapi untuk berkongsi perasaan, ianya hampir kepada MUSTAHIL. Kerana sedih, suka, duka yang kita rasa tidak akan sama dengan apa yang mereka rasa.
Inilah ragam kehidupan, ada masanya kita perlu berdiplomasi, ada kalanya kita perlu egois.
Sekian.

No comments: