Tuesday, August 2, 2011

YANG TAK PERLU KETIKA RAMADHAN


Assalammualaikum w.bt dan salam Ramadhan.

Alhamdulillah, kita masih bernafas dan diberi peluang sekali lagi untuk berada dalam bulan mulia ini. Bulan yang penuh keberkatan. Dalam bulan ini jugalah, amalan ditingkatkan bagi merebut keredhaan-Nya.

Saya menulis entri ini pada 2 Ramadhan berdasarkan apa yang saya dapati pada 1 Ramadhan.

1.Riak di MukaBuku

Seperti yang kita sedia maklum, MukaBuku ini memang kuat dugaannya. Fenomena yang saya lihat, dinding MukaBuku saya penuh dengan status yang berunsurkan riak. Contohnya:

Pergi terawih tadi di sinun”. Saya bukan nak kata ianya salah. Tetapi mungkin lebih baik jika tukar sedikit kepada “jom terawih sama-sama” atau “aku harap esok jemaah masjid akan dua kali ganda ramai”.

Menu hari ini : ayam goreng sebesen, kankung belacan sekuali, asam pedas seperiuk, soya sebaldi, kuih seloyang” dan ditambah dengan gambar-gambar yang menggiurkan. Itu sangat la tidak bermanfaat untuk dilakukan. Apa kata tukar kepada menu dan gambar rakyat Palestine atau Bangladesh berbuka puasa agar datangnya keinsafan pada semua dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

2.Berebut dengan yang berpuasa

Bertahun-tahun saya amati. Jika bazaar Ramadhan bermula pada jam 3 petang, orang yang terawal sampai untuk membeli biasanya adalah orang-orang yang tidak berpuasa (bukan Islam). Sekali lagi, saya tak kata ianya salah. Cuma, jika ada antara kami yang berpuasa datang, KALAU BOLEH beri la laluan kepada kami dahulu. Yang ini, ditujukan buat mereka yang berbuat sedemikian sahaja. Jika anda tidak melakukannya, sila jangan melenting ya.

Buat mereka yang tidak tahu apa itu puasa, saya nak beritahu. Kami tidak makan dan minum pada siang hari (secara umum). Harap faham. Sila jangan dah beli ayam panggang itu dan terus ‘ngap’ sambil jalan depan kami. Bukan nak kata iman kami lemah (insya-Allah), tetapi ianya adalah tidak sopan.

3.Mengeluh

Ya, cuaca di Malaysia kini memang agak panas. Siapa suruh tak reti jaga alam sekitar, kan dah jadi pemanasan global – padan muka pada diri kita sendiri. Berpuasa dalam cuaca yang agak panas memang lebih mencabar. Tekak sentiasa kering, bibir pecah, ulser dan macam-macam lagi. Saya percaya, majoriti antara kita merasai situasi ini. Jadi, tak perlu nak berkeluh-kesah yang seolah-olah anda seorang yang lapar dan dahaga dan panas.

Apa itu puasa? Menahan lapar dan dahaga kan. Jadi, tahankan je la. Islam juga tidak zalim. Kalau memang dah tak larat sangat tu, sampai boleh jatuh sakit dengan erti kata lain boleh memudaratkan, dinasihatkan untuk berbuka. Tetapi, ganti balik puasa tu nanti.

Itu sahaja buat kali ini. Ingat, saya tidak kata ianya salah. Cuma saya nak kata, ianya tidak perlu!

Selamat menjalani ibadah puasa ya semua.



p/s : 10 jari tersusun memohon maaf jika ada yang tersinggung.

2 comments:

Sufy said...

betul tuh, sy pun setuju sgt2..:)

Aisar said...

puasa baru beberapa hari,lagu rasa dh pasang.mcm nk menghalau ramadhan je.

-smlt menjalani ibadah ramadhan.posa penuh,duit raye pon penuh :p