Tuesday, June 14, 2011

VIRUS ‘JEWWW’


Isu penyalahgunaan bahasa semakin menjadi-jadi. Ok, memang tak salah kalau nak gunakan bahasa ringkas dalam penulisan (bahasa SMS). Ya la, ianya lebih pantas dan menjimatkan ruang terutamanya ketika menaip **SMS. Yang terbaru, Twitter pun memerlukan jumlah huruf yang terhad. Memang tak salah kalau nak berbahasa SMS.

Yang salahnya, bila anda menjadikannya semakin hodoh disebut. Saya paling tak suka orang-orang yang menggunakan bahasa begini,

Sy ske awk jew. Awk x syg sy kew?” atau “Aq x igt lew.”

Secara jujurnya, kalau ini disangkakan sebagai satu arus pemodenan bahasa, saya mengaku saya seorang yang kolot. Tapi, saya merasakan bahawa penggunaan bahasa ini sungguh TIDAK RELEVAN. Pertama kali saya terima SMS begini, saya siap bawa *HP kepada pakar bahasa SMS untuk tolong terjemahkan. Langsung saya tak faham.


Dahulu, para setiausaha perlu memperlajari penulisan ringkas yang dipanggil sebagai ‘trengkas’. Kalau dalam bahasa Inggerisnya, ia dipanggil sebagai Short Hand. Tapi, berpadanan dengan namanya dan tujuannya iaitu untuk meringkaskan. Kalau yang ada tambah huruf di belakang ni, ermm~ apa pula tujuan utamanya?

Itu dah boleh dikategorikan sebagai meleweh. Orang yang cakap meleweh ni atau dalam erti kata lain tidak tajam (sharp), agaknya tidak suka akan kepantasan. Dalam erti kata yang lebih positifnya, sabar. Tapi, ini adalah penyabaran yang sedikit merosakkan.

Awk ske x mkn ayam golek?”

“Sy ske jew”

‘Jew’ itu boleh membawa kepada maksud lain iaitu Jewish (Yahudi). Dalam erti penuhnya, “saya suka Jewish”. Sebelum zaman ‘lew’, orang suka menggukan perkataan ‘ler’. Saya mengaku, saya sendiri kadang-kadang menggunakan perkataan tersebut. Cumanya, tidaklah sampai semua perkataan saya nak tambah ‘R/r’ di belakang yang boleh dikatakan sebagai ‘OVER’. Lepas R, orang gantikan dengan W. Agak-agaknya lepas ni huruf apa pula ya? Leq, lez, ley, lei???

Bahasa ni dah macam bahasa trademark sesuatu zaman. Mana taknya, yang faham hanya antara kalangan mereka yang sebaya. Orang tua-tua macam saya ni, memang la tak faham.

Adik-adik, bukan salah nak memendekkan penulisan dengan tujuan menjimatkan masa dan ruang. Tapi, agak-agak la. Kalau dah sampai meleweh-leweh ni, orang pun rimas nak baca. Silap-silap, pengsan depan HP sebab otak tak dapat nak menterjemah mesej kamu tu.

Saya sendiri dalam proses mengurangkan penggunaan bahasa SMS selepas sedar bahawa gejala ni semakin buruk. Gunalah bahasa penulisan penuh agar semua orang pun boleh faham. Malah, google translate pun boleh terjemah dalam pelbagai bahasa lain. Syaratnya, ejaan PENUH.

Selamat membaiki bahasa.

*HP - Handphone
**SMS - Short Message System

3 comments:

Aisar said...

bdk2 time buat karangan bhs melayu spm pon kengkadang tertulis gk bhs ringkas ni.parah!

alien said...

betul tu.
tulis lah dengan bahasa yg ramai paham utk mengelakkan salah faham.

hang tuah said...

Banyak meleweh