Thursday, June 2, 2011

Re-Post : KUASA 'WORD OF MOUTH'

Kali ini, saya nak membebel mengenai kesan ‘word of mouth’ dalam aktiviti manusia di muka Bumi ini. Ya, sebagai ahli pemasaran dan perniagaan, ‘word of mouth’ amat penting bagi mereka. Sehinggalah, ianya boleh menjadi salah satu strategi perniagaan yang paling menguntungkan syarikat.

Apa ‘word of mouth’(WOM) ni?

Kalau nak didefinisikan dari segi saintifik, bolehlah kalian ‘google search’ atau ke Wikipedia untuk cari (cheh, pemalas punya penulis). Bukan apa, nak kurangkan kepanjangan entri la. Senang cerita, WOM ni adalah apa yang seseorang sampaikan kepada orang lain. Tak kiralah samada yang disampaikan tu baik atau tidak.

Contohnya, Si A pergi makan di warung Pak Abu dan makanan di situ sangat sedap dan murah. Lalu, Si A terus sampaikan kepada Si B, “kau kalau nak makan, warung Pak Abu memang berbaloi”. Lalu, ianya akan berpanjangan seperti satu rantaian maklumat tanpa henti.

Dalam perniagaan, strategi WOM ini sangat berkesan dalam menarik pelanggan baru. Secara psikologinya, manusia akan lebih mudah mempercayai kata-kata dari seseorang yang rapat dengannya berbanding orang yang tidak dikenalinya. Sehinggakan, saya rasa seperti penggunaan ‘tagline’ sudah kurang berkesan. Sebab ianya adalah sifat positif yang digambarkan oleh syarikat yang belum diketahui kebenarannya. Manakala WOM ini pula, adalah berdasarkan pengalaman individu itu sendiri. Jadi, ianya adalah lebih dipercayai dan berkuasa.

Disebabkan WOM, jika maklumat yang disampaikan adalah positif, orang yang tidak teringin nak cuba pun akan berani mencuba. Dan, orang yang tak pernah cuba pun, tak akan ingin mencuba jika maklumat yang disampaikan adalah, “makanan di Warung Pak Abu tu tak sedap langsung!”

Syarikat-syarikat suka dengan strategi ni.

Sebabnya, ianya adalah efektif dan PERCUMA! WOM tak perlu dibayar kerana ianya adalah maklumat berdasarkan pengalaman pengguna. Dahlah percuma, efektif pula tu. Kaedah ini sangat berguna bagi organisasi perkhidmatan, sebab organisasi ini adalah bersifat subjektif yang bersandarkan pengalaman pengguna itu sendiri.

Kuasa WOM ni bukan mampu memberi kesan kepada syarikat sahaja, tetapi setiap manusia juga.

Cuba kita bayangkan jika kita menggunakan kaedah ini atas individu bukannya perniagaan. Apa akan jadi? Kalau kita cakap yang baik-baik pasal seseorang pada kawan kita. Serta-merta kawan kita pun akan suka atau berprasangka baik pada dia yang dimaksudkan. Begitu juga sebaliknya boleh berlaku.

Disebabkan perkataan yang terkeluar dari mulut, ianya boleh memberi impak positif ataupun negatif kepada seseorang. Senang cakap, ianya boleh dianggap sebagai ‘bergantung pada mulut kita apa yang dikeluarkan’.

Seperti pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut bukan setakat badan kita yang binasa malah badan orang lain pun turut berpotensi untuk binasa.

Pernahkah kalian rasa seperti tiba-tiba kalian kehilangan ramai kawan padahal kalian tidak buat salah pun dengan mereka? Ataupun, pernahkah pula kalian rasa seperti tiba-tiba ramai pula orang yang nak berkawan dengan kalian?

Mungkin, ianya adalah kesan WOM!

Kita tidak pernah tahu apa yang berlaku dibelakang kita. Dalam kita mengawasi langkah di hadapan, rupa-rupanya ada yang mencebik di belakang. Siapa tahu? Walaupun Nabi s.a.w mengajar kita untuk sentiasa berkata yang baik-baik sahaja. Namun, tidak semudah berkata, mahu melaksanakannya umpama batu menghempap kepala. Kata Wahid Senario;

“Lumrah manusia, mustahil untuk kita tidak mendengar keburukan seseorang atau tidak memperkatakan keburukan seseorang. Tetapi, kita boleh kurangkannya”

Bukankah memasang niat dan kita berusaha untuk membina iman dan akhlak yang lebih baik itu adalah lebih terpuji dari kita tidak langsung mahu memperbaiki diri? Jika kita tidak mampu berkata tentang kebaikan, adalah lebih baik kita berdiam diri. Ingatlah kata-kata ini;

“Berkata-kata itu seperti ubat. Sedikit di ambil, bermanfaat. Banyak di ambil, nescaya membunuh”

Itulah kuasa ‘WORD OF MOUTH’

1 comment:

alien said...

kuasanya memaang melampaui pemikiran kita...
kalah iklan2 di billboard n tV..
kan..