Monday, June 6, 2011

“AKU NAK CANTIK”

Oppp~ Sila tarik hand brake cepat-cepat ya. Tajut di atas tu, bukan untuk saya. Tapi, tipu la kan kalau kita cakap yang kita tak nak cantik. Paling minima pun, kita nak orang pandang kita dengan pandangan yang menyelesakan. Yang jadi masalahnya adalah apabila kita menjadi OBSES untuk cantik. Sanggup cucuk sana, cucuk sini, jumpa Tok Moh Siam, sedut lemak, buat pembedahan plastik dan macam-macam lagi la.

Kalau muka tu terbakar yang mengakibatkan kecacatan, lepas tu buat pembedahan untuk betulkan mana yang tak betul tu tak apa la. Tapi, muka sempurna je pun sibuk nak pergi usik tu buat apa. Nak jadi Cat Women?!

Sesungguhnya, mengubah ciptaan Tuhan itu adalah dilarang.

"dan akan aku (syaitan) suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya". (QS An-Nisaa` : 119). Ayat ini datang sebagai kecaman atas perbuatan syaitan yang selalu mengajak manusia untuk melakukan berbagai perbuatan maksiat, di antaranya adalah mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah). Pembedahan plastik untuk mempercantik diri termasuk dalam pengertian mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya haram.



Apa yang dikatakan oleh Luthfi tu ada benarnya. Filem memang pemberi impak besar kepada tingkah laku manusia. Yes, memang sesetengah filem yang beradegan rempit tu semua kononnya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Tapi, yang negatifnya, orang akan menyimpan cita-cita untuk jadi macam tu. Dalam entri sebelum ni saya ada sebutkan mengenai seorang budak bercita-cita nak jadi orang jahat sebab nanti boleh bawak kereta laju-laju.

Lambakan video lucah di internet pun sedikit sebanyak turut menyumbang atas hal ni. Pelakon video ni biasanya akan menggunakan model yang berpotongan seksi. Kesannya, orang lelaki pun nak perempuan yang seksi jadi pasangan. Yang perempuan pula, seolah-olah bersaing untuk mendapatkan Si Lelaki, jadi kena la ikut.

Kesan akhirnya, diri akan dibelenggu nafsu.

Saya sangat mengkecam filem-filem yang meletakkan adegan 18sx dalam penceritaannya. TAK PERLU! Walaupun mukadimah sahaja, tetap TAK PERLU!

Walaupun pembikin filem cakap, “ini adalah realiti yang tak perlu nak disembunyikan lagi”. Kamu sudah mengheret pemikiran semua orang kepada hak sedemikian rupa kini sudah sinonim. Orang akan rasa bahawa benda ni dah tak salah lagi. Akan ada yang berfikiran, “ohh~ bukan aku seorang je rupanya”. Lama-kelamaan, ianya akan menjadi budaya baru.

Seperti mana yang telah dilakukan oleh penulis blog Adinda, membuat pengakuan berani mati dan selamba bahawa dia bukan lagi seorang dara. Lepas ni, berapa ramai lagi yang nak buat pengakuan macam tu? Bila pengakuan-pengakuan ni dikumpul, tak mustahil Malaysia juga akan seperti Barat. Gadis-gadis malu untuk mengaku bahawa dia masih dara yang membawa kepada persepsi TAK LAKU.

Nak cantik? Tak salah. Tapi jangan sampai ianya menjadi salah. Cukup sekadar jangan sampai ada yang pengsan bila tengok kita. Islam ajar kita, tutup wajah (berpurdah) seandainya wajah itu terlalu hodoh atau terlalu cantik. Orang kita, bila hodoh merendah diri, bila cantik lupa diri.

Islam ajar lagi, cukuplah dengan bersederhana. Bersyukur dengan apa yang ada.

1 comment:

alien said...

cantik luar cantik dalam baru cantik sebenar