Friday, May 20, 2011

KITA TAK TAHU

Siapa pernah baca kisah seorang bapa yang keletihan, anak-anak pula meliar dalam LRT dan seorang pengguna LRT yang bengang sebab Si Ayah biarkan je anak tu? Kisah ni tersebar agak meluas juga di FB. Ya, kisah ni buatkan kita perlu berfikir dari satu sudut yang berbeza.

Apa, tak pernah baca?

Ok, ini ringkasannya. Pengguna yang bengang tu pun pergi la tegur Si Ayah dengan nada agak keras supaya diamkan sikit anak-anak tu. Tiba-tiba Si Ayah menangis, maka bermulalah penyingkapan cerita di sebalik tabirnya. Rupa-rupanya Si Isteri sedang tenat di hospital dan anak-anak tersebut belum mengetahui akannya. Anak-anak tu pula, sedang gembira nak bertemu Si Ibu yang sekian lama dihalang untuk berjumpa atas faktor kesihatan. Haa..lebih kurang gitu la kisahnya.

Itu bagi yang bertanya. Macam mana pula bagi pengguna lain yang menghukum dengan sumpah seranah dalam hati tanpa tahu apa sebabnya.

Satu perkara yang kadang kala kita terlupa, ‘setiap apa yang berlaku itu pasti ada sebabnya’.

Semalam sedang saya dalam perjalanan ke tempat kerja, ada seorang pakcik bermotorsikal di tengah-tengah laluan kereta. Aduh, masa kita nak cepat, dia pula boleh bersantai yang membuatkan hati sedikit panas. Tiba-tiba dia menghulurkan tangan memberi tanda mahu belok ke kiri. Beristighfar saya kerana ada rasa yang begitu. Melihat tangan yang dihulur itu menggigil-gigil, hati yang marah menjadi simpati.

‘Tuhan, rahmati dan peliharalah keselamatan orang ini dunia dan akhirat’

Sungguh, manusia ini suka menghukum tak kena tempat. Melihat pada mata kasar, lupa untuk melihat pada mata hati dan perut. Sebab itulah kita menjadi tidak berhati perut.

Renung-renungkan la. Siapa kita untuk marah?

Ada lagi satu kisah yang saya baca. Seorang doktor yang benci dengan seorang pesakit. Hati berkata, ‘dasar Mat Rempit’. Dalam perasaan yang begitu benci terhadap golongan ini, di satu lampu isyarat merah, Mat Rempir berkenaan melulu laju. Doktor berbisik lagi, ‘memang dasar Mat Rempit tak pernah serik’. Tiba-tiba Mat Rempit berhenti di tepi jalan hanya kerana ingin memindahkan bangkai anjing ke tepi jalan bagi mengelak dari ianya terus dilenyek hancur oleh kenderaan lain. Si Doktor terus terkesima. Orang yang disangka hina, rupanya lebih mulia.

Renung-renungkan lagi. Siapa kita untuk menghukum?



p/s : Tiba-tiba terfikir, macam mana boleh wujudnya perkataan ‘hati perut’?

2 comments:

alien said...

ada org lain lebih baik dari kita
em

Iliana said...

ye..ada orang lebih jahat dari kita juga ekekekeke =p