Tuesday, May 10, 2011

KAPAL TERBANG

Huarghhh~ macam baru bangun dari tidur je nak mulakan menulis di sini. Hurp~ hurp~ hurp~ ‘warming up’ sikit, regangan jari sikit, tarik nafas, kemudian menulis.

Ok, entri ni Cuma sebuah penceritaan pengalaman saya. Jarangkan saya tulis tentang pengalaman yang ala-ala catatan diari di sini (ye ke?). Tapi, atas permintaan teman seperjuangan di Manila dulu, keterujaan ini dipanjangkan ke sini. Siapa yang anti Bruno Mars, sila hentikan pembacaan anda di sini hehe.

Al-kisah al-kapal terbang bermula

Dengan kejutan demi kejutan yang menimpa diri sendiri sepanjang pagi 9 April 2011 membuatkan tenaga dalam badan sedikit lemah. Bertambah lemah lagi bila nak kena pikul beg yang berat macam satu almari sarat untuk ke lapangan terbang antarabangsa Ninoy Aquino, Manila. Tapi, apakan daya, takkan nak tinggalkan. Memang penat.

Dengan ‘hand carry bag’ yang seberat 5kg tergalas di bagu, rasa jalan pun macam nak terbalik ke belakang. Syukur lapangan terpang berkenaan bersifat rata. Sampai di balai berlepas dapat pula pengumuman penerbangan MAS Manila-Kuala Lumpur ditunda sejam. Memang menduga mata saya yang dalam keadaan layu. Kalau ada bantal, memang dah selamat sampai Kuala Lumpur dalam mimpi.

Penantian akhirnya tamat bila pengumuman boleh masuk ke kapal terbang berkumandang. Sedang terkial-kial nak angkat beg, ternampak pula seorang jejaka kulit putih nun jauh di sudut lain.

“Yana, lelaki tu macam Farid Kamil la”

“A’ah. Tapi bukan kot Izza”

“Entah-entah Farid Kamal. Muka sama haha”

Maka, kami pun beratur dengan penuh disiplin untuk ke dalam perut kapal terbang. Tengok-tengok, dah ada seorang yang duduk sebaris dengan kami. Suasana sangat meriah masa tu. Saya pun tak tahu kenapa. Layankan je la. Oh, lupa nak beritahu, orang yang duduk sebaris dengan kami tu adalah Si Farid Kamal.

Ohh~ syurga dunia sungguh bila dapat duduk di dalam kapal terbang. Memang amat dinanti-nantikan oleh mata yang kengantukan. Sejurus beberapa minit kapal terbang berlepas, suasana masih lagi bising. Rupa-rupanya ada seorang mamat berkulit hitam yang seronok sangat membuat hiburan percuma. Dan dia adalah rakan kepada Farid Kamal.

Apa-apa je la, masa nak tidur dah sampai. Yeahhh~

Tak tahu la samada saya berdengkur atau apa, Izza tiba-tiba cuit tangan saya dengan muka penuh keterujaan.

“Yana, tau tak kita sekarang ni satu ‘flight’ dengan Bruno Mars?”

Eh, artis kegemaran saya tu. Muka masih ‘blur’ lagi.

“Dia ni (Farid Kamal), ‘guitarist’ Bruno Mars”

“Ooo~ ye ke”

“Yana, Bruno Mars tu yang mana satu ye?”

“Laa…ingat kenal. Yang nyanyi lagu ‘Grenade’ tu”

“Lagu yang mana?”

“’Easy come, easy go’ tu haa..”

“Oooooo…tau tau”

(p/s kalau korang nak tahu, dan dan la lagu ‘Grenade’ keluar kat radio Hitz.fm ni. Saja je nak psiko proses penulisan den. Cisss~)

Senyum-senyum, ‘setting’ sikit, sambung tidur. Ohh, sungguh kejam tindakan itu. Macam tak ada apa-apa je reaksi saya. Macam-macam lagi kejadian pelik tapi benar sepanjang penerbangan empat jam tu.

Dipendekkan cerita

Tayar dah pun mencecah bumi Malaysia. Agak-agak tindakan kejam tadi tu patut ditebus ke tak? Bukan apa, saya tak nak la ada artis antarabangsa yang datang jauh-jauh ke Malaysia berpendapat orang Malaysia ni tak menyeronokkan.

“What’s your name?”

“Kenji”

“Ooo..Benjy”

“Haha..no, Kenji” (sopan-sopan je dia gelak)

“Ooo sorry Kenji. Here, I give you this. Keep it as a remembrance okay”

“Thank you. I will keep it”

Macam anak dara kena pinang, lalu saya pun sarungkan gelang di tangan Kenji. Saya ni fanatik gelang. Kebetulan masa tu, ada tiga gelang di tangan. Bagi satu apa salahnya kan. Izza pula nak bagi topeng ‘masquerade’ pada kawan Kenji yang seronok menghiburkan para penumpang tu.

“Kenji, is it ok if I want give this to Jamareo?”

“Err…no, just keep it”

“Why?”

“He will broke it”

“Okay, can we take picture with Bruno Mars?”

“Sure. But not here, outside I think we can”

Maka, proses memikul beg 5kg pun bersambung. Sedang kami tercengang-cengang mencari jalan keluar di KLIA, nampak la seorang jejaka yang tak seberapa nak tinggi tetapi bertopi ala-ala nak ke pantai. Aha~

“Haa..Izza, tu la Bruno Mars”

Yang peliknya, dalam kapal terbang punya la beria nak bergambar dengan Bruno Mars. Dah depan mata, masing-masing kelu je. Saya ni, jangan cakap la. Pemalu haha. Sepanjang perjalanan dalam KLIA, kami jalan beriringan dengan Bruno Mars. Tapi, peluang bertegur sapa dilepaskan begitu sahaja sehingga la kami semua keluar dari terminal.

Ok, itu je la ceritanya. Siapa minat Bruno Mars angkat kaki macam saya. Kenapa saya minat Bruno Mars? Sebab dia kelakar. Sekian.



p/s : satu permintaan tertunai - alangkah leganya rasa ^^

4 comments:

alien said...

hari tu fes time dgr lagu bruno mars
lagu dia ala2 MJ
bile search pasal bruno mars di google, yeh mmg muzik dia ada influence MJ
hehe

Iliana said...

Alien :

Bruno Mars tu, fan dia panggil 'next generation of MJ'
Dulu kecik-kecik, dia selalu masuk pertandingan menari ala-ala MJ

Sebab BM sendiri minat MJ heh heh heh =p

nahmy said...

bruno tu berasal dr 'mars' kan??

Iliana said...

Nahmy :

Haha..Alien la ni ye..uishh..takut la..

"A rocket to Mars" ke "A rocket from Mars"

konfius =p