Sunday, May 15, 2011

ANAK MODEN

Tiba-tiba la pula nak cerita tentang anak. KENAPA? Ya, terima kasih kepada yang bertanya haha (perasan). Al-maklum la, insya-Allah Julai nanti saya akan naik pangkat dengan memegang jawatan Mak Su. Tepuk~ Tepuk~ haaa. Jadinya, saya sekarang dalam inisiatif memahami jiwa kanak-kanak (chewah). Nak jadi Mak Su terbaik la katakan heh heh heh.

Jom mula…

Saya perhatikan, majoriti (bukan semua) kanak-kanak zaman sekarang ni mentalitinya matang. Tak macam zaman 80 dan 90-an macam saya dulu. Budak sekarang, dengan adanya susu canggih manggih pelbagai fungsi tu, memang lain macam gayanya.

Syiling vs Kertas

Ok, ni bukan la nak cakap tentang yang buruk ya. Cumanya, budak zaman sekarang ni hingusan lagi dah pandai bezakan duit. Saya ingat lagi, dulu kalau masa raya kalau dapat duit syiling lagi suka dari dapat duit kertas. Perasan nilai syiling tu lagi besar dari duit kertas. Budak sekarang, dapat je duit syiling, dah buat muka tak puas hati. Minimum kena bagi seringgit.

Alat kawalan jauh TV vs Telefon bimbit

Dulu, saya pernah buat satu eksperimen pada sepupu sendiri yang berumur dalam 8 bulan. Kami letak la dua barang depan dia, satu remote control TV dan satu lagi handphone kemudian tengok mana yang dia pilih. Bukan main laju lagi dia menuju ke handphone. Bila tukar barang antara kunci kereta dengan mainan dia, dia pilih kunci kereta. Isk isk isk~ budak ni kan. Kecik-kecik dah tahu mana yang lagi mahal.

Nak bergaya

Haa..ni lagi satu. Emak-emak ahli AVON la katakan. Mesti la dekat rumah banyak katalog AVON kan. Tengok mak beli gincu, bedak, kaler-kaler muka anak pun terikut. Selak je katalog AVON, terus sebut “waaa~” sambil buat muka kagum.

Nak jadi orang jahat

Yang ni parah sikit. Gara-gara pengaruh filem aksi ala-ala Fast n Furious yang melambak, anak-anak ni mula la simpan cita-cita yang pelik. Cikgu tanya,

“Ali, kamu nak jadi apa besar nanti?”

“Nak jadi orang jahat”

“Nak jadi orang jahat? Kenapa?”

“Sebab orang jahat boleh bawak kereta laju-laju”

Ok, ini adalah kisah benar ya bukan rekaan semata-mata.

Kalau ada contoh lain, sila tambah sendiri ya. Budak zaman sekarang terdedah dengan segala macam kemewahan, segala macam hiburan, segala macam ancaman. Yang paling parah, ancaman mentaliti. Sekrang ni, salun kanak-kanak pun dah ada, model kanak-kanak pun dah ada, kenderaan kanak-kanak pun dah ada.

Tambah pula dengan iklan-iklan di TV yang banyak menggunakan kanak-kanak, mereka lagi mudah terpengaruh. Memang ikut ilmu pemasaran, kanak-kanak yang terpengaruh boleh bawak untung kepada syarikat. Bila jajan diletakkan mainan contohnya, mesti anak akan merengek-rengek minta mak beli jajan tu. Padahal bukan nak jajan tu pun, tapi mainan. Akhirnya jajan tu terbuang dan membazir. Itu adalah salah guna aktiviti pemasaran.

Siapa pernah baca mengenai susu tepung di negara China yang diletakkan hormon pembesaran payudara? Bayangkan la, kanak-kanak baru 7 dan 8 tahun dah kena pakai baju dalam. Hello~ kalau ya pun awak tu gila s**s yang suka tengok perempuan berdada besar, jangan la nak aniaya kanak-kanak tu.

“Dog dog, come here”

Tu ayat salah satu budak yang panggil anjing sebab nak tiru cara kartun yang dia tengok. Budak tu bukan tahu pun yang anjing tu tak boleh dipegang sembarangan. Dek dalam kartun yang suka beramah mesra dengan anjing, budak ni pun nak la ikut.

Jadinya, satu cabaran untuk ibu bapa menjaga dan mendidik anak ni. Apa pun, kanak-kanak zaman sekrang memang bijak. Ibu bapa moden juga wajib menjadi lebih bijak agar anak tu tidak dimanipulasi oleh pengaruh-pengaruh yang tidak wajar.

6 comments:

apiz.kamarudin said...
This comment has been removed by the author.
apiz.kamarudin said...

endidikan sekunder untuk kanak2 adalah dari tv..hmmmm

Iliana said...

Boleh jadi bahan primer juga kalau disalah guna..yang positif, ada budak boleh fasih BI hanya dari kartun..yang negatif, dia dok ikut la buat yang bukan-bukan..

apiz.kamarudin said...

*kembali meng'follow' :)

nahmy said...

assalamualaikum. kanak2 mmg susah nak paham...mcm juga org nak paham kita masa kita kanak2 dulu. kita 'perhati' dan pimpin je mereka...wlupun kekdng kita plak 'terpaksa' jd kanak2 sekejap.

Iliana said...

Apiz :

heh heh heh..Terima kasih ^^

En. Nahmy :

waalaikumussalam wbt.
setuju..kadang-kadang, kita yang kena masuk dalam dunia mereka..