Monday, April 4, 2011

ERTI MERANTAU

Gedebak gedebuk, dah pun dalam minggu terakhir di Filipina. Alhamdulillah kerana segalanya lancar dan selamat. Terima kasih ya Tuhan atas nikmat dan peluang ini. Peluang yang entah akan diulang atau tidak.

Tergerak untuk kongsi sedikit kemanisan, kepahitan, ketawaran perjalanan di sini. Oh, bukan berniat untuk menunjuk, tapi menyebar ilmu yang cuma secebis. Orang kata, satu ilmu kita beri, sepuluh ilmu kita dapat. Sila betulkan niat dan terus membaca. Saya ikhlas memberi di sini, sila ikhlas menerima di sana.

Pertama kali sampai di Filipina, perasaan sengsara lebih dari gembira. Kesengsaraan paling ketara adalah dari segi makanan halal. Masa tu, sehari rasa macam dah seminggu. Makan nasi dengan garam pun pernah. Yang penting makan, untuk tenaga. Sengaja dibiarkan begitu, biar belajar erti susah. Kalau tak diperah buah tu, macam mana nak dapatkan jusnya kan?

Semakin lama, semakin serasi. Dah pandai naik tri-cycle dan jeepney. Wahh~ terasa macam diri ni kini adalah pinay. Seronok! Bila jurang perbezaan dapat dirapatkan, itu adalah yang sangat mengkagumkan.

Pernah beberapa kali saya tersilap naik jeepney. Hala yang sama, tapi jalan yang berbeza. Turun je la tepi jalan tu dan buat-buat yakin tahan jeepney lain pula. Kalau memang tak yakin, tanya je la mana-mana orang tempatan yang ada. Setakat ni, mereka pasti akan membantu.

Gara-gara kerap lompat terjun dari jeepney, kasut yang pakai bertahun-tahun di Malaysia boleh rosak dalam masa dua bulan sahaja di sini. Dibiarkan juga, pakai je la sampai sekarang kasut ni selagi boleh dipakai. Beli baru pun, akhirnya sama juga.

Orang memang kata senang nak berkomunikasi jika ke Filipina sebab mereka semua pandai berbahasa Inggeris. Opss~ itu adalah salah. Memang mereka berbahasa Inggeris, tetapi perkataan yang diguna adalah berbeza dan cara sebutan juga tak sama.

Hari pertama saya di sini, saya cakap teksi pun mereka tak faham. Sebab mereka tak sebut teksi, tetapi taksi. Mereka sebut dalam sebutan baku. Kita sebut rubbish, mereka sebut trash. Kita sebut top-up, mereka sebut reload. Benda yang sama, perkataan yang berbeza. Awal-awal sampai sini, dah macam ayam dengan itik, siap bersilang-silang tangan nak jelaskan. Fuhhh~

Yang paling mendebarkan adalah di saat kali pertama menghadapi gempa bumi. Lembik kaki, tergamam, blurrr~ tak tahu nak buat apa. Ingat dah cukup gempak dah nak bagitahu rakyat Malaysia yang Filipina ada gempa balik nanti. Tiba-tiba niat tu dipadam bila tahu yang orang Filipina ni memang tunggu kejadian gempa bumi sebab dah biasa. Kalau dalam masa setahun, tak sampai 22 kali gempa terjadi, memang pelik bagi mereka. Aisehhh~ ingat sekali sekala kui kui kui.

Dalam urusan perniagaan, nak dapatkan kepercayaan memang senang sikit. Malaysia terkenal dengan produk berkualiti dan kerana tahap ekonomi kita lebih baik, status kita juga adalah lebih tinggi. Kamu akan lebih menghargai Malaysia jika berada di Filipina.

Satu perkara yang mencabar untuk dijawab oleh saya adalah jika mereka banyak mengajukan soalan yang berkaitan dengan tudung dan makanan halal. Okay, ini beberapa dialog yang saya ingat (setelah dialih bahasa hehe);

“Iliana, kalau kamu ke tempat lain, kamu tutup kepala juga ke?”

“Iya”

“Kan rambut tu mahkota wanita, kenapa kena sorokkan?”

“Sebab ianya mahkota la saya sorokkan”

“Rambut kamu dishampoo ke?”

“Mesti la”

“Mesti rambut kamu keras macam dawai kan hahaha”

“Oh, lupa. Saya ada rambut ke? Hahaha”

“Kenapa ada orang yang tak tutup kepala?”

“Oh, yang tu saya pun tak pasti kenapa. Kalau nak tahu, tanyalah mereka sendiri hehe”

Ok, itu adalah dialog yang dipendekkan. Nak ikutkan, banyak lagi yang mereka tanya. Kenapa ada Muslim yang makan babi? Kenapa boleh kahwin empat? Macam-macam. Saya bukanlah seorang yang sempurna dalam Islam. Tetapi, dalam menjawab soalan begini, saya perlu menunjukkan segala yang baik. Dan, ianya bukanlah mudah.

Susah juga nak bercerita melalui menulis ya. Cukuplah sampai di sini ya. Nasihat saya, cubalah cari peluang untuk merantau dan rasai sendiri kemanisan budaya mereka. Untuk benar-benar megenali inti pati sesebuah negara, janganlah duduk Shangri-La hotel yang cuma check-in dan check-out. Kamu tak akan belajar apa-apa kecuali mencuci mata.

Pesan terakhir, jangan takut untuk mencuba ^_^

p/s : Saya ke Filipina melalui program praktikal luar negara UUM-MATRADE. Program ni turut ada antara UiTM-MATRADE dan UIA-MATRADE. Sesiapa yang ingin mencuba, sila jengah pusat praktikal di universiti anda. Semoga Berjaya!

Footnote : Jeepney dan tri-cycle adalah kenderaan tempatan Filipina. Pinay adalah gelaran bagi perempuan Filipina. Pinoy adalah gelaran bagi lelaki Filipina.

Maraming Salamat Po!

5 comments:

FarhanaLicious said...

mknanya dorang nak tau pasal agama kita tu.

Iliana said...

kalau begitu, syukur alhamdulillah..tapi, ada yang mencebik tak dapat terima..terutamanya bila cakap soal kahwin empat..

moral of the story : kena la dalami ilmu agama sedalam-dalamnya..

^_^v

nahmy said...

itulah yg dikatakan "tsunami emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri...". selamat balik ke negeri sendiri

Iliana said...

Hehe..En. Nahmy, saya kembali ke negara sendiri dengan penuh emas di tangan..Harap dapat berkongsi kemewahan ^_^

alfaqir ilAllah said...

Ambassador of a Moslem woman..All d best Iliana.. ;)