Wednesday, March 9, 2011

‘MEDICAL TOURISM’

Siapa pernah dengar istilah ‘medical tourism’ ni? Mesti ramai yang dah tahu kan. Nampaknya saya ni memang terlewat sikit bab pengetahuan am ni huhu. Tapi, nak cerita juga.

Saya sebenarnya baru sedar kewujudan penggunaan bidang perubatan sebagai senjata perlancongan kebanyakan negara. Dan, ianya semakin berkembang dan menjadi senjata utama bukan simpanan lagi dah. Termasuklah negara kita, Malaysia.

Apa tu ‘medical tourism’?

Ianya merupakan penyediaan pakej harga rendah kepada para pesakit untuk terima rawatan di negara yang menawarkan ‘medical tourism’ ni. Lain negara, lain tawarannya. Ada yang pakej sekali dengan harga tiket, hotel, percutian, makan minum dan macam-macam lagi. Negara yang paling hebat dalam ‘medical tourism’ ni adalah (jeng jeng jeng):

1. Lithuania

2. Turkey

3. India

4. Israel

5. Costa Rica

6. Hungary

7. Egypt

8. South Africa

9. MALAYSIA

10. Thailand
Nak ikutkan, bagus juga adanya benda ni. Yela, tak semua negara ada semua kepakaran yang memerlukan pesakit mengembara mencari penawar (wahh~ ayat macam zaman pendekar). Kalau ada pakej ‘2 in 1’ ke ’10 in 1’ ni pun bagus juga. Sambil sakit sambil melancong. Tapi, risiko tetap ada. Harga murah ni kadang-kadang disebabkan kualiti yang tak berapa bagus. Jadi, pastikan hospital atau negara yang kita nak pergi tu ada sijil pengiktirafan ‘Medical Tourism Association’.

Yang di belakang

Ikut laporan tahun 2007, seramai 750,000 orang Amerika (tu baru US tu) yang ke luar negara untuk perubatan. Tahun 2008, 1.3 million dan ganda dua pada tahun 2010. Meningkat kan. Ikut kajian lagi, orang-orang ni dapatkan rawatan dari negara luar sebab:

1. Teknologi yang lebih canggih (40%)

2. Nak kan kepakaran yang lebih bagus (32%)

3. Lebih cepat (15%)

4. Kos rendah (9%)
Tahun 2005, dari 1.2 million pesakit yang pergi ke Thailand untuk dapatkan rawatan, 64,000 pergi ke Bumrungrad International Hospital. Singapore pula terima 410,000 pesakit dan dijangkakan akan jadi 1 million pada tahun 2012. Tahun 2006, pesakit yang datang ke Malaysia untuk dapatkan rawatan adalah seramai 300,000.

Ni beberapa fakta mengenai kos dari agen penyiasat US (penyelidik) yang disalin dan tampal di sini. Maaf, tak berapa rajin nak ‘translate’:

• Medical care in Panama would cost up to 40% to 70% less in comparison to the U.S.
• A 40% to 50% savings in dental work and cosmetic surgery can be obtained in Hungary.
• Mexico is a favorite destination offering 25% to 35% savings for dental and cosmetic surgery.
• Costa Rica offers 30% to 40% savings for dental and cosmetic surgery services.
• Brazil offers cosmetic surgery services at 40% to 50% less.
• India provides various healthcare services at 20% of the U.S. cost.
• Various healthcare services can be obtained at 30% less than U.S. prices in Thailand.
• Singapore offers various medical services in 13 JCI accredited hospitals for only 35% less than U.S. prices.
• Cosmetic surgery and alternative medicine can be obtained in Malaysia for 25% of the U.S. cost.
Yang di depan

Dalam kedudukan ‘top 10’ tu, yang sekarang ni tengah hangat membangun adalah Thailand, Singapore dan India. Saya tak berapa nak cerita yang dua negara lain, tapi nak cerita tentang India. Sebab, orang selalu fikir India ni banyak mayat tepi jalan la, miskin la. Tapi, bank India dah masuk ‘top 100 world brand’. Maybank pun kalah. Lagi sekali, ‘don’t judge the book by its cover’.

Yang istimewa tentang India ni, mereka tawarkan servis perubatan harga rendah tapi bertaraf dunia dengan promosi ‘high-tech-healing’. Untuk tahun 2012, dijangkakan dari ‘medical tourism’ ni je, negara India boleh untung $2.3 billion. Sekarang ni, lebih 60,000 ‘cardiac surgeries’ dilakukan setiap tahun di India yang pesakitnya datang dari lebih 55 buah negara. Untuk lebih berkembang, setiap tahun, India akan mengeluarkan 30,000 doktor dan jururawat setiap tahun.

Ok, cukuplah untuk setakat ni. Kalau nak tahu lagi tentang ni, sila tanya Pakcik Google ye. Nak lagi mendalam, beli la report tengtang ni yang berharga $2,000 tu heh heh heh.

6 comments:

Samual said...

Its a really fantastic Blog. Medical tourism mixes leisure, fun and relaxation together with wellness and healthcare.


Cervical cancer treatment India

RAVI DHIMAN said...

I was searching some thing relevant to this, And i am feeling lucky, as its the perfect one for what i am looking for. I will share this. fitness trainer certification

adamstarc said...

What a wonderful blog. I got what i was looking for. Really thanks for sharing such a useful stuff. Brazil Butt Lift

Ricky jordan said...

Such a inspirable and good blog . I got new knowledge able while reading this . Keep sharing this type of informative blogs.
astrology signs

Allen soly said...

Thanks for the update.There is a scope to reach out for the best with the power of information in our hands that i got from your blog.
.Online Jewellery Shopping

Chrissy Wolbert said...

Nice and quite useful post. Keep up the good work!
Daily Horoscope Readings