Tuesday, February 1, 2011

SERVIS TERBAIK MANILA

Alhamdulillah dah masuk tiga minggu saya di Manila. Semakin dapat menyesuaikan diri di sini dan ianya semakin selesa. Ramai dari senarai sahabat blog saya terdiri dari mereka yang menjadi anak rantauan. Segala keperitan di perantauan dikongsi bersama dan sesungguhnya saya rasa teruja dengan cerita berkenaan. Dan kini, saya sendiri mengalaminya. Sungguh, yang manis itu pada gambaran, yang pahit itu kita sendiri yang merasainya.

Tiga minggu tidak kedengaran azan berkumandang secara live, tidak dapat mendedahkan identiti sebenar sebagai rakyat Malaysia (berbaju kurung) demi keselamatan, atas dasar ‘jimat’ makan hanya ala kadar, cukup sekadar memberi tenaga, hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada tanah air sendiri.

Itu hanya sebahagian pengembaraan hidup yang tidak terbeli di mana-mana dengan wang ringgit. Mahal!

Baiklah, saya mahu kongsikan sedikit keindahan berada di sini.

Hari pertama saya sampai hinggalah sekarang, layanan orang Filipina memang terbaik. Tidak pernah mencebik, tidak pernah mengeluh, semuanya dihulur dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas. Ianya tidak pernah saya rasa di Malaysia. Sungguh.

Bukan kerana double standard saya sebagai warga luar Filipina. Malah, mereka sering berbahasa Tagalog dengan saya kerana menyangka saya orang tempatan. Maklumlah, jika diikutkan sejarah Filipina, negara ini asalnya adalah di bawah pemerintahan Islam. Akibat penjajahan, transformasi agama kepada Kristian berlaku dan seluruh warga Filipina tahu akannya. Tidak ada pandangan sebelah mata bagi orang yang bertudung di sini kerana tudung juga adalah sebahagian dari mereka.

saya duduk di apartment. Seperti biasa, ada guard, ada cleaner dan sebagainya. Setiap kali saya melintas di depan mata mereka, mereka akan hormat dengan senyuman beserta ucapan. Tidak kira di mana sekalipun, walaupun di pasaraya. Yang sedang memanjat rak sekalipun, akan turun ke bawah seandainya terlihat seperti pembeli yang tercengang-cengang. Mereka tidak akan sekali-kali membiarkan pelanggan mereka terbiar.

Pernah sekali, saya membeli barang dengan agak banyak. Ketika saya mengambil troli untuk pulang, seorang pelayan di situ bertanya, “do you need my assist?” dan saya menolak kerana saya mahu menaiki teksi. Bagaimana mereka mahu membantu? Adakah mereka akan tunggu sekali?

Jawapannya adala IYA.

Pelayan berkenaan yang tolak troli itu menaiki lif, menahan teksi di tepi jalan, memunggah barang dan dialah juga yang membawa troli berkenaan balik.

Saya terkebil-kebil. Layanan yang diberi, sangat menerujakan.

Mereka semua terdiri dari anak-anak muda tempatan. Terdetik di hati, betapa mereka sanggup melakukan kerja yang begini pada umur yang muda untuk rezeki hidup. Kenapa tidak di Malaysia?

Di pejabat Matrade Manila, housekeeper kami terdiri dari seorang anak muda lelaki. Cuba lihat kembali di Malaysia. Jika kita tengok jawatan ‘housekeeper’ di pejabat, kebiasaannya akan terdiri dari pakcik makcik berbongkok dua. Tidak pun, orang yang diimport dari luar negara.

Jika mahu dibandingkan taraf pendidikan, ramai juga rakyat Malaysia yang tidak berkelulusan universiti. Tetapi tetap memilih kerja. Semua orang mahu meletakkan diri mereka di satu kedudukan yang tinggi. Tetapi, tidak semua orang sanggup meletakkan diri mereka di tempat yang rendah.

Adakah status negara maju mengubah tingkahlaku seseorang? Manusia akan menjadi semakin bongkak. Lihat sahaja rakyat US. Mereka menyangka mereka adalah pemimpin dunia yang mampu menundukkan negara-negara lain. Jika begitu, tegakkanlah ajaran Islam yang mendidik kita untuk sentiasa bersederhana. Agar segalanya seimbang.

Indah sekali ajaran Islam.



p/s : Jika ada mana-mana syarikat yang mahu memberikan service training kepada pekerjanya, saya sarankan, hantarlah pekerja berkenaan berkursus di Manila.

p/p/s : Walaupun tidak secara 100%, tetapi secara majoriti, layanan mereka adalah 9.8/10.

2 comments:

-mfaiz83- said...

saya pun tidak tahu Malina mengamalkan nilai2 yang baik di sana, mungkin jauh berbeda dengan sikap dan kelakuan orang kita di sini, Islam pada nama.

Mungkin kerana mereka susah dan tidak semewah orang kita sehingga menjadikan kita bongkak dan sombong.

Lagi 1 cik iliana, kaji sedikit mengapa mereka masih susah lagi,

adakah
1 kerana pemimpin mereka?
2 kerana pemikiran mereka yg mundur exmpl, masih percaya pada perkara2 tahyul,
3 sistem pembelajaran mereka.
atau lain2

nice info iliana, keep it up

Syahidah Mahassan said...

bagusnya ya layanan yang diberikan,

rumpun Filipina tak jauh bezanya dengan rumpun Melayu di Malaysia, seni dalam budi bahasa adalah kekuatan utama,

tentu dapat dilihat rakyat Filipina di sana yang masih susah ada di mana-mana, kemiskinan membelenggu..