Thursday, February 10, 2011

HATIKU SEMAKIN ‘EXCITED’

Yeah~ sudah hampir satu bulan saya di sini. Bezanya, jika awal-awal dulu, rasa seminggu macam sebulan. Sekarang, rasa seminggu macam baru je satu hari. Alhamdulillah, semakin dan semakin merasai keseronokkan berada di bumi Filipina ni.

Orang kata, kalau kita terlalu memasang perisai di sekeliling diri kita, dengan erti kata lain berhati-hati (apa pasal tak guna je perkataan mudah), kita tidak akan ke mana. Setuju? Saya setuju 100%. Saya pernah terbaca dan ingat sampai sekarang satu pepatah ni, yang lebih kurang bunyinya begini,

“Jika kita terlalu memikirkan akibat atas sesuatu tindakan, nescaya kita tidak akan jadi sesiapa pada akhirnya” (tak ingat siapa punya pemikiran ni).

Pada awalnya, saya sangat berhati-hati di sini. Pergi kerja menaiki teksi. Urghh~ sangat membazir duit dan bosan. Tak mencabar (konon). Akhirnya, saya cuba untuk menaiki dua kenderaan untama di sini, iaitu Jeepney dan Tri-cycle. Hey hey~ ianya adalah sangat menerujakan dan seronok.

Keindahan sebenar berada di bumi asing jelas terasa. Kenapa?

Bila saya berada di sini, tetapi masih mengamalkan gaya Malaysia, ianya tiada sebarang beza. Kita mungkin terdedah dengan perbezaan budaya antara dua negara. Sifir perbezaan budaya yang saya cipta (tak boleh pakai sangat):

Belajar budaya asing = Teruja

Berada dalam budaya asing = Tertekan

Adaptasi budaya asing = Puas
Haaa..itu hanyalah berdasarkan apa yang saya rasa. Mungkin berbeza mengikut setiap individu (macam iklan syampu la pula). Saya pelajar pemasaran, banyak terdedah dengan perbezaan gaya hidup mengikut negara. Setiap kali saya tahu sesuatu yang baru, saya teruja dengan bunyi, “WOW~”.

Pertama kali saya tahu yang orang Jepun ni mengamalkan sikap sabar dalam urusan perniagaan mereka, manakala orang Barat mengamalkan sikap serba pantas, saya teruja (baru tahu).

Sama macam Filipina. Saya teruja dengan setiap amalan mereka. Izinkan saya kongsikan salah satu al-kisah yang buatkan saya teruja di sini. Orang Filipina ni majoritinya bertaraf hidup rendah. Mereka kais pagi, makan pagi. Cara pembelian barang mereka juga adalah secara harian. Jadi, mustahil untuk mereka membeli dalam kuantiti yang besar. Kalau dah beli ikut harian, mestilah mereka beli sikit-sikit kan. Di sini, terkenal dengan ‘Sari-sari store’ yang jual barang-barang dalam kuantiti yang sedikit. Semua barang dipek dalam kuantiti yang kecil. (Sila rujuk gambar di bawah untuk pemahaman lanjut).


Sari-sari Store
  
'Small packet products'

Oreo (3 pieces in one packet)

Teruja tak kamu bila tahu? Tak teruja tak apa. Sebab saya memang teruja.

Tapi, dalam tempoh masa yang sama, saya tertekan. Nak kena ubahsuai diri sendiri mengikut budaya mereka. Bukan mudah. Masa ni la teringat Malaysia sungguh-sungguh. Rasa nak balik pun ada. Pujuk diri biar ‘cool’ dan percaya ada sesuatu di sini. Bila gaya lebih 20 tahun yang kita amalkan di Malaysia, tup tup nak kena ubah, memang bukan senang. Tapi, tak mustahil.

Dan kini, saya sudah mula mengamalkan amalan mereka. Wahh~ seronoknya. Rasa sangat berpuas hati kerana dapat menjadi sebahagian dari mereka. Bila dapat merapatkan jurang perbezaan budaya tu, memang sangat berpuas hati. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Beralih sedikit kepada dua komentar dalam entri sebelum ini. Sebelum tu, sekalung penghargaan kerana turut berminat dalam penulisan saya. Plap plap plap (tepukan gemuruh dari saya hehe). Saya rumuskan je la ye:

Filipina ni, rakyatnya ramai (lebih 88juta pada 2010). Ditambah pula dengan struktur geografinya yang berpulau-pulau, memang sukar untuk melakukan pembangunan selaras. Jika nak dikatakan ada faktor pemimpin, jika merujuk kepada yang sebelum ini, saya jawab “ya”. Tapi, semenjak bertukar pemimpin, Filipina semakin membangun. Percaya atau tidak, jika tengok kawasan maju mereka, ianya lebih maju dari Malaysia. Tapi, jika lihat pada kawasan miskin mereka, Malaysia adalah lebih baik.

Tapi, jangan sangka yang mundur akan terus mundur. Ekonomi dunia sekarang dicabar ileh ekonomi dari Asia. Ikut ramalannya, China akan mengetuai ekonomi dunia, diikuti India dan Filipina akan turut membangun. Saya boleh katakan, ekonomi di Filipina kini sangat rancak. Sebab itu, Malaysia membuka pejabat perdagangan (MATRADE) di sini.

Setakat ini, saya masih tidak Nampak sebarang perkara tahyul yang mereka amalkan. Tak tahulah jika ada tapi saya yang tak tahu (hehe). Sistem pembelajaran, masih lagi sedikit terkebelakang. Masih ramai anak-anak yang tidak bersekolah. Bak kata rakan setugas saya, ketika beliau di universiti, ramai pelajar dari seluruh dunia di sini, tapi tak nampak lagi pelajar Malaysia. Jadi, selagi kita tak duduk sebangku dengan mereka, susah juga nak nilai.



p/s : Sebarang kesilapan ejaan dan tatabahasa sila abaikan. Ini adalah entri cap SEGERA.

4 comments:

sm said...

hehe,

if only jpa n mara hantar student ke filipina, mesti ada malaysian hall untuk sambutan hari raya

jujur juga saya sendiri pun kurang pengetahuan tentang Filipina,

yang saya tahu Kesultanan Sulu di Filipina mungkin ada kaitan dengan Kepulauan Tanah Melayu suatu ketika dahulu..

yang pasti keadaan politik tak menentu Filipina yang tidak memungkinkan Malaysia menghantar pelajar di sana..atau sebab lain?

nahmy said...

oraiit...bertandang ke negara org rupenye dia..post some nice picture noo..

zafi said...

tapos na pok!!
hahahahahah i think filipino people eat rice in the morning.. they love sausage very much!!!

have you seen balut?? eww

Iliana said...

sm :

saya pun tak pasti kenapa Malaysia tak hantar pelajar Malaysia ke sini. Mungkin sebab sistem pendidikan sini masih kurang kukuh. Tapi, dari apa yang saya dengar, mereka boleh tahan hebatnya. Kedutaan Malaysia ada jemput ke majlis malan malam bersama selurh warga Malaysia di sini, tapi tak dapat pergi sebab bos balik Malaysia huuuu~

En. Nahmy :

hohoho..some pictures???? adehhh.. di FB ada la..di blog ni, susah sikit..yang sempoi-sempoi boleh la hehe..

Senior Zafi :

waaaa...orang ke dua cakap pasal balut..tak jumpa lagi la huhu..orang filipina makan macam-macam..tapi banyak kedai Jepun di sini huhu~