Tuesday, January 4, 2011

PENGEMBARAAN BERMULA

Fuhh~ lama tidak menulis di sini. Ada yang rindu ke [ehehehe perasan].

Baiklah, di sini sedikit kemaskini tentang saya. Maaf, belum berkesempatan untuk mentelaah dan menulis sesuatu yang ilmiah. Insya-Allah akan mencuri masa nanti.

Kini, saya sudah masuk minggu ke-3 menjalani latihan praktikal di Menara Matrade. Ok, saya tidak terkejut seandainya ramai yang bereaksi begini,

“MATRADE? Apa tu?”

Itu dah biasa saya dengar. Memang, tak ramai yang tahu kewujudan Matrade ini sebab ianya lebih bersifat B2B, iaitu focus kepada usahawan dan pengeksport negara. Kalau anda bukan ahli perniagaan, lagilah kurang sedar dengan kewujudan organisasi ini.

Siapa nak tahu lebih lanjut mengenai Matrade, sila ke www.matrade.gov.my atau e-mail kepada saya. Insya-Allah saya akan bantu. Oh, Matrade ini focus kepada perniagaan antarabangsa. Jika nak eksport barang ke luar, boleh melalui Matrade.

Di sini, walau baru minggu ke-3, semangat mengetahui dunia perniagaan antarabangsa sangat menyeronokkan. Lagi-lagi bila kami menerima laporan dari Matrade luar negara. Wow~ banyaknya peluang untuk mengeksport. Di sini, saya kongsikan sedikit ya.

Pasaran negara China kini sedang meningkat dengan pantas. Golongan pertengahan mula membanjiri pasaran ini tetapi kekurangan bekalan produk. Jadi, kesempatan ini boleh diambil untuk segera memasuki pasaran ini. Dan, produk terbaik untuk di bawa ke sana adalah produk makanan halal dalam bentuk sejuk beku (frozen) kerana penduduk Muslim di sana kekurangan bekalan makanan halal.

Ada lagi yang lain. Banyak. Nak cerita di sini, takut tak bersesuaian. Kalau nak tahu lebih lagi, mungkin saya akan kongsikan kelak.

Buat masa ini, saya sedang bertungkus lumus memahami pasaran Filipina. Kenapa? Sebab saya akan dihantar ke sana. Selepas melalui tahap-tahap yang sangat sukar, Alhamdulillah, saya dapat ke sana.

Walaupun banyak negara barat yang ditawarkan, ketika temuduga, saya memilih negara yang begini. Memang semangat nak menjelajah ke tempat orang itu tinggi. Tetapi, saya lebih memandang kepada satu tempat yang sukar untuk dimasuki.

Senang cakap, saya pengamal ‘Blue Ocean Strategy’. Menuju ke pasaran yang orang lain tak berapa pandang. Macam Air Asia. Dalam suasana bencana alam yang menimpa kebanyakan negara dan banyak syarikat penerbangan yang tidak mahu memasuki negara berkenaan, Air Asia pergi ke sana. Itu juga yang berlaku ketika saya membuat keputusan untuk memasuki UITM atau UUM.

Bayangkanlah, kalau semua orang memandang tinggi kepada negara Eropah dan bercerita mengenai negara berkenaan, ianya akan menjadi sesuatu yang bosan. Ulang-ulang benda yang sama dari orang yang berbeza. Jadi, boleh faham kenapa saya memilih tempat yang orang ramai pandang sebelah mata?

Jangan memandang rendah kepada mana-mana tempat sekalipun.

Dulu, orang menganggap produk buatan China adalah ‘cikai’ (dalam bahasa kasarnya). Tetapi, menurut pengkaji ekonomi, satu masa nanti, negara ini akan memotong tahap ekonomi (dari segi periagaan) negara Amerika Syarikat. Dan, India akan menjadi negara yang ke-2 sebagai pencabar ekonomi dunia.

Ok, apa pun, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada setiap mereka yang mendoakan sepanjang perjalanan saya. Doakan keselamatan saya ya~

Sehingga berjumpa lagi~

9 comments:

alien said...

tahniah..
teringin nak kerja sana gak
tapi xde peluang lagi

Anonymous said...

^___^

syahidah said...

wah, tahniah, tahniah, saya suka bila membaca pilihan negara tu,

ya jangan pandang rendah!

huhu

zaizahra said...

tahniah~

Iliana said...

Terima kasih semua.

Doakan yang terbaik ya ^_^

Alien : Insya-Allah, akan ada peluang nanti.

Syahidah : Hehe..kita semua sama manusia. Memerlukan hormat.

athirah said...

awk, boley x awk share soalan imtrview at matrade tu :D if u dont mind la.

athirah said...

awk, boley x awk share soalan imtrview at matrade tu :D if u dont mind la.

asyfhan said...

matrade elaun berapa ye?

Anonymous said...

cane nak apply? share sket