Tuesday, December 14, 2010

BUDAYA @ G00GLE

Mukadimah

Fiuhhhh…Akhirnya, selesai sudah segala peperiksaan dan kembali sambung al-kisah entri yang lepas. Tapi, entri kali ni mungkin kurang umphhh sikit la yek sebab saya agak ketepuan idea memandangkan banyak perkara yang dikelam-kabutkan. Apa pun, janji tetap janji. Nah, saya dah tunaikan. Selamat membaca.

Tentang Google

Google merupakan jenama nombor satu dunia. Maksudnya, harga jenama dia ni je dah tahap yang paling mahal. Kalah Coca Cola ke, Apple ke, jenama kereta-kereta mewah dunia pun kalah. Mungkin sebab situasi sekarang yang semua orang pun nak ‘online’ sepanjang masa. Senang cakap, ‘internet’ dah macam makanan rutin kita semua. Kiranya, ‘internet’ lagi penting dari kereta. Setuju?

Budaya di Google

Google ni mengamalkan gaya santai dalam pejabat. Tak ada tekanan langsung. Nak buat kerja atas meja ke, nak duduk atas lantai ke, sambil meniarap pun boleh. Tak ada masalah. Konsep Google tak ada hirarki dalam pejabat. Bos ke, pekerja ke, semua dianggap satu level. Susun atur pejabat Google memang tak ada bilik-bilik sangat. Mereka guna ‘cube’ dan semua duduk setempat. Kenapa buat macam tu?

Untuk memaksimumkan kepantasan maklumbalas.

Bayangkanlah, sistem biasa yang kita tengok, nak hantar satu proposal je pun berminggu baru sampai pada Pengurus Besar. Mula-mula kena bagi setiausaha ni dulu, lepas tu Supervisor pula, lepas tub bla bla bla. Banyak sangat tingkatnya. Tindakan pun lambat macam siput. Sistem tanpa hirarki ni membolehkan Google tak ada jurang dengan semua pihak. Bagi proposal tu terus je pada GM. Secara tidak langsung, kes rasuah pun dapat dikurangkan hehehe [apa kaitan?].

Google juga memang mengambil berat tentang cafeteria dia. Sebabnya, Google nak semua staff dia, tak kira pangkat apa akan duduk setempat untuk makan. Tak ada masalah walaupun tukang bancuh kopi nak duduk semeja dengan GM tu. Pernah dengar tak kisah kejayaan sebuah syarikat yang disebabkan dari idea tukang sapunya je. Tak pernah? Kesian…

Keistimewaan sebenar Google adalah bila syarikat ni bersaiz sangat besar, tetapi dia dapat kekalkan kesatuan macam dalam syarikat yang kecil. Semua Googlers akan kenal sesama mereka dan mereka sangat ‘enjoy’. Bagi Google juga, mereka ni percaya bahawa walaupun pangkat tu berbeza, tetapi kepentingan mereka adalah sama. Semua pun penting, tak ada yang tak penting.

Nak tahu macam mana sempoinya Google ni? Jom ‘zoom in’ sikit pejabat-pejabat Google di seluruh dunia.


Ok, ini apa yang dikatakan 'cube' tadi tu. Nak gantung apa, semua boleh.


Ini di Google Chicago. Nak berbincang dekat sofa yang empuk pun ok je.


Yang ni pula cawangan Dublin. Sempoi kan. Asal selesa.


Ini pun di Dublin. Tak nak tertekan? Pergi main 'game' dekat belakang tu.


Tak hilang tekanan lagi? Pergi pusing-pusing naik basikal ni. [Netherlands]



Ni kafeteria Google di NY dan mana entah lagi satu ni.


Kan dah cakap Google sukakan kepantasan hehehe. [Zurich]


Owh..Google memang sempoi. [Zurich]

Adakah anda dah nampak macam mana budaya kerja Google? Jadi, jangan letakkan tekanan kepada pekerja. Sebaliknya, bagi mereka kelonggaran dan biasanya idea dalam ketenangan tu memang lain macam impaknya. Nak layan video pula? Hah..layan..



-END-

No comments: