Monday, November 8, 2010

SETAPAK KE HADAPAN

Insya-Allah jika tiada aralnya, saya akan tamat sesi pembelajaran teori pada Disember ini. Kemudian menjalani latihan praktikal.

Berhempas pulas, bersaing dan cuba mencari sesuatu yang baru.

Hanya satu pinta saya, dalam masa akan datang, harapnya ada banyak ilmu baru yang dapat saya timba. Dan, Alhamdulillah setakat ini, doa saya dimakbulkan. Syukur~

Nawaitu di tangga pertama.

Selesai sesi taklimat mengenai ‘working life’ di tempat praktikal nanti, wow~ ianya adalah cabaran. Membawa nama universiti, jika berpeluang akan membawa nama negara pula. Ini merupakan satu permainan yang penuh ketidakjangkaan.

Apa pun, saya tetap berharap saya dapat membantu sesuatu.

Dapat penyelia praktikal yang memperjuangkan nasib ‘third-country’ dan Islam, rezeki lagi. Alhamdulillah.

Masa Ijazah Sarjana Muda semakin tamat waktunya. Membuka hamparan baru dan merangka. Di mana hala tuju perjalanan ini?

Jika Miskeen Ad-Darmi merupakan tokoh pemasar terhebat Islam satu ketika dulu, adakah saya boleh begitu?

Usah bertanda soal, jalan terus…



p/s : Maaf, senarai blog di sebelah kanan dah hilang. Tak tahu ke mana perginya.

4 comments:

alien said...

mudah mudahan segalanya lancar

Iliana said...

Amin..mudah-mudahan..gentar nak bersama dengan otai-otai perniagaan huhu~

nahmy said...

semoga dipermudahkan-Nya dlm setiap 'perjuangan'.

Iliana said...

Amin...semoga dipermudahkan juga. Biar pendek langkah, tapi jauh penglihatannya~