Wednesday, November 17, 2010

BRAND – BRANDZ APA YANG TERHEBAT?

Mukadimah


Dari apa yang saya belajar, jenama ni merupakan apa sahaja nama, simbol, tanda, warna atau apa sahaja yang melambangkan produk berkenaan. Yup, bukan nama sahaja yang dikategorikan sebagai jenama. Kalau nak tahu, syarikat-syarikat besar antarabangsa siap dapatkan hak paten warna untuk jenama mereka. Pernah dengar kes RFC disaman oleh KFC? Haa..dulu, RFC tu warnanya merah. Tetapi, disaman oleh KFC sebab untuk kategori produk ayam goreng, hanya KFC yang boleh gunakan warna merah. Jadi, RFC pun tukar jadi warna oren. Kenapa syarikat telekomunikasi Malaysia semuanya warna lain-lain? Maxis-hijau, Hotlink-merah, Celcom-biru, DiGi-kuning. Sebab, warna tu adalah jenama. Jadi, jangan gatal-gatal nak tuka warna produk sesuka hati. Bila orang dah kenalpasti yang kuning itu adalah DiGi, kalau kamu tukar tiba-tiba jadi pink, memang susah orang nak kekal dengan jenama kamu itu. Sebabnya, ini yang dipanggil sebagai kekeliruan jenama.

Apa pun, motif utama jenama adalah perletakan (positioning) di minda pengguna. Syarikat besar ni, dia akan pilih satu jenama dan labur juta-juta ringgit untuk aktiviti penjenamaan. Dia nak sampai tahap, bila tengok atau sebut atau dengar je, pengguna dah tahu ianya untuk syarikat apa. Lagi best kalau sampai ke tahap jenama generik, semua mee segera nak sebut Maggie, semua pelembut kain nak sebut Softlan, semua lampin pakai buang bayi nak sebut Pampers. Tahap ni, biasanya yang pertama di pasaran la yang akan dapat.

Strategi jenama

Ini biasanya merujuk kepada apa misi dan objektif korporat syarikat. Apa pun, jenama ni boleh boom dari dua sudut – yang baik atau buruk. Ada jenama jadi terkenal sebab dia bawa masalah kepada pengguna, terus popular. Tetapi glamer sebab ‘jangan guna’ la. Lagi satu, popular sebab imej yang positif. Yang ni yang kita nak. Syarikat akan bodek pengguna macam-macam. Buat la tajaan, bila ada bencana je terus bagi sumbangan ratus ribu, buat dokumentari tunjukkan betapa bagusnya produk dia la, macam-macam. Itu semua ‘business things’.

Sekarang ni, pengguna dah mula celik alam sekitar. Bila nak beli sesuatu je, pastikan dulu yang produk tu akan rosakkan alam ke tak. Senang cakap, pengguna sekarang suka produk yang mesra alam. Jadi, syarikat pun mula la berkempen yang produk mereka tu memang mesra alam. Buat label khas, buat packaging khas yang mengiakan dakwaan mereka (mesra alam).

Sebenarnya, kalau nak dirujuk kepada keuntungan perniagaan, syarikat lagi suka bila kempen eco-friendly ni dilancarkan. Sebab, salah satu dari langkah sayang alam sekitar adalah tidak menggunakan beg plastik. Pengguna kena bawa beg sendiri atau guna beg kertas atau siapa nak beg plastik, kena beli. Sebabkan kempen ni, syarikat kedai runcit dekat kampung-kampung pun dapat jimat lebih RM2000 sebulan sebab tak perlu beli beg plastik tu. dalam erti kata lain, selain selamatkan alam sekitar, kempen ni pun boleh dikira sebagai selamatkan duit syarikat.

Walau apa pun, strategi jenama ni boleh rosak sebab harga. Itu kalau kamu nak kategorikan produk tu samada produk biasa atau produk berprestij. Saya rumuskan je la ye. Contohnya jam tangan Rolex yang memang kita dah sedia maklum ianya jenama untuk orang kaya-kaya. Tiba-tiba Rolex buat promosi 70% diskaun. Orang kaya-kaya akan frust sebab imej mahal tu dah hilang. Ye la, dia beli juta-juta, tiba-tiba makcik Tipah kerja menorah getah pun boleh beli (getah dah naik harga ok, jangan pandang sebelah mata). Jadinya, jenama-jenama mahal macam ni, memang jarang atau tak akan buat diskaun. Lain pula dengan syarikat yang memang nak terkenal dengan harga murah. Memang kena rajin bagi diskaun hehe. Contohnya Walmart di Barat nun, siap motto dia ‘everyday low price’ lagi. Hari-hari ada diskaun.

Rumusan peringkat pertama – Jenama boleh jadi aset terbesar syarikat.

Percaya tak dengan rumusan tu? Tak percaya? Jom kita tengok laporan jenama yang top 100.

Bagi tahun 2010 ni, jenama yang paling glamer dan mahal di dunia adalah Google. Nak tahu berapa nilai nama Google tu? $114,260 million (mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan apa keunikan Google ni yang membuatkan ianya top). Jenama yang kedua top adalah IBM yang bernilai $86,383 million dan yang ketiga top adalah Apple yang bernilai $83,153 million. Dah dapat bayangan kenapa jenama boleh jadi aset terbesar syarikat?

Nak tahu jenama lain yang ala-ala popular ke? Ok, kalau rajin nak baca untuk tahu, bacalah. Saya buat dalam ringkasan 10 yang lain yek.

  • 5    CocaCola - $67,983 million 
  • 6    McDonald - $66,005 million
  • 13  Walmart - $39,421 million 
  • 16  Amazon.com - $27,459 million 
  • 25  BMW - $21,816 million 
  • 41  Disney - $15,000 million 
  • 43  Nokia - $14,886 million 
  • 53  Mercedes - $13,736 million 
  • 58  Pepsi - $12,752 million 
  • 76  e-Bay - $9,328 million

Apa rahsia kejayaan mereka? Untuk Google, saya akan buka entri khas nanti. Menurut pengkaji jenama ni, pengguna suka kepada jenama yang mudah dicapai. Dalam banyak-banyak syarikat buku di dunia atau yang kita tahu – MPH, Popular, Kinokuniya, Borders dan sebagainya tu, kenapa Amazon.com yang paling top? Modal tak tinggi mana pun bagi Amazon.com ni sebab dia ni tak perlu sewa kedai, tak perlu ubahsuai kedai yang makan jutaan ringgit untuk masuk top 100 ranking ni. Tapi, sebab ianya mudak dicapai, pengguna suka. Cuba tengok website dia berbanding website kedai buku yang lain. Saya rasa, Cuma Amazon.com je yang siap sediakan pra-tonton dalam buku secara maya kepada pengguna. Walaupun pengguna tak pergi ke kedai, tapi dia boleh membeli macam dekat kedai. Tahap kepuasan pengguna adalah sangat tinggi. Tak perlu membuang masa dalam perjalanan, tak perlu juga membuang duit untuk pengangkutan. Berbaloi kan?

Kehadiran media sosial

Aktiviti penjenamaan sekarang makin murah dan makin mudah. Dengan kemudahan internet yang semakin pesat perkembanganya, syarikat perlu tumpukan lebih kepada internet. Peluang ni dah diguna oleh Toyota sebaiknya. Toyota membuka peluang kepada para Bloggers untuk memandu uji kereta Fiesta dan memberi komen secara terbuka di blog mereka. Disebabkan komen blogger ni memberangsangkan, dalam sekelip mata, Toyota menerima permintaan informasi sebanyak 50,000. Belanja tak banyak pun kan berbanding pengiklanan di tv. Ini juga merupakan kekuatan buzz marketing (sama seperti word of mouth).

Kalau buka Facebook pula, memang banyak dah jenama besar yang ada fan page sendiri kan. Itu adalah untuk membentuk komuniti dan memegang pelanggan mereka untuk lebih setia dengan jenama tersebut. Kalau nak tahu, game di Facebook tu pun aktiviti pemasaran. Contohnya game Farmville yang glamer tu. Syarikat akan monitor sebarang keputusan pengguna dalam permainan untuk kenalpasti sifat dan autoriti pengguna. Jadi, senanglah mereka nak faham pengguna dan tahu apa yang terbaik perlu dilakukan. Ianya bukan sebarang game.

Yang terkejut tapi tak terkejut

Buat pertama kalinya dalam sejarah, satu syarikat dari negara India masuk dalam carta top 100 jenama di dunia (ICICI bank) di kedudukan ke 45 dengan nilai $14,5 million. Terkejut tak? Tak perlu terkejut. Sebabnya, dua jenama dari China (China Mobile dan PetroChina) dah menembus top 100 jenama ni sejak tahun 2006 lagi. Ikut kajian jenama 2010 bagi peringkat Asia, China Mobile merupakan jenama paling top dengan nilai $52,616 million. Malangnya, tak ada satu pun dalam top 10 tu yang dari Malaysia.

Kalau ikut kajian pada masa akan datang, ekonomi negara China adalah lebih pesat berbanding US dan India pada tangga yang kedua. Ianya satu kebimbangan bagi negara Barat yang dah lama memegang takhta ni. Ianya dipercayai adalah kerana populasi negara tersebut yang ramai (lebih 400 juta). Jadi, warganegara negara tu je beli pun dah dapat kalahkan negara lain. Dan, ianya terus meningkat sejak kehadiran internet. Kuat tak kuasa internet? Sebab tu la, Malaysia nak tingkatkan populasi negara kita huhu. Agaknya, kalau di China dah sampai tahap satu keluarga cuma boleh ada dua orang anak je, Malaysia pula letak syarat satu keluarga kena ada sepuluh orang anak muehehehe =p

Ok, cukup panjang tak entri kali ni? Ok la ni kan untuk bekal sebulan. Nanti saya sambung lagi. Bukan senang nak dapat mood menulis tentang business ni. Oh, jenama pakaian yang paling top adalah Nike heh heh heh (sempat lagi menyelit). Apa pun, sempena kehadiran Model Ekonomi Baru Malaysia ni kan, kan digalakkan kehadiran perusahaan persendirian. Jadi, mungkin kalian boleh la cedok mana-mana yang perlu untuk diadaptasikan dalam perusahaan itu. Ini sekadar berkongsi cerita. Kalau kebetulannya ia dapat membantu, lagi la saya suka. Apa pun, teringin nak tengok satu syarikat dari Malaysia masuk dalam carta. Petronas pun tak masuk huhu~

5 comments:

zafi said...

brand membuatkan duit anda habis!! hahahah

Iliana said...

hehe...betul betul..kita bayar untuk jenama tu sekali =p

Perokok Soleh said...

yoyo..xsilap saya lah,
nilai IBM,google sumer bawah coke..hehe

ps:-cuba CTER PASAL GOOGLE PULA..
hehe...xsabar den

Iliana said...

heh heh heh..google no.1 sekarang ni..coke pun kalah dah =p cuma pepsi memang dari dulu tak lepas-lepas nak potong kedudukan coke..

oyoo..tunggu lepas exam atau ada masa free untuk menaip tentang google pula ek..huhu..

p/s : lepas gian menulis =p

zaizahra said...

anda mmg betul2 student mrketing,,saye kagumm..hehe=))