Tuesday, November 9, 2010

BANJIR

Ketika saya menulis entri ini, saya berada di Johor. Bercuti sempena banjir besar yang melanda tanah yang mendidik saya selama hampir tiga tahun, Kedah.

Kedah,

Maafkan saya yang tidak bisa membantu, malah bertindak menyelamatkan diri di kampung halaman sendiri. Bukanlah maksud diri untuk mengelak, tetapi di saat ini, keluarga lebih utama.

Takziah buat kalian dan semoga terus sabar menempuhnya.

Wahai para sukarelawan UUM, tahniah atas insiatif menghulur bantuan yang mewakili kami warga kampus. Terima kasih.

Saya turut merasai peristiwa seperti ini ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006.

Ketika itu saya dalam tempoh peperiksaan semester akhir di Politeknik. Langsung tidak tahu menahu mengenai banjir yang menenggelami rumah. Sehinggalah ketika saya sedang mengemas nota usai semua peperiksaan, saya menerima satu panggilan yang mengatakan jangan balik sebab banjir.

Saya ketawa sinis.

Dalam fikiran hanya banjir biasa, tak sangka ianya luar dari kebiasaan. Saya bertekad untuk pulang setelah berpakat dengan akak saya untuk berjumpa di satu tempat.

Akak membawa bekalan nasi, katanya emak tak dapat makan sebab semua bekalan terputus. Kampung saya seperti pulau. Tindakan agresif diambil dengan letak kereta di balai polis dan saya menahan lori trailer di tepi jalan.

Alhamdulillah~

Ada yang mahu berhenti dan kami menggunakan lori berkenaan untuk sampai ke rumah. Terasa deras air yang kuat, alangkan lori yang besar itu pun bergoyang.

Sampai di rumah, memang terkejut.

Semua barang beralih tempat dan berlumpur. Basikal boleh naik atas pokok. Nasib baik kucing terselamat sebab naik atas bumbung. Bekalan air tidak ada. Macam mana mahu mengemas? Bila malam, semua menjadi pasif kerana elektrik juga terputus.

Syukur lagi apabila semuanya siap dikemas.

Banjir gelombang ke-dua pula tiba.

Jangan mengeluh, ini semua hiasan kehidupan. Ianya menjadi lebih indah.


Banjir di Kedah

2 comments:

zafi said...

SALAMZ

it has been ages since I stop from blogging for a while! how r u? hows uum n kedah? banjir ?

Iliana said...

salam back..

huhu..fine alhamdulillah..yo la, Kedah banjir besar..semua tengelam..eh, tak semua..tapi, almost all..uum tangguh semua..