Tuesday, September 14, 2010

RE-BRANDING LUKISAN ALAM

Hati tiba-tiba terasa nak membuat pembaharuan kepada rumah maya ni. Sempena raya, Lukisan Alam juga nak baju baru, suasana baru dan cara baru. Nafas pengisian tetap lama hehe..

Ada beberapa perkara yang saya sedang pertimbangkan. Kalau rasa nak membantu memberi pandangan, saya amat mengalu-alukan (^__^)

Penggunaan kata ganti nama

Jika dilihat pada awal kemunculan rumah maya ni, saya menggunakan perkataan ‘aku’. Tetapi, terasa seperti ganas la pula bagi seorang perempuan melayu terakhir [wannabe] seperti saya ni. Jadi, saya tukar kepada perkataan ‘saya’. Kesannya, saya dapat rasakan kewujudan sedikit jurang persahabatan di sini. Biarpun kelihatan kasar, tetapi ianya dapat lebih mendekatkan. Cumanya, saya lebih selesa menggunakan penggilan ‘saya’. Haishh~ ini pun jadi isu ke Iliana oi? Apa-apa je la…saya memang complicated orangnya huhu~

Warna latar belakang

Saya suka corak yang ringkas dan mendamaikan. Malangnya, susah nak jumpa. Nak reka sendiri, tahap kemahiran adalah di bawah sifar. Terpaksalah berjuling-julingan mata mencari di laman-laman web yang sedia ada. Copy dan paste sahaja kodnya. Maklumlah, pengisian kurang mantap, jadi hiasan rumah kenalah bantu memantapkan =p Agak-agaknya, pembaca lebih selesa membaca pada warna yang cerah atau gelap?

Isu yang nak dibawa

Secara jujur, saya suka membaca blog yang dapat membuka mata saya pada kadar lebih luas. Sampai ke tahap “WOW!” Dalam masa yang sama, saya juga suka membaca blog yang sempoi. Selalu sengeh seorang diri bila membaca blog yang ada unsur humor. Tak jadi urat kepala ni nak putus hehe. Jadi, saya harap tiada pembaca yang kisah bila saya merojakkan blog saya ni. Penulisan adalah berdasarkan mood penulis.

Nama itu sendiri

Saya terfikir juga untuk menukar nama blog ini. Dari LUKISAN ALAM kepada ??? rahsia.

Baiklah, mulai hari ini, saya mengumumkan bahawasanya blog ini adalah;




Ermm~ itu pun kalau rajin la..kui kui kui~

8 comments:

Anonymous said...

rpjzktemqbndgujdlufr, justin bieber baby lyrics, ohzlbhw.

alien said...

beware: men at work

hehehe

crywolf said...

saya always sounds better than aku...not that bad or creating much gap laa bila dah slalu guna ^^

it also delicately deligate profesional adoption..^^

Aisar said...

singgah beraya kejap ni..cantik kaler rumah baru..tinggal kuih raya je x nmpk dr td :P

Wardatul Shaukah said...

salam.

kak yana, lamanya tak bagi komen kat sini!

selamat hari raya. maaf zahir batin ye kak yana.

tetiba rindu pulak dengan blog ni and nak bagi komen merepek2 hehe..

Iliana said...

alien :

heeee heee heee...finish already ^^

crywolf :

yupsie..will stick with using 'saya' rather than 'aku'..much proper ^^

aisar :

kuih raya tok? waduh..ni dah tinggal serdak je =p

wardatul shaukah :

salam dik ^^
selamat hari raya juga..jangan nakal-nakal di sana..timbunkan ilmu di dada heee ^^

[pembalas komentar juga si perepek =p]

Syahidah Mahassan said...

salam,

kak yana tukar url sekali ya, ingatkan tukar nama blog jumpa.,..

Iliana said...

Salalm kembali Syahidah..
a'ah..tukar url sekali..
jadi, wo-de-boke.blogspot.com..hee~