Friday, September 24, 2010

MENJAMAH PRODUKTIVITI



Yebba yebba..saya kembali di sini.

Assalammualaikum w.b.t pengunjung semua. Terima kasih atas kesetiaan kalian mengunjungi saya di sini. Sesungguhnya, itulah vitamin yang menyihatkan blog ini agar terus bernyawa.

Konsep 1Malaysia. Pastinya semua tahu bukan? Oh, maaf, saya tidak berminat untuk menaip entri berunsurkan politik kerana ianya terlalu berbisa. Khuatir, tidak ketemu penawarnya. Saya mahu berkongsi mengenai konsep 1Malaysia dengan kadar pembangunan negara.

Merujuk kepada sejarah Malaysia ketika zaman penjajahan British, (alamak, muka dah biru ke? jangan risau, ini hanya perkongsian ringan) tiga bangsa utama yang terdapat di Malaysia telah dibahagikan penempatannya – Melayu di kampung, Cina di bandar dan India di estate.

Dari dahulu lagi, dah nampak perbezaan tahap kemampuan masing-masing. Kecenderungannya itu di mana. Di sini ada sedikit sharing dari saya. Di UUM, pelajar marketing adalah diWAJIBKAN untuk sentiasa berfikir dari sudut kreatif dan segar. Tak kiralah dari segi persembahan kertas tugasan ataupun perbentangan. Dan apa yang saya lihat, adalah sukar untuk pelajar Melayu menandingi kreativiti pelajar Cina. Satu perkara yang saya lihat sebagai penyumbang kejayaan itu adalah, mereka ni, walaupun berlainan kumpulan tetapi kerjasama mereka tetap ada. Tidak seperti pelajar Melayu, mahu menjatuhkan sesama sendiri. (maaf, ianya adalah tidak semua, tetapi majoriti)

Saya harap penulisan kali ini tidak mencetuskan sebarang kontroversi. Rujuk kembali sajak Tun Dr. Mahathir, Melayu Mudah Lupa.

Kerana perbezaan ini, bukanlah bererti kita harus terus membezakannya, sebaliknya digabungkan untuk mencapai tahap produktiviti yang lebih tinggi. Seperti dalam penghasilan produk, pakar-pakar dalam bidang pengeluaran, R&D, pemasaran, kewangan, akaun dan lain-lain akan bergabung untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi, bermanfaat, pada kadar harga yang tepat dan mampu di sampaikan maklumatnya kepada pengguna. Jika tidak, ianya akan lumpuh.

Itu dari segi pengeluaran produk.

Begitu juga dengan konsep 1Malaysia, tiga bangsa perlu bergabung untuk meningkatkan produktiviti negara. Konsep ini adalah untuk keuntungan bersama, bukan untuk memijak bangsa lain. Ini tidak, konsep ini pula dijadikan senjata untuk monopoli negara dengan mempertikaikan hak bangsa lain. Sesungguhnya konsep monopoli adalah ditegah dalam Islam.

Itu dari konsep satu negara, bagaimana pula jika konsepnya dari satu agama?

Saya sedikit khuatir dengan sikap mementingkan diri sendiri yang semakin menyerlah akhir-akhir ini. Dengan perkhabaran bahawa mahu memutuskan hubungan diplomatik, mahu berperang dan sebagainya. Saya hairan, adakah golongan ini tidak mengambil ikhtibar apa yang berlaku kepada negara se-agama kita? Dari diserang golongan bukan se-agama, kini kita yang se-agama mahu menyerang negara saudara sendiri. Saya memandangnya sebagai satu langkah yang sangat sombong.

Umat Islam tersebar ke serata dunia. Bagaimana jika keparakan yang berbeza mengikut kelebihan sesebuah negara itu bergabung tenaga? Wakil dari kepakaran falsafah, perancangan strategi, senjata, teknologi, pertahanan, ulama dan sebagainya duduk semeja bergandingan mencari jalan penyelesaian. Bukankah ianya akan lebih mengukuhkan?

Itulah, pemerintahan ala khilafah semakin tandus. Kuasa melebihi segala-galanya.

Kenapa mesti berperang?
Kerana mahu meluaskan empayarnya.
Kenapa perlu meluaskan empayar?
Kerana mahukan KUASA.
Produktiviti yang dimonopoli,
Umpama tidak menjual, tetapi dibeli.



p/s : Saya kini sudah kembali ke kampus. Makanya, masa untuk menulis semakin tandus. Sebarang update, sila ke Facebook atau e-mail saya. Jangan salah guna pula Facebook itu. Apa pun, atas dasar ukhuwwah yang terbina, saya berterima kasih kepada-Nya.

No comments: