Thursday, September 9, 2010

AL-KISAH DI AIDILFITRI

Ramadhan bakal berlalu pergi. Berfikir sejenak, apakah usaha yang dah dijalankan demi sebuah penghargaan atas kurniaan kemuliaan Ramadhan? Tepuk hati, tanya diri sendiri. Dan, Syawal pula bakal menjelma dan kita semua akan bersuka ria dengan tibanya 1 Syawal. Kemudian? Kemudian buat apa pula ye? Puasa enam la..Apa lagi..haih..

Baiklah, entri ni sempena Aidilfitri esok [ye, ianya betul-betul fresh from the oven sebab taip-taip, terus post di sini hoho..memang sah nampak sangat tak tolong mak masak di dapur..ehh..don’t judge the book by its cover ye..ni tunggu Bonda pulang dari membeli belah..lepas ni, tolong..confirm!]

Ops~ panjang pula membebel. Go straight to the point of the topic.

Ceritanya begini…

Masa tu saya kecik lagi. Senang cakap, memang tak matang. Biasanya pada hari raya, keluarga saya akan banyak duduk di kampong tunggu saudara mara datang bertandang. Bukan kaum keluarga je yang datang, kanak-kanak, jirang tetangga pun akan ziarah menziarahi.

Selalu tengok budak-budak datang rumah beraya. Dari satu rumah, ke satu rumah. Habis satu pekan dia tawaf. Hati terfikir,

“Best ke beraya macam ni? Kalau pergi banyak rumah, mesti banyak dapat duit raya kan? Wahh..Nak cuba la”

Apa lagi, keinginan merasai perkara baru dah membuak-buak. Pakatan bersama rakan pun dah dibuat. Minta izin dari Bonda, kemudian apa lagi, zupp~ bersemangat la berjalan dari rumah-ke-rumah. Panas ke, hujan ke, redah aje. Bila penat, siap ada break time tu, balik rumah jap, lepas tu sambung balik beraya. Memang semangat sungguh. Tak tahu nak cakap macam mana kesungguhannya tu. Mungkin macam budak-budak dapat kasut baru untuk raya. Kalau dapat seminggu awal, tiap-tiap masa berjalan dalam rumah pakai kasut tu. Selagi tak jejak tanah la katakan. Punya la excited. [Cakap diri sendiri la tu]

Sambung cerita…

Bila dah larut petang, kami pun pulanglah ke rumah. Cewahh..nak riak la konon di hati. Nak tunjuk banyak dapat koleksi duit raya.

“Akak, tengok ni. Aku dapat duit raya banyak tau.”

“Berapa?”

Apa lagi, keluarkan la uncang berat berisi syiling dan kira la jumlahnya.

“Haaaa…dapat RM10” [Nilai di sini adalah tidak benar sebab saya pun dah lupa]

Lalu, akak pun keluarkan la satu sampul duit raya. Hati nak gelak sebab tengok dia dapat satu je duit raya.

“Tadi Atok Long datang. Aku dapat duit raya gak. RM15.”

Pehh…saya penat-penat tawaf satu kampong, dia duduk goyang kaki di rumah je boleh dapat lagi tinggi? Cis cis cis..

Dan, sejak itu, taubat dah tak tawaf kampong huhu…

Sekarang, bila dah besar, baru la tau, apa tujuan sebanar berkunjung ke rumah jiran, saudara, sahabat dan sebagainya tu. Maklum la, sekarang kan dah matang hehe..

Baiklah, di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan segala kekasaran bahasa atau mungkin ada yang mengguris rasa di dalam entri atau komen Lukisan Alam ni, saya minta maaf sangat-sangat. Andai ada sesiapa yang berniat dan berminat untuk bertandang ke rumah, saya cuma cuti seminggu je [ni yang best bergelar pelajar ni, cuti lama huhu]

Akhir kalam, nah, ambil la kad raya tak seberapa ni~


4 comments:

nahmy said...

selamat hari raya aidilftri, maaf zahir batin

crywolf said...

tadaaa..haha~ (tibe2 berasa pelik dgn perlaku ini) hahaha

thanks cuz visiting my down to earth blog ^^v

hmm masa bdk2 seronok dpt duit raya..makin byk makin seronok~ ^^
dah besar2 nie..klu dpt..double seronok sbb rare!!haha
tp..klu dpt jumpe borak2 dgn kwn2 lama..family..tu lbh seronok..

moral of the story~
nasihat la bdk2 supaye tawaf kg `utk jmpe sume org` sambil `kumpul dwet ray`...2,2 dpt~ heeeee

duOne_sTarz said...

selamat hari raya sis... moga2 sume sihat disana

Iliana said...

nahmy :

Selamat Hari Raya juga..Tak ada salah dan silapnya yang memerlukan kata maaf..tapi, saya pun nak minta maaf juga hehe..

crywolf :

ohhh~ memang pelik ni..Jap ye, nak kena telefon Misteri Nusantara sebab tahap kepelikan yang maksimum =p

waaa~ masih dapat duit raya..I am so happy (^______^) maksudnya dalam kategori budak-budak lagi la ni..ahaksss..

duOne_starz :

selamat hari raya juga..alhamdulillah sihat setakat ni..semoga selamat semuanya ye ^^