Wednesday, August 11, 2010

BOIKOT – BOSANKAH?

Salam Ramadhan semua~



Mungkin tajuk ni dah hampir pupus di telan masa. Oh, tahukah kalian bahawa itu hanyalah perasaan kalian yang mengatakannya. Sepertimana tidak ada pupusnya perjuangan saudara kita di Palestin sana, seperti itu jugalah, perjuangan kita untuk memboikot tidak pernah pupus. Atau, tidak pernah dimulakan langsung? Itu terpulang.

Apa pula motif tulis tentang ni?

Nak kata ketinggalan, tak la juga. Cuma tak pernah disuarakan di sini. Saya menulis (menaip kot), atas dasar mengingatkan semula bagi mereka yang mengatakan begini,

“Bosanlah boikot-boikot ni, bukan ada kesan pun”.

Jangan fikir tidak ada, sebab memang ada.

Dalam forum baru-baru ini, ada seorang mahasiswi yang menyuarakan soalan mengenai relevankah memboikot ni? Dan ia dibalas tajam oleh panel dengan jawapan mukadimah yang berbunyi,

“Terus-terang saya katakan, saya memang tak suka orang tanya soalan begini. Bunyinya macam anda sendiri tidak yakin. Bosan dah ke?”.

Jika dilihat sekeliling kita, iya, dahulu ketika kapal Mavi Marmara diserang, seantero dunia kepanasan hatinya. Berderet kempen yang dilancarkan. Tapi sekarang? Terasa kesuramannya. Sehinggakan ada yang sanggung berkata jelak dengan berita Palestin, jemu dengan memboikot. Baiklah, tahniah saya ucapkan! Tindakan untuk berbuat demikian tidak pernah ditekan dengan paksaan.

Jika kita kata kita dah jemu, pernah tak kita dengar warga Palestin kata,

“Jemulah baling-baling batu ni”.

Pernah ke?

Mereka tidak pernah kenal erti JEMU. Mereka yang berperang, kenapa kita pula yang nak jemu? Ahh, malu pula pada diri sendiri. Sudahlah tidak mahu berjihad, jika terasa berat tangan untuk mengangkat senjata, apa salahnya untuk mengangkat kaki dari restoran McDonald?

Sahabat, tidak matinya kita jika tidak menjamah makanan berkenaan.

Mahu memboikot biarlah atas dasar rasional. Bukanlah mahu memboikot semua barangan Israel secara buta tuli. Jika tidak, saya pun tidak dapat untuk menaip entri ini sebab saya menggunakan produk Microsoft. Tapi, boikotlah empat produk atau jenama penyumbang terbesar kepada Israel, iaitu;




Dan, memboikot itu tidaklah dengan sekelip mata kita sudah tidak boleh mengambilnya. Tetapi, mulakan dengan pengurangan kadar penggunaan. Perlahan-lahan. Insya-Allah, lama-lama akan terbiasa dengan ketiadaannya.

Boikot memang berkesan untuk memberi tekanan kepada Israel. Sebabnya, kita pengguna. Kita mempunyai kuasa membeli (customer buying power). Jika kita tidak membeli, tak akan mereka nak keluarkan? Sebab itu hanya merugikan mereka. Dan lama-kelamaan, ekonomi mereka akan lumpuh. Kenapa Israel mempunyai senjata yang canggih manggih? Sebab mereka ada pendapatan. Dari mana sumber pendapatan tu? Dari kitalah, yang membeli produk mereka.

Ingatlah sahabat,

Perubahan itu bukanlah akan terlaksana dalam sekelip mata. Ianya memakan masa yang lama. Lihatlah kembali sejarah perang zaman Nabi s.a.w. Tengok tempoh masanya. Adakah hanya dalam masa seminggu dua? Tidak, malah ia adalah puluhan dan hampir ratusan tahun. Kenapa harus kita berasa bosan?

Selamat tinggal McFlurry kegemaranku - Tata

9 comments:

suriya said...
This comment has been removed by the author.
Iliana said...

ohhh...sy pernah terfikir akan dua situasi :

1. jika kedai itu tutup, benarkah sudah tidak ada alternatif yang lain untuk meraih rezeki?

2. jika kedai itu terus dibuka, terfikirkan kita bahawa kita seolah-olah mementingkan diri sendiri. mahu menyenangkan diri, tak sengaja menyusahkan orang lain..maksudnya, kita dapat gaji, dah hasil kerja kita tu, disumbang kepada Israel untuk memerangi saudara kita sendiri..tegarkah?

saya terfikir dari sudut lain pula, jika kita berfikiran begini, sampai bila-bila pun, kita tidak berpeluang untuk membina empayar sendiri kerana terlalu memandang mereka sebagai punca rezeki yang utama.

apa pun, ini sekadar pendapat peribadi sahaja..lain orang, lain fikirannya~

suriya said...
This comment has been removed by the author.
Iliana said...

hehehe..alahai..Islam itu mudah..jgn kita yg sempitkan..Allah lebih mengetahui..ini berkisar soal pengguna..untuk yang mencari rezeki, cubalah sedaya upaya dapatkan yang lain. letak senarai syarikat ini sebagai pilihan terakhir..bukan terawal huhu..

yup..soalnya mentaliti..nak ubah mentaliti, silap-silap mental jadinya =p

duOne_sTarz said...

saya rase bersalah.sob3

izman said...

jika berkemampuan terus memboikot, kenapa nak berhenti. boikot teruslah. semuanya kena kita jenis hangat2 tahi ayam.

Iliana said...

duone : besalah???? huhu..apakah kesnya?

izman : iya tu..sokong..time hangat perang, ikut hangat..bila reda, ikut reda..adehh~

crywolf said...

another nice entry ^^

very rare to find people who shared opinion on critical issues in easy basis...

^^

Iliana said...

huhu..sebab saya bukan hard reader..tapi, saya pun suka membaca. macam mana orang suka mendapatkan ilmu secara santai, macam tu la apa yang saya cuba buat ^^