Wednesday, August 25, 2010

‘BAD EXPERIENCES’ SEBAGAI PEMBELI

Semua orang di dunia ni pernah menjadi pembeli kan. Boleh kata, setiap hari akan membeli sesuatu. Jadi pembeli la tu maknanya. Perasan tak, sekarang ni, kita sebagai pengguna bukan setakat tengok kualiti produk tu je, tapi tengok kualiti servis penjual tu sekali. Kadang-kadang, kita memang ‘regular customer’ untuk sesuatu jenama tu, tapi sebab tukang jualnya tu muka masam mencuka, terus terbantut niat nak membeli.

Jadi, ni cuma nak kongsi sedikit pengalaman sendiri dan mungkin boleh dicedok sikit-sikit untuk panduan kamu semua nanti.

Minta tukar barang

Yang ni, orang selalu buat juga kan. Dah beli, tengok tak kena, kalau boleh nak tukar la yang lebih elok. Terutamanya makanan. Pernah tak kamu pergi ke kedai makan, masa order tu sampai, tengok-tengok ada seekor lalat ke semut ke dalam air minuman tu? Apa yang kamu buat?

a. Buang bendasing tu kemudian senyap je la

b. Panggil pelayan kemudian minta dia tukar yang baru

Kalau pilihan kamu adalah b, kamu tengok pula situasi berikutnya. Pelayan tu biasanya akan ambil cawan atau gelas tu ke belakang kan. Ye la, sebab nak tukar yang baru. Tak lama lepas tu, air yang baru pun sampai. Kamu pun minum la dengan rakusnya. Okeh, pernah tak terfikir akan dua kemungkinan ni?

a. Entah-entah pelayan tu bawa ke belakang kemudian buang je bendasing tu dan bawa kembali ke depan (kadang-kadang tengok gelas tu pun sama je kan)

b. Tak pun, pelayan tu buang bendasing tu dan tukar gelas tu sekali (padahal air yang sama) biar Nampak sikit real punya baru

Kalau kamu rasa seperti kamu pernah terkena, lain kali berhati-hati la ye. Macam mana nak pastikan yang pelayan tu memang tukar air yang baru?

a. Tukar terus menu air. Dari minum air oren, minta air anggur sebagai ganti

b. Minta air yang sama tetapi gelas yang asal jangan bagi pelayan tu ambil – biar je di meja tu



Duit baki

Yang ni lagi satu hal. Lagi-lagi kalau bershopping lepas keluarkan duit di mesin ATM. Duit semua not 50, tapi barang yang dibeli RM5 je. Biasanya la kan, apa yang Si Penjual tu akan cakap? Mesti ayat ni kan,

“Duit kecik ada tak?”

Betul tak? Cuba kamu bezakan tabiat penjual Melayu dengan Cina (dah bezakan baru sambung baca hehe). Penjual Melayu la yang biasanya akan keluarkan ayat tu kan. Peniaga Cina ni jarang cakap macam tu pada pembeli. Sebaliknya, dia akan pusing la ke mana pun untuk cari duit kecik.

Sama macam barang juga la. Peniaga Cina biasanya akan berusaha mengadakan barang yang walaupun dah tak ada. Pergi la ke kedai member sebelah ke apa ke. Kalau peniaga Melayu, awal-awal lagi terus cakap tak ada.

Nak ikutkan, setiap peniaga mesti menyediakan duit kecik awal-awal lagi. Sebab, itu adalah masalah peniaga, bukannya pembeli. Jadi, tak elok la letakkan masalah tu dekat pembeli kan. Nanti, elok-elok nak beli, terus tak jadi.

Muka ketat

Haaa~ itu dalam istilah rock zaman sekarang la kan (kali ni penulis jadi brutal sikit). Hari tu, saya ke satu kafe ni nak beli juadah berbuka puasa. Emosi sangat stabil ketika itu dan konon-kononnya nak beli la kuih seringgit tiga biji. Tengok-tengok, belek-belek, yang nak dibelinya empat biji. Dengan senyum manis saya pun tanya la,

“Kalau empat berapa ek harga?”

“Tak tau! Malas kira!”

Perkhhh~ telan air liur sekejap. Dalam hati dah membuak-buak dah bengang. Saya faham yang dia tu manusia biasa. Ada pasang surutnya. Tetapi, kena ingat juga siapa dia dan siapa saya masa tu. Mungkin kamu pun pernah dengar kan, ada satu syarikat ni, dia akan sediakan operator telefonnya satu cermin untuk setiap orang. Itu adalah untuk operator tu tengok muka sendiri manis ke masam? Walaupun dalam talian, intonasi suara boleh menggambarkan sesuatu kan.

Itu, kalau tak nampak. Ni, yang depan mata, lagi la menyakitkan hati. Jadi, lepas ni mungkin boleh praktikkan kaedah beri gula-gula. Tak kisah la nak teruskan membeli atau tidak, bagi gula-gula sebiji dekat dia dan pesan sikit,

“Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Senyuman awak ni kurang manis la, saya tambahkan sikit ye manisnya. Nah gula-gula.”

Pengekor kemana sahaja

Lagi kes yang biasa terkena, masuk je kedai, jurujual tu dok la mengikut kita ke mana je. Pernah kan rasa? Suka ke rimas? Kalau saya, saya teramat la rimas. Dah la tu, bila kita nak ambil barang yang kita nak, tak sempat tangan nak capai, terus cepat-cepat dia cakap,

“Eh, kamu guna produk ni ke? Jenama ni tak bagus sangat la. Kamu cuba la jenama ni. Dia boleh kasi kamu punya rambut wangi. Cuba bau. Wangi kan. Lagi, tak akan mengeringkan rambut. Bla~ bla~ bla~”



Haih~ rasa macam nak je menjerit kuat-kuat lepas tu lari laju-laju. Jurujual tidak sepatutnya mendesak pembeli (ehh~ macam teori kejurujualan pula). Lepas ni, kalau jumpa orang yang macam tu, kita cakap je macam ni,

Why are you following me? Takpe, saya tak terdesak lagi. Tak perlu ikut.”

Nak ikutkan, banyak je lagi bad experience jadi pembeli ni. Apa bad experience yang paling bad kamu pernah kena? Mesti ada cerita masing-masing kan. Itulah lumrah pembeli dan penjual huhu (^_^)v

4 comments:

warungkampung said...

Very nice tips. Thank you!

Bab customer first ni, Jepun dan Barat first class. Tapi saya dah makin nampak sedikit demi sedikit di syarikat2 besar.
Kalau perasan di petronas, rasanya menjadi kewajipan sekarang untuk cakap "Assalaamualaikum, selamat datang..."

pernah sekali tu saja saya nak menyakat, sebelum dia sempat ucap tu, terus tanya soalan kat dia.

dia tersenyap sekejap sebab terkejut, tapi MASIH cakap "Assalaamualaikum, selamat datang...", BARU jawab soalan saya!

haha, nak tergelak depan dia pun ada!

crywolf said...

Never tot this 1 could be a nice entry...bagus2..

ehmm..yahh, xsuke giler bila jurujual wat cam "ntah, mls kire'... klu sy blah jer dr situ...

we should encourage people to appreaciate people kan...^^ so..giv them a lesson

-blogwalking menjelang raya ^^

Aisar said...

mana entry raya?..salam syawal penuh kemaafan. semoga ceria di hari raya bersama keluarga tercinta :)

Iliana said...

Warung Kampung :

Ni, tips hasil diskusi dengan pensyarah. Terima kasih pada pensyarah tu juga ^^

wahh...siap buat test sebagai customer tu..nasib dia tak terkejut lepas tu menggelabah. Cool lagi tu..huhu..

crywolf :

a'ah la..memang geram sangat-sangat masa tu. tapi, beli la juga sebab masa tu 1st time. kalau dah berkali-kali datang, tengok gaya sama je, memang nak kena hehe..

salam ziarah ye ^^

Aisar :

aiseh..ada orang cari entri Syawal ye..haaa..tu, baru je post..huhu..selamat hari raya Atok..maaf ye salah silap..gurau kasar ke =p