Monday, July 5, 2010

SELAMAT TINGGAL ‘MARTIAL ART’

6 Januari 2010 yang lalu memberi satu titik sejarah buat saya. Akibat kecederaan lutut yang dialami, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semula. Seni mempertahankan diri dan saya memang sukar nak dipisahkan, seperti jiwa dan raga (chewahh~ hehe). Saya memang minat dalam bidang ini.

Sejarahnya…

Saya mula terjebak dalam dunia persilatan sejak dari bangku sekolah lagi. Entah macam mana, ada seorang sahabat mengajak saya cuba turun latihan silat di rumahnya. Akhirnya, saya semakin ligat dalam bersilat. Walaupun tidaklah hebat mana, tetapi silat ada auranya yang tersendiri. Mewakili sekolah, seterusnya daerah, kemudian negeri sememangnya satu kenangan terindah. Maklumlah, nak turun gelanggang masa kini, aduhai~ kena fikir sepuluh kali.

Istimewanya silat…

Tidak seperti seni mempertahankan diri yang lain, silat sering menggabungkan ilmunya dengan amalan harian yang berjela-jela. Maksudnya, ini bukanlah ilmu yang kosong. Tapi, bukanlah amalan yang kena mandi limau, bertapa atau apa. Amalan yang dimaksudkan adalah amalan sesetengah ayat al-Quran. Insya-Allah, ilmu itu akan lebih kukuh jika ada pengisian luar dan dalam. Namun, tidak semua Tok Guru masa kini menyarankan amalan rohani ini. Dan, ianya hanyalah saranan dan bukan paksaan kepada anak muridnya.

Kenapa dipanggil ‘seni mempertahan diri’?

Orang masa kini sering salah guna kemahiran yang dia ada. Belajar baru sedikit sudah nak tunjuk hebat dengan membelasah orang lain. Ada yang belagak hero dengan menyangka dirinya sudah kebal. Nama pun sudah jelas menyatakan ‘mempertahan’ bukan ‘menyerang’. Kemahiran ini adalah untuk melindungi diri dan bukannya nak riak sana sini – menangkis serangan bukan membuka serangan.

Selepas tamat zaman persekolahan, saya memasang niat untuk memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran. Makanya, saya kurang melibatkan diri dalam bidang silat. Akhirnya terus terhenti. Dengan tempoh singkat untuk menamatkan zaman ijazah sarjana muda ini, saya memasang azam baru untuk cuba seni mempertahan diri dari Jepun, iaitu Aikido.




Nampaknya, terbantut buat sementara lagi sekali akibat keceraan yang dialami. Saya masih belum berani nak menyambung rentak yang lebih rancak. Cukuplah buat masa ini dengan rentak berirama sentimental (hehe~).

Mungkin ada amanah lain yang lebih penting perlu saya uruskan. Tuhan lebih mengetahui. Saya terima seadanya (^_^)

p/s : plan nak keluarkan entri lain. Terpaksa ditangguhkan kerana tuan ini masih belum bersedia hehe =p

3 comments:

FarhanaLicious said...

wah. silat. dulu pernah jugak try taekwondo. br brapa kali pegi latihan, dah sakit kaki. hehe

Aisar said...

slamat datang ke kelab pesara silat!!..haha!..ade ahli baru..jemput masukkk! :P

Iliana said...

farhanalicious :

huhu..perbah juga join taekwando 1thn..tp sampai part kena pecah-pecahkan batu la atap la, terus resign..i love my hands hehe =p

aisar :

ehemm..haha..jd difu bole pakai mulut je kot =p wahhh..tidakkk...tak nak masuk dehh~ (sambil gilap gilap lutut)