Thursday, July 1, 2010

24 TAHUN BERNAFAS



Tidak terhitung langkah yang tertinggal,
tidak tertampung keringat yang mengalir,
tidak terhapus sejarah yang silam.
Kerdilnya diri ini dalam kurnia-Nya.
24 tahun,
Hadiah sebuah nyawa
yang  terbesar dari-Nya.

Cabaran dan harapan…
Pastinya lebih besar
sebesar  angka yang tertera.
Bergetar jiwa,
adakah aku mampu?
Aku melabur tumpu,
Mengharapkan ‘sesuatu’.

Ya Rabbi..
Anugerah ini tidak ternilai.
Engkau hadiahkan aku kehidupan.
Engkau hadiahkan aku kekuatan.
Adakah aku berterima kasih?
Walau sujudku tidak membangkit,
belum puas aku memanjat syukur.

Walau mentari kian mengufuk senja,
biarpun malam sudah bergelita,
siang tetap masih ada.
Umpama hijrahnya terang dan gelap,
kurniakanlah aku…
sebuah penghijrahan termahal,
agar dapat aku menghidu
harumnya kasturi
di syurga yang menanti.

Berjuang dan perjuangan…
Walau lemah kaki melangkah,
biar kuat hati Si Menteri diri.
Biar dicemuh segenap manusia,
bukan itu peluru ketewasan.
Biar bercerai anggota diri,
jangan bercerai iman dan amal.

Allahu Allah..
24 tahun ini,
hujanilah kami dalam rahmat-Mu.
Agar sama-sama kami bersatu
Menegakkan agama-Mu
Melangkahnya kami sebagai satu,
satu hati, satu jiwa, satu agama.

Iliana Amin
1 Julai 2010 : 1125 : Labis, Johor


5 comments:

nahmy said...

selamat hari lahir. semoga hari-hari yg mendatang adalah hari yg sentiasa mendapat petunjuk dan barakah-Nya.

Perokok Soleh said...

yup...24 tahun,hadiah sungguh brnilai dari sidia...:P

semoga kita sentiasa sedar,
tinggi manapun kita ttp rendah dpn ibubapa dan tetap hina dihadapan allah..:P

ps:-rupnya kamu lebih tua..:P

Iliana said...

nahmy : terima kasih (^_^)
amin ya Rabb..mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan berkat-Nya ya~

perokok soleh : si dia??? aduhai..siapa si dia yg di maksudkan tu???

insya-Allah akan sntiasa menyedarinya..kalau tak sedar, tolong sedarkan ye..

p/s : ehem..kenapa, ingat baru 14 tahun ke? wahh~ kalau tak letak umur 24 tu, mesti org igt muda lg kan haha =p

mrberett said...

hargai hidup yang diberikan dengan sebaik-baiknya :)

Iliana said...

insya-Allah sentiasa akan membuat yang terbaik..