Monday, June 7, 2010

MAAF DAN TERIMA KASIH EMAK

Yeah, walaupun hari ibu sudah lama berlalu, saya tetap mahu menulis mengenai ini. Hari-hari adalah hari ibu.

Ibu yang saya panggil EMAK~

Sesungguhnya, terlalu banyak yang perlu saya minta maaf daripada emak. Dari kecil sampailah ke besar (walaupun taklah besar mana) kerana sayalah yang paling kerap membuat emak kerisauan.


  • Sayalah yang paling suka memanjat pokok siap bawa bantal di atas dahan sebab nak makan rambutan ‘fresh’ dari ranting.

  • Sayalah yang suka keluar malam dan pulangnya awal pagi kerana terlalu taksub dengan latihan silat. Saya tahu, walaupun bilik emak dah gelap, tetapi emak sebenarnya tak tidur lagi.

  • Sayalah yang suka bersukan sehingga lupa alahan kulit terhadap rumput dan setiap kali balik rumah, kaki dah merah dan bengkak-bengkak. Mak jugalah yang sediakan air suam campur garam untuk dituam.

  • Sayalah yang berlari dari sekolah sambil pegang kain dan menjerit-jerit “mak ada binatang gigit”. Jerit dan pucat macam kena gigit kalajengking, rupanya semut berkepala besar je.

  • Sayalah yang suka duduk atas bumbung rumah yang dianggap sebagai ‘port’ menara tinjau.

  • Sayalah yang sering jatuh sakit – demam satu bulan (tapi tak nak ke klinik sampailah dapat amaran dalam ‘report card’). Terkena jangkitan Influenza ILI sampai lembik badan. Dan, sayalah yang emak teman di hospital kerana ‘operation’ lututnya.
Dan sekali lagi, ianya adalah pada Hari Ibu. Maafkan saya emak. Terlalu banyak kerisauan yang saya cipta sehinggakan hari yang istimewa buat ibu-ibu sedunia, emak berada di hospital menemani saya.

Terasa seperti satu kerisauan yang lebih besar telah saya beri bila saya tidak dapat melakukan itu semua lagi. Sungguh, saya tidak mahu emak melihat saya menunaikan solat secara duduk. Saya tidak mahu emak melihat saya jalan bertongkat. Saya tidak mahu emak melihat saya tidak berdaya mengurus diri sendiri.

Tidak ada penawar yang dapat saya beri atas kegembiraan emak, selain kembali berjalan seperti biasa. Bila saya belajar berjalan dengan bertongkat satu, bukan dua, emak terus bersorak, “yeayy~ Yana dah sihat”.

Emak, ketahuilah kamu, itulah perangsang terhebat saya.

Saya, berusaha untuk melangkah tanpa tongkat agar saya dapat kembali ke Utara tanpa sedikit pun kerisauan di hati emak.

Emak, terima kasih atas setiap pengorbanan yang telah diberi. Tidak terbalas rasanya. Dan, adalah satu keralatan besar yang terasa dalam diri bila saya tidak dapat membantu emak mengurus rumah.

Maafkan saya, emak.

p/s : harap tidak ada yang terkejut atas kegiatan saya~ sebab, itu dulu..zaman kanak-kanak..sekarang tak dah..

9 comments:

Nazim Kamarudin said...

ishh3.. nakalnye..~~

Iliana said...

erk...mane ade..baik lagi la tu..haishh

DzuLagiL said...

perkongsian yg baik...

Iliana said...

terkadang, tak tahu di mana tempat paling sesuai untuk meluahkan~

harap ada sesuatu di sini

DzuLagiL said...
This comment has been removed by the author.
DzuLagiL said...

sesungguhnya emak saudari mesti bangga dengan saudari...

moga2 dipermudahkan selalu...

Iliana said...

alhamdulillah jika benar ianya begitu..

tetapi, masih belum ada yang istimewa dapat saya hadiahkan buat bonda..dan saya masih berusaha akannya..

amin ya rabb~ mudah-mudahan segalanya lancar (^_^)

nahmy said...

ibu kaulah 'ratu' hatiku...teruskanlah mengasihi ibu krn dia juga tidak pernah berhenti dr mengasihi kita

Iliana said...

teringat kata ustaz hasrizal

anak mengasihi ibu setelah mereka mengenal..tp ibu mengasihi anak sebelum mereka lahir ke dunia lagi..aduhh..menusuk