Thursday, June 3, 2010

DUGAAN TERBESAR ITU : MEMUJUK HATI SENDIRI

Ada seorang sahabat bertanya, “apakah dugaan terbesar yang pernah engkau hadapi?”

Saya menjawab, “banyak”.

Jika mahu diimbas kembali apakah ujian-ujian yang telah dilepasi, ianya adalah terlalu banyak sehinggakan tak bisa untuk disenaraikan semula semuanya. Ya, dugaan kita berbeza. Maka pandangan kita mengenai istilah dugaan juga barangkali berbeza.

Saya pernah mendapat markah rendah dalam peperiksaan, perpisahan akan sesuatu perhubungan, impian tidak terealisasi, sakit dan banyak lagi. Adakah ianya dugaan terbesar saya?

Saya merasakan ianya bukanlah sebesar mana!

Kerana dugaan terbesar saya adalah MEMUJUK HATI SENDIRI. Memujuk hati untuk belajar menerima hakikat, memujuk hati untuk sentiasa sabar, memujuk hati untuk sentiasa kuat, memujuk hati untuk tidak berputus asa. Banyak yang perlu dipujuk hati ini. Saya percaya, kalian turut merasa bagaimana sukarnya memujuk hati sendiri. Ianya bukanlah mampu dipujuk dengan sejambak bunga, sekotak coklat, alunan muzik.

Jika datangnya satu ujian, akal akan berfikir bersandarkan ilmu yang ada. “Mana mungkin kuasa manusia hina ini menandingan kuasa Sang Pencipta. Terimalah”. Saya tahu itulah hakikatnya. Tetapi, mampukah hati menerimanya? Hati tetap terluka dan mahu dipujuk.

Itulah dugaannya.

Hati itu penting buat manusia. Tanpa hati yang suci, akan tercemarlah keseluruhan kehidupan. Ilmu yang tinggi, tetapi hati yang kotor, ilmu itu hanya akan sia-sia lalu disalah guna. Walau ilmu yang kita ada itu hanyalah sedikit, jika kita memiliki hati yang bersih, pelbagai manfaat kita boleh lakukan dengan ilmu yang sedikit itu.

Hanya dengan keimanan, itulah penawar rajuknya sekeping hati.

Wallahualam..

5 comments:

Perokok Soleh said...

bestnyer...simple dan dan mudah..
sungguh kamu mempunyai hati yg lembut,hehe...pujuk2xkan hatimu itu,kita berbeza..:)

ape2xpun benar ktmu,
ilmu yg sedikit ttp
hati yg suci akan membawa kebaikkan..kbaikkan kpada semua..

ps:falsafah sy,
"exam itu hnyalah secebis perkara dlm kejayaan,kejayaan boleh dibina jika ada hati yg suci dan minat.."

coco said...

tul...dugaan terbesar itu : memujuk hati sendiri...sume org de cara tuk hdapi dan hndle ssuatu mslh....e.g : bile saya ditimpa dugaan, saya hanya mampu mengadu pd DIA krana sy tau tidak ada yg lebih memahmi keluh kesah saya selain DIA... SEPERTI FIRMAN NYA : " la yukallifullah hu nafsan illa wus'aha....smoga DIA akan sntiasa melimpahi payung rahmatNya ke atas sy bila mana sy di dalam kesedihan dan tekanan.... aaaaminnnn......

Iliana said...

perokok soleh:

hati yang lembut??? aduh, terpukul jap..teringat kata cikgu saya dulu "Iliana ni macam anak kucing" (fuhh~ apa maknanya tu?)

kadang-kadang yang berjaya dalam peperiksaan juga tidak menjanjikan kejayaan dalam kehidupan..apa sekalipun ia, kita tetap perlu meminta kepada-Nya..

huhu~ falsafah juga ni =p


coco :

setuju..saya rasa, tidak ada satu pun yang mampu menenagkan selain mengadu dengan-Nya..walau kita pergi tumbuk-tumbuk pokok ke, baling-baling kerusi ke, menangis bengkak mata sekalipun, itu hanyalah melepaskan bukan menenagkan..

amin~ untuk doa itu..

semoga sentiasa dalam rahmatnya

ibnu Sharom said...

semoga hati kak iliana menjadi semkain kuat.

mcm anak kucing mungkin ada betulnya kot..

apa2 pum cabarab dan dugaan itu adalah kehidupan belajar menerima lebih baik dari menafikannya..

Iliana said...

terima kasih..

apalah dugaan sy jika nak dibandingkan dgn dugaan para mujahid dan mujahidah lainnya..

semoga semua saudara kita turut tabah..mana bisa mahu menafikan ketentuan Allah s.w.t kan..

macam betul??? alamak..(masih x faham huhu)