Tuesday, April 6, 2010

JANGAN DITURUT MARAH ITU

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Riwayat al-Bukhari

Saya percaya! Sesiapa sahaja pernah mengalami perasaan marah. Tipulah jika ada yang mengatakan “TIDAK”. Saya sendiri juga pernah merasainya. Dan saat paling bodoh bagi saya adalah ketika saya dalam keadaan marah. Kenapa? Sebabnya, jika dalam keadaan marah, segala apa tindakan yang saya buat itu adalah di luar kewarasan akal fikiran. Sering mengikut rasa bukannya akal.

Pernahkah kalian rasa, ketika marah, kalian cakap apa sahaja, buat apa sahaja. Sejurus marah itu reda, kalian rasa menyesal pula dengan tindakan tersebut. Seperti di Facebook, bila marah, laju sahaja jari mengetik papan kekunci laptop dan mengeluarkan status berbaur makian dengan menggunakan bahasa yang kasar – Bodoh! Bangang! F**k! B**i! dan banyak lagilah perkataan yang seangkatan dengannya. Tatkala kemarahan itu hilang, bila tengok kembali status berkenaan, kalian terasa seperti ianya satu kerja yang sememangnya tidak berfaedah. Lalu memadamnya.

Bila kita marah, ianya seolah-olah ada sesuatu sedang merasuk kita. Kita tidak sedar. Dan itu bukanlah kita. Tetapi hasutan syaitan yang gemar melihat umat Islam mengikut sifat mereka. Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditunjukkan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hah atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya, selain dari itu adalah marah yang datangnya dari sifat syaitan. Dan, kita WAJIB menjauhinya.

Apa sebaik-baik cara untuk mengatasi dan mengelak rasa marah ini?

Sentiasalah berfikiran positif

Orang yang terlalu mudah marah ini adalah disebabkan pemikiran yang terlalu negatif. Suka sangat membuat andaian yang bukan-bukan sehingga menggugat perasaan sendiri. Bukankah itu satu tindakan yang merosakkan diri sendiri? Jika kita berfikiran positif, nescaya kita akan berasa lebih tenang.

Sentiasalah beringat

Cuba kita mengamalkan, sebelum membuat keputusan ke atas sesuatu tindakan, ambil masa sedikit untuk berfikir dan membuat pertimbangan. Fikirkan apakah akibat dari perlakuan sedemikian. Ada seorang cendikiawan berkata,

“Jika kita terlalu memikirkan akibat ke atas sesuatu tindakan, nescaya sampai bila-bila pun kita tidak akan menjadi seorang yang berani”

Tetapi, ianya tidaklah bermakna bahawa kita tidak harus langsung memikirkannya.

Nabi SAW bersabda bermaksud : “sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

Berdiam diri

Ini adalah amalan saya ketika marah. Saya gemar mendiamkan diri. Ketika di sekolah dulu, seandainya rakan-rakan melihat saya berdiam diri dan bermuka kelat, mereka tidak akan berani menegur saya. Mereka tahu bahawa ketika itu saya dalam keadaan marah. Dan mereka sering berkata, wajah saya ketika marah adalah menakutkan. Betul ke?

Apa pun, kata-kata yang terlafaz ketika marah sering memburukkan keadaan. Boleh jadi pertikaman lidah. Nabi SAW bersabda maksudnya : “apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam”“Nabi saw mengucapkannya 3 kali” (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Berwuduk

Kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yg demikian, yang dpt memadamkn api adalah air yg dapat diperolehi daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dapat meredakan kemarahan. Saya sendiri, kadang-kadang terus mandi.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Dan, yang paling penting adalah sentiasalah memohon kepada Sang Pencipta agar kita sentiasa dijauhkan dari sifat seperti ini. Sesungguhnya, perasaan marah itu sering membawa manusia kepada jalan keburukan, bukannya kebaikan. Jadi, mengapa kita harus berasa marah?

Sahabat sekalian,

Jika kita terlalu mengikut rasa hati sendiri, bagaimana pula dengan rasa hati orang lain? Bukankah Allah menciptakan manusia itu pelbagai sifatnya, pelbagai cirinya, pelbagai tabiatnya. Kenapa? Agar kita ini sentiasa belajar dan manusia itu sentiasa ada hak ke atas dirinya. Jika kita merasakan ianya adalah tidak baik untuk kita, jauhilah ia. Mengapa kita harus membahayakan diri sendiri? Lalu merosakkan diri.

Dan ingatlah, rasa marah itu hanyalah merosakkan diri sendiri~

7 comments:

Anonymous said...

sy suka marah...owhhh~~~
tp bila marah kita senyap org kata majuk..tue mcm mana tue doktor???
lalalala~~~

-ijat budak baik...hehee

Iliana said...

hahaha~ merajuk??? kalau die ckp cmtu, mksdnye die tau la ade yg xkne..die pn xla tmbh sukar lg keadaan kn..klu kte marah-marah / maki-maki, org akn lwn balik secara kasar..tp klu merajuk, biasanya org akn pujuk scr lmbut..hehehehe~ [nasihat doktor x bertauliah mmg mcm ni..]

p/s : sejak ble la plk ijat ni jd anonymous???

Nazim Kamarudin said...

minggu ni asyek marah/geram/benggang je.. banyak tak puas hati dengan orang.. kena muhasabah diri balik ni.. kalau merajuk pun, takde orang nak pujuk ler..~

JanuskieZ said...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

zafi said...

manusia dikekang dengan hawa nafsu..
marah sifat semulajadi.. bila marah logik akal dibatasi emosi... segala yg wajar menjadi sangsi...

Iliana said...

ajim : halah halah halah~ sabo la yek..merajuk tak ada org nak pujuk? macam tu, pujuk la diri sendiri ngehehehehe =p

januskiez : thanks~

zafi : wahhh~ ayat ringkas tapi mendalam..fuhh~ kena menyelam ni hehe..thanks ^^

Anonymous said...

mohon share...