Wednesday, March 3, 2010

KEMANA HILANGNYA SI LELAKI SEJATI?

Hari ini saya menyelak akhbar Berita Harian (3 Mac 2010).

Dalam satu ruangan, terpaparnya berita mengenai seorang pelajar perempuan diperkosa oleh 15 orang lelaki. Di sebelahnya pula, mengenai suri rumah yang disamun dan diperkosa oleh 8 orang lelaki.

Lantas, saya terfikir, apakah yang ada di dalam fikiran Si Perogol-perogol ini sebenarnya?

Seorang lelaki terkenal dengan akalnya yang sembilan. Tetapi, mengapa mereka tidak dapat menggunakan kesembilan-sembilan akal tersebut? Malah, ianya seolah-olah sudah terbalik pula – satu akal, sembilan nafsu.

Orang selalu menyalahkan wanita/gadis/perempuan jika terjadinya hal begini. Katanya, kaum inilah yang salah kerana berpakaian seksi, tergedik-gedik, terlalu murah sehingga sanggup ikut mana-mana sahaja lelaki.

Bukankah wanita itu akalnya satu, nafsunya sembilan?

Kenapa harus mempertikaikan wanita yang sedia maklum sedikit akalnya? Kenapa tidak memandang kepada mereka yang banyak akalnya?

Untuk apa lelaki dikurniakan akal yang banyak jika bukan untuk membimbing perempuan yang sedikit akalnya? Sudahlah tidak menggunakan akal, malah dituduh pula kaum ini. Adilkah begitu?

Wahai LELAKI,

Perempuan-perempuan ini mendampingi kamu dengan kepercayaan mereka bahawa kalian dapat melindungi mereka. Tetapi, kamu merosakkan mereka. Mungkin hari ini kamu nampak mereka berpakaian seksi, jika kamu berakal, kamu mengubahnya dan bukan menambah lagi kerosakan dirinya.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkannya (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian harta mereka [An-Nisa' : 34]

Orang mempertikaikan isu pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki di IPT. Tiba-tiba saya terfikir. Apabila perempuan-perempuan ini sudah hilang kepercayaannya kepada lelaki, mereka terpaksa belajar untuk berdikari di atas kaki sendiri. Jangan tanya soalan yang ada jawapannya dalam diri sendiri.

Orang memandang betapa ramainya perempuan di pusat perlindungan dan pemulihan akhlak. Ternyata, terang-terangan perut perempuan ini membesar. Tetapi, kemana si lelakinya pula? Bebas begitu sahajakah? Kemudiannya, dia mencari pula perempuan lain. Tidak mustahil, yang berjiranan katil itu entah-entah disebabkan si lelaki yang sama.

Bangkitlah LELAKI,

Kalian itu PEMIMPIN! Mengapa harus menghancurkan bukan mendirikan mahligai kebahagiaan seorang gadis? Jika kalian seorang LELAKI, jadilah LELAKI SEJATI – seorang yang sememangnya LELAKI.

13 comments:

Perokok Soleh said...

salam liyana...

-peristiwa2x vongek ini berlaku kerna kurangnya agmaa dlaam diri masing2x..

-bnyak wanita nak laki baik,
tp bila couple,laki dia xajarpun baca quran,xajarpun cara2x tutup aurat...hahaa

wardina-jika kekasih awak xreti jaga solat,xperlu bercinta dgnnya kerna solat yg mnndakan cintanya pada pencipta-pun x dijaga,nak bercinta dgn makhluk...

ps:-baik mondonya

-jika kes rogol,itu mmng silap lelaki...benarlah kata2x pujangga

"manusia jika tidak berfikir menggunakan akal lebih hina dari haiwan"

-kesimpulannya...

wanita seblum kawin xperlu percya pada laki..lagi2x laki hensem sepertiku,hehee....:)
apa yg perlu percya pada family

Iliana said...

salam perokok soleh..

kdg2, ada lelaki yg mahu menjaga perhubungan dgn x berpegangan tgn [misalnya]..tp, yg perempuan itu pula tak mahu..

yg tu, mmg jelas nmpk mana 9 dan mana 1 nya kan..

tp, kalau terbalik, yg dibimbing pula membimbing, susah juga tu..

sy sokong ckp wardina..tp, kdg2 ada pula situasi ke-2 :

"dari x berkahwin, baik terima shj"

apa pun, biarlah sama2 teguh imannya..terjamin semuanya~

p/s : 1st time la kot perokok soleh ni mengaku x ensem lalalalala~

nahmy said...

salam liyana...
mmg betul, kita tidak boleh melihat pada sebelah pihak shj akan hal ni. semua pihak 'contributing' pada permasalahan ini. maksud yg dikata ini juga mungkin disbbkan oleh 'wanita' ialah bukan disbbkan oleh wanita simangsa-mangsa itu semua ttp oleh wanita-wanita lain yg di luar tu (yg masih berskirt pendek cthnya)...wallahualam

Iliana said...

salam en.nahmy~

itulah kan,yang berpakaian seksi itu tak pula dikenakan..sebaliknya, yg sopan santun pula yg kena..mungkin mrk itu lemah lembut..

sy sokong program Dr.Harlina yg mengadakan kempen yg dikhususkan utk golongan lelaki..

semoga sama-sama dpt ikhtibar dan berubah..

p/s : baru lepas menonton 2012..aduh~ x terbayang bagaimana kiamat nanti~

Perokok Soleh said...

haha...selama hiduo nie xpernah kot ngaku hensem..sila perhatikan smeula ayat saya..terima kasih:)

cuma...kesimpulannya,diingatkan kembali:-
wanita xperlu percyaa pad lelaki jika masih tidak merancang untuk berkahwin dan wanita d lelaki 'solo' perlu hidup mengikut quran dan sunnah...:D

Perokok Soleh said...

haha...selama hiduo nie xpernah kot ngaku hensem..sila perhatikan smeula ayat saya..terima kasih:)

cuma...kesimpulannya,diingatkan kembali:-
wanita xperlu percyaa pad lelaki jika masih tidak merancang untuk berkahwin dan wanita d lelaki 'solo' perlu hidup mengikut quran dan sunnah...:D

akliena said...

salam yana

1.setuju ngan point awak pasal nape perempuan lg ramai kat univ, betul la in da end we(women) have to stand up for ourself.sebab ape-ape yang berlaku,bukannye seorng laki yang dpt jamin masa depan seorg perempuan tu kan


2. makin hari,makin banyak kes-kes camgini -yang paling menyedihkan hati bila dah berzina, TERmengandung, senang-senang je buang ank flush dlm tnds r dll dll bukan setakat dosa zina,dosa bunuh pun ada gak.so skrg ni xde gunanye salahkan sape-sape lebih baik smua orang baiki dri masing-masing.


nak yang baik-baik,kenalah jadi baik-baik jugak kan ;p

Iliana said...

perokok soleh :

owh~ xde ye hehe..ingatkan ada =p pencerapan yang berbeza nampaknya~

baiklah perokok soleh, saya pegang kata peringatan itu untuk diri sendiri juga hehe..mudah-mudahan saya juga tidak terkucil dari landasan-Nya

amin~~~

Iliana said...

akliena :

salam ^^v
keesokan harinya pula, sy baca rintihan anak terbuang yg dihina dan dicaci msyrkt..siap memegang ic merah lg, walhal, die lahir di malaysia..kesian bukan~

hidup ni mmg terang seperti roda..dulu x berpakaian, kpd menutup [even barat, cina n semua bangsa sekalipun pakaiannya adlh menutup tubuh bdn]..skrg, semua bangsa pun nak berbikini..

haishh~

Ezainy said...

'Sejati' lelaki tak pernah hilang. Ianya ada pada setiap individu yang mengaku golongan adam. Namun yang menyebabkan ianya seakan-akan pudar dan kelam adalah dek kerana hilangnya pegangan dan pedoman. Memang benar lelaki akalnya 9 nafsunya satu. Namun, kalau hanya berbangga pada kata-kata ini, apa lah gunanya.

p/s: Wahai lelaki, tunjukkanlah kesejatian anda. Malulah sedikit pada golongan hawa ini =)

Iliana said...

Ezainy,

bukanlah niat soal 9/1 nafsu/akal itu mahu dijadikan ayat kebanggaan..tetapi, hanya sekadar peringatan..bukankah ianya satu cabaran hebat buat Si Lelaki?

p/s : errr~ hehehe~ golongan hawa juga mahu buktikan kemampuan kami melawan nafsu..

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

Ezainy said...

Benar kata-kata kamu itu Iliana. Satu cabaran buat si lelaki. Apalah gunanya andai hebat di medan pertempuran sahaja tetapi lemah hanya untuk melawan nafsu. Moga semua golongan adam yang mengaku hebat lelaki sejati mukmin menyahut cabaran ini :)