Wednesday, February 10, 2010

MASYARAKAT INDIA MONOPOLI KARIER PEGUAMBELA?

Entri ini saya keluarkan hasil dapatan saya ketika di dalam kelas International Marketing pada semester lepas. Ianya telah membuka mata saya, lantas menukar persepsi orang ramai mengenai persoalan mengapa ramai golongan India gemar menjadi peguambela?

Saya tahu kenyataan saya sebentar lagi agak kasar bunyinya, namun sila baca entri ini sehingga tamat. Saya mohon maaf sebelum kalian meneruskan pembacaan, tetapi ketahuilah bahawa ini adalah hakikat pemikiran sesetengah masyarakat Malaysia.

Orang selalu menggunakan istilah “auta Keling” jika kita rasa seseorang itu sedang memutarbelitkan cerita atau menipu. Tanggapan masyarakat, orang India merupakan individu yang gemar memanjangkan cerita serta menokok tambah daripada cerita asalnya. Maka, ramai yang berpendapat juga, sebab itulah golongan ini sesuai menjadi peguambela. Mereka dianggap sebagai golongan yang fasih bertutur di samping memnutarbelitkan fakta. Kepakaran berhujah ini, amatlah diperluakan dalam bidang pengadilan. Mahu atau tidak, percaya atau tidak, mengaku atau tidak, inilah apa yang sebenarnya bermain dalam fikiran kita.

“Boleh tak kamu bentangkan dalam kelas berikutnya tentang kenapa orang India suka jadi peguam?”

Itu pinta pensyarah saya pada seorang pelajar India [tunggal] kelas kami. Berikut adalah penerangan pelajar berkenaan;

“Sebenarnya, saya juga tidak pasti mengapa. Tetapi, saya dah merujuk kepada rakan saya yang mengambil bidang Law untuk mendapatkan jawapan” [sekadar mukadimah]

Menurut penerangan beliau, masyarakat India menyanjung tokoh Mahatma Gandhi dan kebanyakan golongan ini mahu menjadi seperti beliau serta mahu mengikut dan mewarisi apa yang telah tokoh ini laksanakan.

Masih ada yang tidak tahu kisah Mahatma Gandhi? Silalah Google search sendiri ya [hehehe]

Yang pasti, Mahatma Gandhi merupakan seorang peguambela dan kemudiannya beralih kepada politik dan apa yang dilalui oleh beliau sangatlah mengkagumkan ramai pihak sehinggakan ada yang berkata,

“(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini.” [Albert Einstien]

Sebab itulah ramai orang India memilih bidang undang-undang sepertimana tokoh mereka, Mahatma Gandhi.
Semoga persepsi kebanyakan masyarakat dapat diubah selepas perkongsian ini (^_^)

4 comments:

Faridrashidi.Com said...

Assalamualaikum,

Kaum cina pula menguasai lapangan perniagaan. Bagi kaum melayu?

.....

Jawapan ini perlu dijawab oleh kita. Namun saya lebih gemar menafsirkan hakikat manusia itu tanpa kasta bangsa. Dengan kata lain biarlah dia India, Cina, Iban, Jepun, Negro.. jika agamanya Islam beliau pasti takkan merasai apa-apa perbezaan lagi.

Saya ingin menghamparkan sesuatu buat tatapan kalian. Silalah bantu dan sebarkannya. Kalau perlu ambil entri ini untuk dijadikan entri lain juga tak ada masalah.

http://www.faridrashidi.com/2010/02/09/hulurkan-kasihmu/

faridmw said...

salam...
kadang kita tak sedar dan tak pernah fikir pon kenapa... ilmu yang baru diperoleh... hehehe

Iliana said...

faridrashidi.com

waalaikumsalam

kita ini terkadang suka menilai tanpa melihat siapa diri sendiri yang sebenarnya~

Iliana said...

faridmw

kalau tak pernah terfikir, tak mengapa..kalau terfikir, kenalah yang kena pada tempatnya =p