Saturday, February 20, 2010

KASIH IBU, KASIH BAPA

Kepada sesiapa yang masih tidak tahu, dengan tidak silunya saya nak bagitahu bahawa pada 6 Januari yang lalu, saya telahpun terjatuh di dalam tandas dan mengalami right knee dislocation. Selepas bercuti hampir dua bulan di rumah, ada satu benda yang buatkan saya terfikir. Mungkin, benda ini sudah sedia maklum pada semua – adakah kita, Si Anak mampu menandingi kasihnya Si Ibu dan Bapa?

Sudah dua kali saya sakit yang luar dari kebiasaan (tahap imuniti badan memang lemah hadehh~). Yang pertama, ketika saya mengalami demam H1N1 – mungkin ada antara kalian turut mengalaminya dan kalian mampu memahami seksaan penyakit itu. Dan ini, adalah kali ke-dua – siapa yang pernah mengalaminya jugalah yang mampu merasainya huhu~

Saya di masukkan ke hospital di Kedah, dan emak saya di Johor. Sesungguhnya, sepanjang saya cuba menguatkan diri di hospital, hanya rakan yang menghubungi emak di mana, saya tidak berani langsung untuk mendengar suara itu (takut menangis).Tak sampai berapa minit selepas mendapat berita, terus emak buat keputusan untuk ke Kedah.

Soalan 1 : Kalau kita dengar suara ibu kita sedang sakit di kampung, adakah kita akan sepantas itu mahu pulang menjenguk? Kadang-kadang, tunggu cuti weekend baru plan nak balik.

Kerana kesakitan yang dialami, saya sememangnya sukar untuk berjalan. Bila berjalan, kelajuan mungkin 1km/j sahaja, memang macam kura-kura. Tetapi, emak sanggup memelahankan langkahnya demi memastikan keselamatan anak yang degil ni.

Soalan 2 : Adakah kita mampu sesabar ibu bila mereka dah tak berdaya nanti?

Ibu, kebiasaannya akan bersemangat bila tahu bahawa anaknya ingin pulang. Dihidangnya macam ada kenduri kendara. Tetapi, jika anak pula yang tahu ibu nak datang, adakah anak akan melayannya begitu juga?

Ramai orang cakap, anak sukar untuk mencapai tahap kesabaran yang sama dengan ibu dan bapa yang membesar dan menjaga kita. Dan mungkin, saya sudah dapat melihat gambarannya. Ramai juga orang akan cakap dan berjanji,

“Bila mak dah tua nanti, aku akan jaga mak betul-betul bla bla bla…”

Tetapi ingat, ringannya mulut yang berkata, tidaklah seringan tulang yang mahu melaksana. Kebetulannya pula, ustaz Hasrizal turut berbicara sesuatu di Facebooknya dengan berkata,
“Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!”
Ibu dan bapa, kasihnya itu terlalu tulus dan telus. Jangan kata boleh tetapi tidak melaksanakannya. Jangan kata tidak sebelum mencuba.

8 comments:

zafi said...

u take care!

Iliana said...

thanks~ jge diri gak ye~ lg2 d perantauan nun~

Perokok Soleh said...

owh...
bila mmbc ayat ustd hasrizal..
br aku terfikir..

mungkin sebab itu didalam islam,ibu bapa adalah tuan kepada anaknya..

namun undang2x manusia membolehkan sianak menyaman ibubapanya..hoho

ps:-kasih ibu dibawa hingga kesyurga kasih kekasih dibawa dihari kekasih...hehee

Iliana said...

ibu bapa tu sebaik-baiknya melaksanakan apa tanggungjawab dan peranan sepatutnya..

guru pun disaman..parah~

p/s : hari kekasih??? huhuhu~

suara said...

Salam rindu dik,

Bila kak su mendengar suara mak mertua menangis di hujung talian, hati yang kononnya tabah jelas tak sekuat mana. Akhirnya kami menangis bersama...

Iliana said...

salam kak su,
saya dapat gambaran suasana itu..kadang-kadang, kita mahu sedikit tabah..tetapi, sebaliknya..ibu~

nahmy said...

alhamdulillah...bila adanya ingatan & kesedaran camni, maka insyaAllah kita akan dpt jlnkan tanggungjawab kita pada kedua org tua kita tu. what goes around comes around, bila kita tak endah kat org tua kita maka esok2 anak2 kita plak tak endah kat kita...

Iliana said...

mudah-mudahan ingatan seperti ini, sentiasa dalam diri..supaya tak terlupa apakah budi, apakah pekerti~