Friday, February 12, 2010

BERSIAP SIAGA, VALENTINE’S DAY MUNCUL KEMBALI


Ada apa dengan bulan Ferbuari?

Jika tidak Tahun Baru Cina, kita ada Valentine’s Day pula. Dan kita semakin hampir dengan tarikh 14 Febuari lagi. Ini bermakna, kita akan diduga secara jemaah memandangkan pada hari ini, manusia bukan berjemaah ke masjid, tetapi ke kawasan Hot Spot untuk bersosial atau berasmaradana melepaskan gelojak rindu sang taruna dan dara.

Pada tarikh ini juga, mata kita akan dihidangkan dengan jamuan merpati dua sejoli yang berkepit sampai tersepit dan akhirnya, mata kita juga yang sakit. Sakit dengan hamparan berita pembuangan bayi, tangkapan maksiat, parti liar dan yang seangkatan dengannya. Tarikh ini jugalah, barisan tentera berpangkat syaitan dan iblis melontar serangan demi serangan ke atas manusia.

Hari Valentine’s sudah dianggap sebagai hari berbulan madu. Tak kira yang sudah berkahwin ataupun bercinta. Dihulurnya hadiah simbol keistimewaan hari ini = coklat, bunga, kad. Sudah tercatat bahawa Valentine’s ini adalah tidak dibolehkan bagi umat Islam, tetapi masih lagi memekakkan telinga, membutakan mata.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ). Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Dan kita, masih terkejar-kejar mahu meraikannya. Sama seperti mengikut budaya tindik di sebelah telinga bagi kaum Adam. Kononnya fesyen dan nampak bergaya. Walhal, itu adalah simbol golongan gay. Masyarakat kita, sukar menjadi lembu yang dicucuk hidungnya.

Tidak cukup dengan lambakkan bayi yang dilahirkan tanpa bapa, bayi yang bersepah di tepi longkang, kita pula mahu menambah lagi bilangannya. Jika statistik sebelum ini menyatakan bahawa setiap 17 minit ada bayi haram yang dilahirkan, adakah kita mahu mengubahnya menjadi setiap 15 minit pula? Tidak cukupkah dengan 257 000 yang sedia ada?

Janganlah kita jadikan hari Valentine’s sebagai landasan untuk berkasih sayang yang luarbiasa kerana kita digalakkan untuk berkasih sayang sepanjang masa. Bagi sesiapa yang sudah merancang untuk menyambutnya, padamkanlah niat itu.

Saya melihat semangatnya rakyat Malaysia meraikan Hari Merdeka di tengah malam, bersesak-sesak mahu menyambut Tahun Baru, meluangkan masa untuk Hari Kekasih, kenapa tidak semangat itu kita simpan untuk Maulidul Rasul yang juga kian hampir. Rakan penulis blog sekalian, hari ini Malaysia dikejutkan dengan penemuan mayat bayi yang dihurung semut lagi. Ramai yang terfikir apakah usaha untuk mengatasinya. Ayuh kita sama-sama kejutkan mereka sebelum dari harinya.

6 comments:

faridmw said...

salam...
sesungguhnya syaitan laknatullah takkan berhenti menghasut manusia... semoga kita diberi kekuatan untuk menghindari diri dari melakukan perbuatan yang dimurkai allah... amin..

Iliana said...

salam~
jika syaitan itu tak akan berhenti menghasut, jangan pula dibiarkan diri percuma sahaja dihasut~

amin~

alizan75 said...

sya sokong....
saya harap anda tahu siapa valentine tu....

Iliana said...

dan saya juga harap semua turut tahu siapakah valentine itu..

salam perkenalan ^^

zafi said...

cinta itu buta...
gambaran bunga hadiah makan malam romantik membutakan lagi mata...
juga pintu hati...

Iliana said...

buta kerana kenikmatan ciptaan yg mungkin hanya berpura-pura barangkali huhu~