Tuesday, January 19, 2010

TERIMA KASIH


Ermm~ kata sakit dan Lukisan Alam bakal menyepi...Tapi, muncul juga menyibuk di sini.

Sebenarnya, saya pun sedang tak tahu apa yang mahu dilakukan. Jiwa terasa resah bila waktu yang harus saya ada di sana untuk berjuang, tetapi saya di sini menanti pulihnya kedederaan yang di alami. Apakan daya, ujian ini bukanlah saya minta. Tetapi, anugerah dari-Nya kerana saya adalah insan terpilih yang menerimanya. Saya redha~

Sempena sakitnya saya dari awal lagi, orang banyak berbisik kepada saya. Salah satu hikmah terjadinya perkara ini, saya lebih mengenali siapakah kawan sejati. Sesungguhnya saya sangat menghargainya. Sehinggakan ada yang sanggup ponteng kelas untuk menemani saya di hospital, ada yang tak tukar baju kuliah lalu bergegas ke hospital, ada yang sanggup menunggu saya sehingga lewat malam untuk membawa saya pulang dari hospital. Saya sememangnya tidak tahu apakah yang perlu dilakukan untuk mengucapkan terima kasih.

HOSPITAL

Saya tersangatlah takut dengan doktor. Sehingga sekarang, saya masih tidak tahu apakah jenis darah saya dek kerana saya takut tengok jarum suntikan yang besar itu. Tetapi, kuasa Tuhan. Dalam ketakutan itu, tup tup~ terus masuk wad kecwmasan dan dikelilingi deretan doktor. Nak buat apa? Pejam mata je la~ Buatlah apa yang patut ya doktor-doktor sekalian, saya tak nak tengok.

Sungguhpun begitu, mengikut pengalaman saya sepanjang di Hospital Sultanah Bahiyah Kedah, saya sangat kagum dengan layanan yang diberikan. Semuanya lemah lembut belaka. Sehinggakan, ibu saya yang telefon ke hospital berkenaan juga memuji keramahan dan kebaikan hati mereka melayan walau hanya melalui talian telefon.

Terima kasih juga buat semua yang merawat~

Saya tersangat berterima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan selain TERIMA KASIH.

8 comments:

Dhe said...

Wah..!! illiana sakit kah? dhe tidak tahu. sudah pulih belum? semoga cepat pulih yah!

sekiranya hospital yang memberikan layanan yang memuaskan sungguh bagus.

IRIS said...

Semoga cepat sembuh ok. Makan ubat yang diberi tau

Liyana said...

semoga cepat sembuh!!

err...takut doktor?

Iliana said...

dhe : hehe~ iya dhe..di FB sahaja yang saya maklumkan di awal-awal..

iris : ubat? ubat tahan sakit je yang ada..tak makan sangat sebab muntah-muntah hehe =p

liyana :ermm~ hehe..takut juga la jumpa doktor..sebab ermm sebab..mesti sakit huhu

amin ya rabb~ saya pun mengharapkan penyembuhan yang segera..tak mahu ketinggalan jauh dalam pelajaran~

nahmy said...

sabar..sabar...dan sabar, sakit tanda dosa sedang diampunkanNya

Iliana said...

wahh~ lega hati saya mendengar komen encik Nahmy~ terima kasih ^^

Uruchimaru @ kf said...

hrp tak takut lagi dgn doktor ea!

Iliana said...

ermmm...masih takut juga sebenarnya hehe (^_^)>