Sunday, January 31, 2010

MEMBACA : MENENANGKAN FIKIRAN




Lihat kepada tajuk, itulah pengalaman diri saya sendiri. Ramai orang yang menganggap membaca sebagai ubat tidur mereka. Tak sampai lima minit membaca, mata terasa berat lalu terpadamlah bacaan begitu sahaja. Kadangkala, saya juga begitu. Terutamanya jika buku yang diratah adalah buku berunsurkan pelajaran, seperti buku teks dan rujukan yang halaman muka suratnya sahaja mencecah angka ribu. Akhirnya, bukan setakat buku menjadi penakup muka, malahan, boleh dijadikan bantal peluk sekali tanpa disedari (ianya pernah terjadi ke atas diri sendiri memandangkan saya gemar membaca sambil baring hehe).

Tetapi, cuba kita baca buku yang bersifat motivasi, novel, pengetahuan am dan lain-lain – senang cerita, bahan bacaan yang bersesuaian dengan minat diri sendiri. Seperti penggila novel cinta, mereka seolah-olah ketagih untuk menghabiskan cerita yang sedang dibacanya. Bila pengakhiran kisah itu indah-indah belaka, pembaca berkenaan lantas tersenyum sendirian seolah-olah puas dengan masa yang dilaburkan.

Saya pernah bersedih, atau sering bersedih. Maklumlah, tak semua yang diimpikan mampu digapai secara percuma tanpa pengorbanan. Tatkala semangat diri semakin kehausan, saya mencapai sebuah buku yang nipis sahaja. Buku Jangan Bersedih : Zikir Munajat dan Tazkirah tulisan Dr. Badrul Amin Bahron, hanya 48 muka surat sahaja.

Secara jujur saya menyatakan, siapa sangka, air mata mampu tertumpah hanya setelah selakan beberapa helai sahaja. Terasa seperti seseorang sedang bercakap di hadapan saya, menasihati saya dan saya merasakan saya sedang diselamatkan. Akhirnya, buku ditutup, dengan semangat juang yang baru.

Saya berani berkata, tidak ada satu buku pun yang dikeluarkan bersifat hiburan semata-mata. Jika kita terus mengkais isinya, pasti akan bertemu dengan benihnya. Saya pernah membeli buku bersaiz poket yang harganya hanya RM2.00 sahaja. Buku yang bertajuk Koleksi Hadith : Bertutur Cara Nabi. Buku itu saya jadikan seperti peringatan diri sendiri. Memandangkan ianya bersaiz kecil, mudah untuk saya bawa kemana sahaja. Terkadang, bila kita gembira, kita lupa siapa kita.

Saya menyanjung usaha PTS Publication atas usaha mereka menggiatkan pengeluaran buku berserta kempen membaca yang dilaksanakan. Teringin sekali meletakkan diri di dalam keriuhan suasana kempen, malangnya, masih belum ada rezeki untuk saya ke sana. Bahan bacaan tipis tulisan professor, pensyarah, mahupun orang biasa, sudah mula memenuhi rak buku peribadi saya. Buku yang mudah diletakkan di dalam beg, ringan dan kecil, semakin erat dengan diri saya.

Saya mengaku, saya sangat benci menunggu. Sehinggakan ada yang risau jika bertemujanji dengan saya. Kerana saya, boleh bertukar menjani singa betina. Tetapi, jika saya menunggu dengan sesuatu, saya tak terasa seperti saya sedang menunggu. Hot spot saya di KL Central adalah di kaunter tiket KTM Berhad kerana tidak sesak. Sesuai untuk membaca. Tak terasa masa berlalu.

Bukankah membaca merupakan terapi terbaik buat diri saya? Mungkin untuk anda juga~

Masa yang terluang dengan bermenung diri hanya mengundang pemikiran yang menerawang entah kemana. Akhirnya, menjemput masalah dalam diri dek kerana berfikir yang bukan-bukan. Cuba kita melekakan diri dengan membaca. Masalah mampu diredakan, bahkan, semangat baru pula yang timbul. Bukankah buku itu satu azimat?

Membaca adalah hiburan paling murah dan berbaloi bagi saya. Terima kasih para penulis, pengeluar, pengedar dan penjual buku (^_^)

7 comments:

alien said...

best membaca..

org skrg lagi suka membaca muka buku..
sambil2 mengomen rakan2 mereka..
:D

duOne_sTarz said...

sye jgk suka membace blog2 org...

Iliana said...

alien :

itu langlah bersosial namanya ^^
lagi-lagi bagi orang yang sedang sakit seperti saya hehe =p

duone_starz :

yup~ blog juga menarik dibaca~ janji, ianya berfaedah '',

Perokok Soleh said...

aah...suka baca buku jugak,
paling suka buku komik..hehee

ps:-terima kasih kerana jadi rakyat malaysia yg rajin membaca...

Iliana said...

haishh Dr. K.I.A.H ni~ komik pn komik la doktor ye~ kalau Ujang pn, masih ada slot ilmu juga..huhu~

ye, selamat menjadi rakyat membaca..bak kata org, nak jd perokok, biarlah perokok yang soleh lalalalala~

nahmy said...

kan ke ayat pertama yg dtg pada nabi kita ialah...'bacalah!' jd tentunya mmg byk hikmah dlm membaca ni. cuma kita je yg malas nak buat termasuklah saya sendiri...hehehe

Iliana said...

ngehehe~
saya sendiri juga kadangkala tergolong dalam golongan malas~ hoho