Sunday, January 24, 2010

INI MASA SAYA

Dungaan dan ini adalah dugaan untuk diri saya. Sesungguhnya, buat masa ini, saya sememangnya sedang kerunsingan memikirkan apakah yang terbaik untuk saya lakukan. Manusia biasa, sememangnya sentiasa tamak, mahu merangkul semua yang terhidang di depan mata. Mahu melepaskan walau satu antara seribu sahaja, bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Seperti mata yang membutang di hadapan kaca tv, tidak mahu terkelip walau sekali kerana cerita itu asyik sekali.

Memilih~

Sememangnya satu tugasan yang sangat sukar. Masakan kita tahu apa yang terbaik secara hakikatnya. Terkadang, kita memilih A kerana menjangka itulah yang terbaik. Rupa-rupanya, B yang lebih terkesan.

Dalam ilmu motivasi, kita digalakkan menyenaraikan di atas sehelai kertas segala kebaikan dan keburukan sesuatu perkara secara jelas kerana ia memudahkan kita untuk mendapatkan gambaran persis realiti. Dalam kebanyakan proses pembuatan keputusan, pelbagai tahap harus ditempuh agar keputusan yang dibuat adalah yang terbaik. Tapi, itu juga belum tentu ada jaminannya. Jika tidak, masakan ada banyak syarikat besar yang menanggung kerugian meskipun bertahun menjalankan R&D?

Saya seorang yang sangat sulit untuk memilih. Saya juga tidak gemar akan soalan peperiksaan berbentuk objektif. Sering kekeliruan. Saya dalam dilema. Dengan masalah kesihatan yang dialami, saya bukanlah seorang yang sangat tabah untuk menghadapinya. Walau sebelum ini orang sering berkata, saya spesis yang tabah, namun kali ini, saya lemah.

Saya tidak tahan seandainya saya menyukarkan pihak lain. Bukan kepalang susahnya hati saya melihat orang bertungkus lumus membantu. Walau niatnya itu murni, tetapi yang menerima ini bukanlah semudah yang memberi. Seolah-olah tidak memadai hanya dengan ucapan ringan mulut TERIMA KASIH dan berbuat baik. Seperti, tidak akan ada titik nokhtah yang bisa memberhentikan usaha penghargaan saya.

Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Adakah merawat diri 100% terlebih dahulu dengan membuat penangguhan semester atau sebaliknya. Saya kekeliruan.

Ya Tuhan~

Sesungguhnya hamba-Mu ini merindui untuk sujud di atas sejadah-Mu.

4 comments:

Liyana said...

salam. sukar juga keputusan yang perlu dibuat. sudah bertanya kepada orang yang lebih arif untuk pendapat?

semoga kamu kuat dan cepat sembuh ya!

:)

-puding caramel-

Iliana said...

salam~
huhu..memang agak sukar..mahu tamat pelajaran cepat atau mahu fikirkan kaki yang diperlukan sepanjang hayat..ikutkan hati, mahu dua-dua =p

terima kasih~ pesanan penaja..jaga kaki kalian elok-elok hehe

nahmy said...

dugaan & ujian akan memanthopkan lagi kita...insyaAllah

Iliana said...

amin~ mudah-mudahan begitulah hendaknya~