Sunday, January 3, 2010

BONUS!


Hai~ sempena masuknya tahun baru ini, ramai pula yang bersok –sek tentang bonus. Tapi, bagi saya yang masih kanak-kanak (belum berkerja), tidak terasa impak musim bonus ni. Sebabnya, biasiswa yang diterima tajaan kerajaan – JPA (terima kasih JPA), statik sahaja nilainya. Apapun, saya tetap menganggapnya sebagai tuah yang harus disyukuri – Alhamdulillah.

Memandangkan saya tidak ada kaitan dengan bonus yang dimaksudkan di atas (sebenarnya ada, belanja~ belanja~), nampaknya saya perlu bercerita mengenai perkara lain pula. Berdasarkan soalan demi soalan yang saya terima, terbuka jugalah mata ini mengenai realiti WAJIB dan BONUS.

“Kalau kau, kau nak boyfriend handsome ke baik hati?”

Haa~ tu salah satu hint percuma mengenai apa yang nak saya bicarakan. Err~ bukan soal pacar ya pak. Tapi, mengenai ciri-ciri asas dan kelebihan. Cuba bayangkan, kita ada pakwe kacak lagi bergaya, tetapi hatinya nauzubillah min zalik, tak berperikemanusiaan langsung. Berbaloi ke kita mengurung diri dengan manusia yang sebegitu rupa?

Bagi saya, saya akan melihat ciri asas yang perlu ada untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Contohnya agama, budi pekerti, kesopanan, dan yang seangkatan dengannya. Manakala, raut wajah itu pula adalah nilai BONUS jika Si Dia kacak bergaya. Tetapi, janganlah pula sampai tak sanggup bertentang mata, tetapi sebab dia seorang yang baik, mahu diterima. Apa pula ceritanya jika mahu duduk sebumbung?

“Kenapa perempuan perlu belajar, sedangkan nanti ke dapur juga?”

Ini lagi satu masalah. Persepsi begini masih juga wujud. Saya akui, ramai mahasiswi graduan universiti yang lulus dengan kelas pertama akhirnya duduk di dapur memasak sahaja. Saya memandang soal ini begini, ilmu pengetahuan dalam diri itu adalah WAJIB, manakala siapa kita selepas itu adalah BONUS. Kita tak pernah jangka apakah pekerjaan kita selepas bergelar graduan. Jadi, jika keluar sahaja dari institusi kita sudah dilamar jawatan CEO dan sebagainya, itu adalah BONUS untuk kita. Jika tidak, anggap sahaja kita tidak menerima sebarang BONUS. Tetapi ingat, kita tetap memiliki BONUS ilmu pengetahuan berbanding mereka yang tidak mahu memajukan diri langsung.

Islam juga menawarkan BONUS!

Kita dituntut untuk menunaikan perkara WAJIB seperti solat fardhu dan berpuasa di bulan Ramadhan. Tetapi, Islam juga menawarkan BONUS melalui amalan solat serta puasa sunat. Jika kita mahukan ganjaran yang lebih, kita seharusnya melakukan usaha dengan lebih. Itu adalah BONUS untuk kita.

Jadi, jangan sesekali memikirkan yang BONUS terlebih dahulu, seandainya yang WAJIB masih tidak tertunai. Alangkah bagusnya jika kita dapat memenuhi kedua-duanya sekali.

6 comments:

IRIS said...

Coretan yang best.

Bonus...ya kami dapat bonus. hehehe


Salam illiana

nahmy said...

payah ni...tp persoalan yg menarik. camni la..kita amik yg dah fix maknanya antara baik hati dgn hensem, amiklah yg baik hati...sbb klu dah baik hati mmg dia dah fixed baik hati, yg hensem tu anggaplah 'bonus' atau yg tak fix lagi...maknanya kalau dia tak hensem dia boleh 'di hensemkan'. man's spa pun hari ni byk kan?

Faridrashidi said...

Ya, itulah yang terbaik. Namun, jika kita mahu dapatkan LELAKI mahupun WANITA SOLEH/SOLEHAH. Pause!

Muhasabah dahulu.

Bermuhasabah, kerana yang baik itu pastinya menginginkan yang 'baik' juga.

Liyana said...

saya nak yang baik! sebab bila baik semua nampak cantik.

kalau cantik, bila tak baik. nampak buruk.

haah la. pelahar tak ada bonus pun. tak apalah. buat bonus untuk diri sendiri. :)

Iliana said...

Iris :

Salam ukhwah Iris ^^
dapat bonus??? nak nak~ hehe

Nahmy :

wahh~ ni pendekatan best ni..yang fix dengan yang tak fix..

Iliana said...

Faridrashidi :

Pause?? hurmm kena fikir ni..Kalau nak lelaki soleh, kita kena la solehah dan sebaliknya..Insyaallah~

Liyana :

Betul tu..saya pernah tengok model cantik [dah nama pun model] tapi pijak kucing pakai high heels dia..urghh~ menyampah