Sunday, December 6, 2009

YANG TERBAIK, BUKAN SEMPURNA


Sedang saya berhibernasi menikmati nikmatnya cuti, lama kelamaan terasa seperti minda semakin membeku. Menyelak buku, membaca blog orang, layan sahabat di MukaBuku, membantu Bonda tercinta, menjaga Nenda yang kurang sihat, menghadiri kenduri kahwin, dan apa lagi yang mahu dilakukan?

Dalam menjadi pelayan tak berbayar ini, kadang-kadang terpukul juga akal bila ada sahabat, saudara Aiman yang meminta pandangan mengenai projeknya. Satu projek tradisi kolej yang pernah saya turut serta dan amat memakan jiwa, lalu menghasilkan satu gurisan hati tak terlihat. Berkampung di tempat asing bersama adik-adik yang masih leka dengan apakah hala tujunya, memang mencabar!

Melihat kepada mereka yang mempunyai trademark geng tertentu, setiap apa yang dikata hanya dipekakkan sahaja. Walhal, itu untuk mereka yang dah hanyut entah kemana. Bukan kepalang sakitnya, jika kita ingin yang terbaik untuk mereka, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Itu baru satu langkah, mendidik adik-adik agar sedar bertapa pentingnya serius dalam pelajaran. Bagaimana pula jika mahu mereka juga mementingkan agama dalam setiap aktiviti harian mereka? Mahu menyuntik elemen ke-Islaman dalam sesuatu projek yang mengumpulkan juga orang-orang yang bukan ahlinya, itu bukanlah satu kerja mudah.

Saya bertanya, “adakah elemen ini mahu dimasukkan seikhlas hati atau pun hanya ikutan?”

Saya mementingkan nawaitu dalam mengambil langkah ini. Ianya satu usaha murni, juga satu jihad ke jalan Allah s.w.t. dan ia tidak seharusnya dijadikan usaha sampingan yang disambil lewakan. Ramai orang masa kini yang menjadikan agama hanya sebagai nama. Jika tidak kerana peraturan sekolah yang menetapkan wajibnya bertudung, agaknya berapa ramai anak Islam yang tidak bertudung? Malangnya, yang bertudung juga, hanya sekadar menutup kepala seperti tertutupnya juga hati mereka terhadap agama.

Saya ditanya, “tidak bolehkan jika kita tak sempurna beragama, tetapi mahu mendidik mereka?”

Pendapat peribadi saya menyatakan, ianya boleh. Kita sama-sama manusia sentiasa menginginkan yang terbaik. Saya melihat dari konsep hidayah, di mana hanya mereka yang terpilih akan terbuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkuan-Nya. Tetapi, itu tidak bererti kita hanya perlu duduk dan menunggu diri diberi hidayah. Kita juga harus berusaha.

Cuba lihat, berapa ramai orang kaya yang tidak bergelar Haji dan Hajah. Dan, berapa ramai pula orang yang miskin mampu memiliki gelaran tersebut. Ianya berkait dengan hidayah Allah. Hanya yang terpilih akan menerima undangan khas, menjadi tetapu rumah-Nya. Ada juga orang ang gemar bersedekah, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Pelbagai ragamnya.

Sebab itu, walaupun diri kita tidak sebaik mana, jika kita ada usaha untuk menyedarkan manusia, lakukanlah. Dan sebab itu juga, saya menyatakan bahawa nawaitu itu sangat penting. Jika kita benar-benar mahu mereka menyayangi diri mereka dan tunduk kepada agama, Allah s.w.t bukanlah zalim untuk tidak mempermudahkannya. Jika kita benar-benar ikhlas, dengan kuasa Tuhan, kita sendiri juga akan turut berubah atas izin-Nya.

Saya juga bukan orang Islam yang baik. Tetapi, saya tidak putus membaca dan mendalami mengenai Islam. Setiap hasil dapatan saya, saya kongsikan bersama di sini. Dengan hanya satu harapan, saya menjadi insan yang lebih baik dan yang membacanya turut menjadi lebih baik.

Saya tak boleh nak menjadi yang sempurna, kerana yang sempurna itu hanya milik-Nya. Tetapi tak salah untuk saya menyajikan yang terbaik untuk diri sendiri dan semua mengikut kemampuan saya. Maka, usahlah terlalu memikirkan kesempurnaan, tetapi fikirkanlah apa yang terbaik.

p/s : Ini adalah sekadar pandangan saya yang masih cetek ilmunya. Andaikata ada salah dan silap, ambillah galah, tolong jolokkan~

10 comments:

~*puding caramel*~ said...

susah jika mahu tunggu orang smpurna saja yang layak mendidik.

tak jadi sempurna bolehlah cuba yang terbaik. tapi itulah, jangan diikutkan persepsi sesetengah masyarakat yang layak membicarakan ttg agama, org berkopiah, bertudung labuh dan berjubah.
atau perkara2 lainnya juga.


tadi baru baca status akak di buku muka mahu tidur :p

assalamualaikum :) :) :)

Iliana said...

hehe~ kdg2 yg berkupiah dan bertudung litup itu juga hanya lakonan semata-mata. dunia sekarang dah banyak sgt anugerah pelakon. yang bkn pelakon pun nak rangkul anugerah itu hehe =p

Dhe said...

apapun yang mau kamu lakukan, segalanya tak lepas dari ikhlas. krn dengan begitu kamu bisa merasakan senang meski tanpa harus mengeluh.

so.. enjoy ur life. koz hendaknya yang terbaik memang bukan yang sempurna ^_^

Iliana said...

yup~ ikhlas di tangga pertama. kerana, tanpa keikhlasan, tiada nilainya~ tak dikira pahala hehe =p

mudah-mudahan keikhlasan sentiasa di hati semua~

pencinta bahasa said...

salam kak..
lama tak meninggalkan komen di sini..kadang2 ada yang tinggi ilmu agamanya,tapi sayang ilmu yang ada tak diamalkan..terutama bila menyentuh aspek pergaulan dengan jantina berlawanan yang bukan mahram..

Iliana said...

salam~
saya teringat kata-kata ustazah saya dulu, jika kita tahu sesuatu ilmu, tapi tak mengamalkannya, satu kesilapan besar..

etomyam said...

menarik sekali ulasannya...obsesi terhadap kesempurnaan hanya menghasilkan kekecewaan yang tidak tidak diperlukan

Evi LoLyta said...

salam kak yana

nahmy said...

mencari hidayah? atau menunggu hidayah? kekadang keliru plak saya...

Iliana said...

e-tomyam :
betul tu, terlalu obses kepada kesempurnaan akan memakan diri sendiri bila gagal mendapatkannya~

evilolyta :
salam kembali ^^V

nahmy :
hurmm..mencari hidayah tu bagi saya, kita berusaha juga untuk mendapatkannya, cuba memperbaiki diri. tetapi, jika menunggu hidayah tu, kita dok la tang tu juga dan tunggu hidayah tu bergolek-golek datang sendiri~