Wednesday, December 2, 2009

SOLAT DAN SAINS

Rukun Islam yang ke-dua, MENUNAILAN SOLAT FARDHU LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM. Duduknya di tangga atas, bertapa pentingnya menunaikan solat dalam Islam. Jika dilihat, dalam banyak-banyak pesanan, pastinya ianya berbunyi,

“Jangan tinggal solat”

Itu baru solat yang wajib, jika mahu disenaraikan solat sunat pula, pasti panjang berjela-jela. Soalnya, antara dibuat ataupun tidak sahaja. Allah s.w.t pada awalnya mahu mewajibkan umat-Nya menunaikan solat fardhu 50 sehari semalam. Banyak bukan? Alangkah yang lima ini pun masih rongak, inikan pula yang lima puluh!

Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui apakah manfaatnya melakukan solat. Ayuh kita lihat apakah manfaatnya dari segi saintifik.

Menurut Saboe (1996), gerak-geri solat yang dilakukan setiap hari akan menurunkan dan mengurangkan penakit kegemukan, reumatik, diabetes, sembelit, penyakit bengkak (edema), penyakit jantung dan sebagainya. Gerakan otot ketika solat pula akan menghasilkan urat-urat otot yang besar dan jantung yang kuat. Jantung ang kuat pula akan meningkatkan daya pengepaman darah ke seluruh badan. Begitu juga dengan paru-paru yang akan meningkat prestasinya dalam menarik dan menghembus nafas menjadi lebih tinggi.

Ya, mungkin anda terfikir, bukankah senaman biasa juga boleh melakukan aksi yang sama dalam solat lalu menerima manfaat yang sama. Tetapi, solat lebih dari itu, kerana ia memerlukan pelakunya membaca ayat-ayat suci al-Quran dan doa tertentu. Ayuh kita sambung menyiasat.
Solat memerlukan pergerakan badan yang tertentu dan ianya haruslah mengikut tata tertib yang telah ditetapkan. Adakah ianya saja-saja ditetapkan begitu? Satu kajian telah dilakukan kesan komposisi badan dalam solat dalam beberapa keadaan yang berbeza.

1. Amalan seseorang (cukup lima waktu ataupun kurang)
2. Tahap pemahaman bacaan di dalam solat
3. Cara menunaikan solat (berjemaah atau seorang)
4. Kedudukan tulang belakang ketika ruku’ (lurus atau tidak)
5. Keadaan jari kaki (dibengkokkan atau tidak ketika sujud)

Apa pula keputusannya?

Bagi yang melakukan kelima-lima perkara di atas dengan baik, mereka mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang melakukan solat secara ala kadar sahaja. Berdasarkan kajian, golongan ini mempunyai tahap keletapan integriti membran sel yang tinggi, di mana organ badan dapat berfungi dengan baik dan dapat menghindar bendasing dari merosakkan sel-sel dalam badan.

Bagi mereka yang faham apakah maksud bacaannya di dalam solat, mereka mempunyai tahap bendalir dalam sel yang tinggi. Ini akan menyebabkan darah mengalir dengan lancar keseluruhan badan terutamanya ke saraf otak. Maka, otak akan menerima tahap bekalan oksigen yang mencukupi dan fikiran serta emosi akan menjadi lebih tenang. Ini akan membantu individu untuk membuat keputusan yang lebih rasional.

Solat berjemaah pula dapat meningkatkan keupayaan sel-sel mereka untuk mengkonduktivitikan cas elektrik. Ketika solat, anggota badan akan saling bersentuhan dan akan menyebabkan adanya pengaliran cas elektrik antara satu sama lain (info tambahan : tisu hidup dalam badan terdiri daripada ion-ion posotif dan negarif). Apabila badan telah tercas secara sepenuhnya, badan akan menjadi lebih bertenaga.

Kedudukan tulang belakang yang lurus dapat mengurangkan risiko penyakit tulang belakang. Amalan yang betul dapat melembutkan pergerakan sendi. Malahan, dalam kebanyakan rawatan bagi penyakit sakit belakang, pesakit digalakkan melakukan postur badan seperti ruku’ 90 darjah.

Membengkokkan jari kaki ketika sujud pula dapat mengurangkan jisim lemak badan. Ini menyebabkan komposisi badan bertambah seimbang kerana penurunan kandungan lemak atau kolestrol badan. Manakala bagi mereka yang tidak berbuat demikian, kadar lemak dalam badan mereka akan meningkat dan ini akan meletakkan mereka dalam risiko menghadapi masalah jantung dan strok.

Mengkagumkan bukan?

Ketika Ramadhan, umat Islam digalakkan pula untuk menunaikan solat Tarawih. Dalam kajian yang sama, kesan melakukan solat Tarawih ini dapat menyihatkan pengamalnya setara dengan aktiviti senaman aerobik dan amalan pemakanan yang seimbang yang boleh mengurangkan tahap lemak dalam badan.

SOLAT + BERPUASA = BERSENAM + DIET

Jika direnung kembali, tidak semua mempunyai masa ataupun rajin mahu melakukan senaman harian. Maka, beruntunglah umat Islam kerana kita menunaikan solat kerana kewajipan kita, dalam masa yang sama, kita memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik. Jadi, kenapa malas menunaikan solat jika ianya banyak faedah untuk diri sendiri? Lainlah jika anda tidak sayangkan diri tu~

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Q29:45)

Rujukan : SOLAT KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS terbitan Universiti Malaya

4 comments:

Dhe said...

saya tahu jika shalat adalah juga olahraga [yang dimaksud senam] itu dari nenekku.

sebenarnya sholat itu memang banyak manfaatnya yah! jadi makin sedih kalo lupa sholat

Iliana said...

iya, banyak sekali manfaatnya. jadi, mengapa harus ditinggalkan solat itu kan..ayuh bersolat~

-mfaiz83- said...

http://mfaiz83.blogspot.com/2009/10/prostration.html

sesungguhnya, apa yang tuhan suruh dan larang, mempunyai banyak kebaikkan sebenarnya.

Iliana said...

seperti turunnya kitab suci al-Quran, masih ramai yang membutakan mata tak mahu memahami isinya~