Tuesday, December 15, 2009

SAYA PUN BUDAK NAKAL JUGA


Mengembara menghadapi hari-hari yang kusam, tak tahu aktiviti apa lagi yang harus dibuat, tangan mula terasa gatal mahu menyelak kembali buku sejarah silam diri yang bernama ILIANA (saya la tu hehe). Buku apa yang dimaksudkan tu? Majalah sekolah ke? Dah habis dibawa arus banjir. Diari ke? Walaupun saya penulis blog, tetapi saya langsung tidak berbakat dalam penulisan diari. Iana hanyalah album kenang-kenangan di zaman kanak-kanak dulu (ya, saya tahu yang saya ni dah semakin tua, hadehh).

Ketika menyelak dan meneliti setiap keping gambar, hati berkata-kata,

“Seronoknya kalau dapat merasai zaman ini lagi. Masalah pun tak banyak. Hidup pun ceria. Seronok!”

Walaupun saya ni aktif juga orangnya, terutama sekali dalam pertandingan seni silat dan pencapaian akademik yang agak memberangsangkan (dulu-dulu la, sekarang tak dah), ramai yang mengcop muka saya sebagai pelajar baik-baik – senang cakap, bukan pelajar yang bermasalah. Tapi, betul ke? Nehi! Tidak!

Saya juga pernah ponteng kelas. Tetapi, tak pernah sekalipun tertangkap. Kenapa ya? Sebabnya, saya selalu ponteng di Bilik Kaunseling, di Bilik Guru Disiplin, di Bilik Kemahiran Hidup dan kadang-kadang Surau atau Makmal Sains. Saya bukan ponteng begitu sahaja, tetapi saya suka tolong cikgu buat kerja. Contohnya, walaupun saya bukan pengawas, tetapi semua rekod disiplin sekolah dan disiplin pengawas, saya yang uruskan. Konklusinya, kita tak perlu jawatan yang tinggi macam menara untuk sesuatu pencapaian. Yang berjawatan tu, betul ke buat kerja (haa~ sila jawab).

Saya juga pernah dipanggil mengadap Tuan Pengetua atas satu kes. Kes itu, agak berat la juga. Bukan kes yang melibatkan pelajar, tetapi guru. Fuyoo~ kes apa tu? Eh, bukan! Saya tak tembak cikgu ya. Saya tak berapa ingat ketika itu saya di tingkatan berapa. Yang pasti adalah, saya tidak berseorangan. Ahli geng melibatkan para pengawas dan saya seorang yang bukan pengawas.

Kami mengesyaki bahawa seorang Guru Pengawas sekolah telah bercanda ria dengan seorang pelajar. Kami tersangatlah musykil bagaimana pelajar berkenaan boleh membawa telefon bimbit ke sekolah dan bermake-up. Kami merasakan ianya tersangatlah tidak adil! Lalu kami mula menjadi detektif tidak berbayar untuk menyiasat.

Kami lihat, setiap kali sekolah menganjurkan majlis, pasti guru berkenaan akan membawa pelajar tersebut ke luar sekolah dengan menaiki kereta. Sah! Mereka mempunyai skandal. Kami meneruskan lagi penyisatan dengan menyelinap masuk ke dalam bilik guru berkenaan. Hasil dapatan adalah, rupa-rupanya guru berkenaan telah menyimpankan telefon bimbit pelajar berkenaan dan banyak make-up di dalam laci meja guru tersebut. Ini agak menghairankan (konon-konon kes gempak la ni).

Dengan itu, kami meneruskan lagi penyiasatan. Kami ekori pula pelajar berkenaan. Nampak sahaja dia masuk ke dalam bilik guru tersebut, kami pun terus bergerak ke belakang bangunan. Lalu, mengambil meja dan mengintai suasana di dalam bilik berkenaan. Sedang kami seronok mengintai (yang tak Nampak apa-apa pun), tiba-tiba kami disergah,

“Hah, buat apa tu?”

Alamak~ sekali cikgu daa~

Keesokan harinya, kami seboleh-boleh mengelak dari berjumpa mana-mana guru disiplin. Lari sana, lari sini. Menyorok sana, menyorok sini. Akhirnya, ketika sesi pembelajara, ada seorang guru dating bersama rotan dan memanggil,

“ILIANA, sila keluar. Pengetua nak jumpa. Jangan cuba-cuba nak lari!”

Aduhh~ sampai sahaja di bilik Pengetua, rakan lain sudah berbaris menunggu. Lalu, sampailah sesi disoal siasat dan kami dibebaskan kerana tidak bersalah. Walaupun niat kami baik, tetapi cara kami salah. Terima kasih Tuan Pengetua.

Itulah salah satu sejarah alam persekolahan saya. Jadi, jangan fikir yang saya ini baik sangat orangnya ya.

7 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Iliana. Lama dah tak singgah sini. Iliana pun dah kurang buat n3.

Jgn nakal2 tau hehehe

zuwairiaiman said...

blog ni menarik.. keep up the good job

Wardatul Shaukah said...

kak yana yang nakal =D kalau ingat perangai kita dari kecik sampai sekolah, sapa yang tak nakal kak? hehe. tapi best ada pengalaman nakal. banyak belajar.

jangan nakal-nakal tau akak! =D

The Muppets Boy said...

Aslkm tuan n puan,wah lain dari yg lain blog,i ske,but nak ajak sesape ke blog sye ni di http://mysterygraphy.blogspot.com ,ok bye

nahmy said...

biasalah masa keck2 dulu...nakal-nakal membawa bahgia. tapi jgn bila dah besar semakin nakal dahle...nanti jadi 'jahat' plak

 IRIS  said...

Salams.

Liana...teruskan menulis

ALIT said...

lepas habis baca entry ni...
kesimpulan...
cik yana memang budak baik..
ringan tulang..
berani.. atas kebenaran..
bertuah ibu ayah kamoo..