Thursday, December 10, 2009

POKET KOSONG BUKAN PENGHALANG



Dalam merentas tempoh pembelajaran, khususnya di IPT, masalah kewangan sering menjadi bahan keluhan kebanyakan mahasiswa/i. Maklumlah, pinjaman yang diterima tidaklah seberapa, tolak pula dengan yuran pengajian yang beribu, yang tinggal hanya berapa. Tolak lagi dengan belian bahan rujukan yang senaskah buku sahaja sudah hampir seratus ringgit, jika tujuh subjek pada semester itu, hampir tujuh ratus ringgit. Belum lagi dikira kos tugasan yang kebiasaannya satu subjek ada tiga tugasan. Jadi, apa je yang tinggal untuk makan?

Lagi bermasalah bagi mereka yang tidak langsung menerima pinjaman. Boleh botak kepala dibuatnya. Yang menerima biasiswa, untunglah badan. Tetapi, tekanan juga jadinya kerana perlu mengekalkan pointer yang tinggi bagi terus memperoleh biasiswa berkenaan. Konklusi awal saya, semua pun ada masalahnya yang tersendiri. Jadi, saya ingin kongsikan sebuah cerita Pakcik saya sendiri ketika beliau bergelar mahasiswa satu ketika dahulu.

Pakcik saya ni, bukanlah orang senang. Zaman dulu-dulu, bukan macam sekarang, nak dapat pinjaman tu mudah – PTPTN terutamanya. Dulu, kalau nak belajar di universiti, pandai-pandailah nak hidup. Kalau kita cakap kita susah, tapi hari-hari masih lagi boleh makan ayam kan? Pakcik saya ni, dia berpakat dengan lima orang kawan setiap kali beli makanan di kafe. Beli satu sahaja polystyrene nasi, isi padat-padat, kemudian tuang kuah atas nasi tu. Biasanya, kuah tak dikira. Balik sahaja di bilik, terus rebus telur dalam cattle jug dan makanlah ramai-ramai. Jadi, siapa lagi susah?

Orang lain susah-susah pun masih mampu naik LRT, Monorail, bas dan macam-macamlah. Tetapi dia tidak! Nak jimat punya pasal, sanggup berjalan kaki sahaja sejauh-jauh tidak dengan backpack yang berkilo-kilo beratnya. Bangun awal, tak mengapa. Janji dapat sampai ke kelas pada waktunya. Jadi, siapa lagi susah?

Kita ni, belanja kuat, tapi cari duit malas. Yang tahu hanyalah mengeluh memanjang sebab poket kosong. Kenapa tak kerja macam pakcik saya? Tak larat ke luar, dalam kampus sahaja pun memadai. Tolong pensyarah ke, kerja di kafe ke, banyak kan? Nak buat perniagaan sendiri pun boleh.

Pokok pangkalnya adalah usaha. Kenapa tidak mahu berkerja keras sedikit untuk kejayaan diri sendiri? Menunggu rezeki jatuh dari langit, entahkan bila. Jadi, apa salahnya jika kita yang jolok rezeki tu biar jatuh ke riba kita? Galah kan ada~

Konklusi akhir saya, janganlah terlalu mudah mengalah. Jika kita terasa susah sekarang, bila Berjaya nanti, nikmatnya lebih dari mereka yang dok goyang kaki lalu berjaya. Sebab, mereka tak tahu apakah rasa sebenarnya kejayaan itu.

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


8 comments:

~*puding caramel*~ said...

itula kan,
pesanan bermakna
bila rasa susah.. cuba ingat, ada org lain lagi jauh susahnya. bersyukur...

Iliana said...

yup~
ada orang lain yang lebih susah dari kita. kita perlu meletakkan kejayaan orang lain sebagai impian, tetapi kegagalan orang lain sebagai pengajaran~

zafi said...

nak seribu daya tak nak seribu dalih...
manusia ini diberi betis nak paha..
sering tidak mudah cukup...
yang berakal harap bijak menilai..
gud luck in study! :)

Iliana said...

huhu~ dah bagi peha, nak perut pula..erm~ last-last, dapat lemak je =p

semoga berjaya juga buat en.Zafi ^^

ibnu Sharom said...

itulah dulu2 kita tak nak menambung sekarang menangung pinjaman hutang PTPTN

mkin kita kena amik insuran pendidikan untuk anak2 kita kelak moga tak menjadi mangsa hutang nanti\

memberi cadangan penyelesiaan

Iliana said...

wahh~ ini peringatan yang sungguh awal~

nampaknya saya perlu buat penabungan awal hehe =p

Faridrashidi said...

Teringat sewaktu di IPT, saya pernah memasak nasi menggunakan rice cooker walaupun perbuatan itu salah ketika di asrama. Tiap-tiap hari hanya beli seketul lauk berharga rm1 untuk makan bersama nasi.

Adakala bisnes sendiri, paling lumayan bisnes jaket design sendiri.

Iliana said...

wahh~ ustaz, sekarang, melanggar peraturan asrama dah jadi perkara biasa hehe [sebab saya sampai kena saman huhu]

design sendiri? ustaz jual la online pula ^^V