Wednesday, December 9, 2009

MEMPERSENDA SURUHAN-NYA


“Saya punya rambut gugur dan botak di bahagian belahan rambut. Segan nak tunjuk rambut kepada orang ramai. Jadi, kena pakai tudung sebab nak tutup”

Itulah kata-kata yang tersembur dari mulut seorang gadis yang telah berjaya merawat masalah keguguran rambut dalam sebuah rancangan tempatan. Agak hairan juga saya mendengar apa yang diperkata dan ianya keluar dengan selamba.

Jadi, adakah selama ini dia bertudung kerana terpaksa? Hanya kerana ingin menutup kepala yang tidak cantik, dia terpaksa patuh suruhan-Nya. Tetapi, apabila ianya sudah cantik, ditayang-tayang dan mengenepikan pula suruhan-Nya. Adakah itu tanda berterima kasih terhadap Allah s.w.t?

Apa pula pandangan orang bukan Islam bila mendengar? Tidak takutkan jika mereka berpersepsi bahawa semua Muslimat bertudung kerana rambut yang rosak? Kepala botak? Mengapa mesti menjadikan agama sebagai alas kaki? Menjadikan tempat untuk meninggalkan kotoran ke atasnya.

Saya semakin pelik…

Semakin banyak iklan kecantikan yang terpapar menunjukkan bagaimana sopannya Si Gadis ketika tidak cantik. Tetapi, hilang separuh dari pakaian asalnya apabila semakin cantik. Jika begitu, baik jadi tidak cantik. Sebabnya, kecantikan itu telah disalahguna dan hanya buat menembah kepuk dosa.

Haishh~ tak faham sungguh la saya.

11 comments:

~*puding caramel*~ said...

semua nak cantik aja... haih~

indiGoo said...

numpank lewadh...mau tuker link gak??mampir juja y k blog q kalo sempet......hehehe...

Iliana said...

puding caramel :
tak salah nak cantik, tapi jangan la sampai lupa kepada siapa yang memberikan kecantikan itu~

ingiGoo:
bisa aja mau tukar link..insyaallah jika sempat akan mampir ke sana~

alien said...

cam nak membotakkan kepala la jumaat nie..
kepada cik adik yg dalam iklan keguguran rambut.. nak rambut saya ker?
kasi tampal je.. rambutku lurus gak la..
:))

Iliana said...

haha~ adehh~
kalau tampal, keras kejung la jawabnya rambut tu~ huhu~

ALIT said...

Inilah gejala yg membimbangkan esp generasi skg.. belajar.. tapi hanya dapat luaran.. susah utk dapat rohnya. Kadang-kadang kena lihat balik pada cara perlaksanaan. Jika perlaksanaan yg bercampur baur dengan yg batil... sukar untuk.. meresap ke hati sanubari

ALIT said...

satu lagi... ialah ujian.. cantik tu kan ujian.. pass tak pass kita bila diberi kelebihan... sikit

Iliana said...

betul tu.
kalau lihat dari mata kasar je pun, dah boleh nampak mana yang benar-benar bertudung dan bukan. tapi, ada orang cakap, jika kita ikhlas, ikhlas itu akan terserlah dengan sendirinya~

Suka Bebel said...

manusia kan lalai setiap kali Allah kurniakan sesuatu buatnya? bila kesempitan baru ingat Allah.kan?huhuhu

Iliana said...

ha'ah...saya pun sama~ macam ni la agaknya orang pandang bila saya tengah lupa diri kan..masyaallah~

Al-Guz said...

ramai yg da tak takutkan Allah. Apa la nak jadi