Sunday, November 29, 2009

EDISI KAHWIN

Lihat sahaja pada tajuk, pasti ada yang terfikir, mengapalah saya ni asyik cerita pasal cinta sahaja. Ianya sama sekali tidak ada kaitan dengan status diri saya sekarang dan ianya hanyalah satu kebetulan sahaja. Cumanya, apabila saya berbicara mengenai topik ini, terasa seperti mengingatkan diri sendiri juga. Sempena musim perkahwinan ini, di samping ramai juga sahabat yang bakal mendirikin masjid, pelbagai isu yang timbul. Kebanyakanya adalah berunsur kesedihan di hati sendiri.

Walaupun saya belumlah ada pengalaman menjadi isteri seseorang, tetapi saya pernahlah juga mengalami proses percintaan. Apa yang dapat saya katakana, mahu menyatukan dua hati yang berbeza sifatnya, bukanlah satu perkara yang mudah. Orang juga selalu cakap kepada saya, saya ini kelihatan seperti seorang kanak-kanak, sentiasa ceria sehinggakan adik-adik junior sukar untuk panggil saya kakak. Kerana itu, mereka merasakan apabila saya bercinta, saya pastinya tidak akan mendatangkan banyak masalah. Betul ke?

Apabila kita mencintai seseorang, kita akan menaruh harapan yang lebih daripada orang tersebut. Sehinggakan, sekecil-kecil perkara pun, kita sudah mahu terasa hati. Cuba kita bayangkan, jika sahabat biasa yang melakukan perkara sedemikian rupa. Pastinya kita tak ambil hati sedikit pun kan? Sebab itulah, kita tak boleh nak samakan diri seseorang itu adalah sama dalam keadaan yang berbeza. Seperti kata pensyarah saya,

“Seorang teman yang baik, tak semestinya boleh menjadi isteri/suami yang baik”

Ketika bercinta, syaitan gemar sekali menduga. Makhluk ini pastinya gembira apabila mereka berjaya menggoda pasangan yang sedang bermadu kasih ini. Bermula dengan berpegangan tangan, kemudian entah apa pula yang mahu dipegangnya sehinggalah keluarnya janin hasil keterlanjuran. Alangkah sukanya si syaitan ini. Apabila bahagia, syaitan ini gemar melagakan pula.

Semakin kita hampir dengan hari istimewa, di mana kita akan disatukan secara halal, syaitan pula akan semakin resah. Mereka tidak gemar perkara ini berlaku sama sekali. Lalu digodanya lagi agar pasangan ini tidak berjaya untuk disatukan.

La Tahzan..

Janganlah engkau bersedih seandainya hubungan itu dilanda badai. Sesungguhnya, Dia yang di atas sana, lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Saya sendiri pernah berkata,

“Jika tidak dengan Si Polan ini, pasti aku tak akan kahwin. Serik!”

Tetapi, kata-kata itu akan memakan diri sendiri di akhirnya. Mana ada manusia yang tidak mahukan sebuah perhubungan suci dan kekal sehingga ke akhir hayat. Walau sepuluh kali kecewa sekalipun, peluang untuk diri sendiri sebenarnya tetap ada. Mungkin kita boleh berkata sedemikian, tetapi hati mustahil untuk menipu. Dan, kata-kata itu hanyalah untuk memujuk hati sendiri.

Sediakan payung sebelum hujan..

Kesenangan, kebahagiaan, kemewahan, kejayaan, kegembiraan dan yang seangkatan dengannya, semua itu adalah dugaan untuk kita. Adakah di saat itu, kita masih mengingati Sang Pencipta? Biasanya, kita akan leka. Lalu, apabila kita ditarik dari kesenangan itu, kita berteleku dan menudu-nudu menangis. Allah s.w.t itu tidak zalim. Jika kita bersikap adil terhadap-Nya, nescaya Dia juga akan bersikap adil terhadap kita.

Saya juga pernah dan sering melakukan kesilapan. Dan, saya belajar darinya. Islam menyediakan banyak kemudahan dan bantuan untuk kita. Mengapa perlu kita bersikap ego lalu tidak mengendahkannya? Apalah salahnya jika sujud di atas sajaddah beristikharah sebelum membuat sesuatu keputusan dan apakah salahnya jika kita melakukan solat sunat Hajat agar segalanya baik-baik sahaja?

Saya sentiasa ketakutan. Saya takut kebahagiaan yang saya miliki ini, membuatkan saya lupa diri. Saya mahu ianya sentiasa menjadi milik saya sehingga ke akhir saya. Dan saya juga tidak mahu tersasar dari landasan agama lalu lupa akan nawaitu “Lillahi ta’ala”.

Semoga cinta Adam dan Hawa itu sentiasa di sisi kita, sepertimana cinta Allah s.w.t juga yang sentiasa mekar dalam diri kita.

2 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.

Iliana said...

salam anak pedang sekeluarga~

saya agak terpana dengan kenyataan itu. maklumlah, bila dilihat bicara dari mana-mana sudut, pasti kerosakan akhlak, peningkatan kadar anak haram dll diletakkan di bahu para wanita. katanya,

"siapa suruh berpakaian seksi?"

semoga masjid itu sentiasa ditandangi umat-Nya. amin~