Monday, October 5, 2009

USAH 'TERLAMPAU'

Salam menulis kembali~

T.E.R.L.A.M.P.A.U = tindakan atau perbuatan yang melebihi had atau batasan.

Saya yakin, semua juga tahu akan apakah gerangan maksud perkataan ini. Burukkah ia? Baikkah ia? Mengikut hemat peribadi saya, ianya membawa ke arah yang buruk melebihi yang baik. Tak setuju, tak mengapa, tiada paksaan untuk mempersetujuinya. Islam juga mengajar kita untuk bersederhana dalam kehidupan.

"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesedarhanaan itu sebahagian dari iman" (HR Abu Daud)

Nafsu membuatkan manusia sentiasa berkeinginan dan mendorong kepada sikap tamak. Cuba kita kembali sejenak di bulan Ramadhan yang lalu. Bilamana kita menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan, semua pun kita mahu beli. Tak tercukup tangan mahu menjijit rasanya. Mungkin perlu disediakan troli pasaraya untuk bazar Ramadhan pada masa akan datang. Di waktu berbuka puasa, yang dikejarnya adalah air, berkole-kole habis diminum. Akhirnya, makanan terbiar basi begitu sahaja kerana tak larat mahu ditelan.

"Hari kiamat sudah hampir tiba dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah" (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Sikap bersederhana dapat memberi keindahan dalam kehidupan. Dalam pemakanan misalnya, jika kita kurang makan, kita lapar. Jika kita terlebih makan, kita senak dan muak. Cuba jika kita makan sekadar untuk memperoleh tenaga. Badan tidak terasa letih, juga tidak terasa malas untuk bergerak.

Bersederhana dalam bersahabat. Perlukah kita menjadi seorang yang terlalu baik hati? Kelak, kita dibuli. Perlukah kita menjadi seorang yang terlalu zalim? Kelak, kita dibenci. Maka, besederhanalah juga dalam bersahabat.

Begitu juga dalam pertuturan. Saya sering berasa bingitnya telinga dengan orang yang terlalu banyak cakap. Ianya hanya akan berpanjang-panjangan merapu entah apa-apa. Tetapi isinya tidak ada. Perkataan itu seperti ubat, jika sedikit bercakap memberi manfaat, jika terlalu banyak bercakap, nescaya membunuh.

Pensyarah saya pernah bertanya, "berapa lama kamu telefon pakwe atau makwe kamu? Sejam, dua jam? Ayooo...tak guna la macam tu. Cakap lima minit dah la. Kamu akan buatkan dia rasa, nak lagi, lagi dan lagi. Kalau kamu bercakap lama-lama, tu bosan namanya" (dengan satu kaki di atas kerusi hehehe).

Usah diserahkan keseluruhan hati kita kepada seseorang, kelak jika ditinggalkan, kita yang merana. Simpanlah sedikit ruang hati itu untuk diri sendiri. Itulah yang akan menjadi kekuatan diri.

Bukankah bersederhana itu indah (^_^)

12 comments:

pB said...

ada kata


sayangilah seseorang itu seadanya kerana mungkin satu hari , dia akan menjadi orang yang paling kamu benci

dan

bencilah seseorang itu seadanya kerana mungkin satu hari nanti , dia akan menjadi orang yang paling kamu sayangi dan cintai

perokoksoleh said...

salam....
sangat setuju....
ini namanya psycology...
ataupun politik hidup..

siapa yg buat benda ini,
mesti hidupnya gumbira...

smeoga berjaya jadi golongan mutawwasid yana....

ps:-asal pendek sngt?nak exam ker?

Iliana said...

pb :
betul betu betul...sebenarnya, bersederhana itu adalah mengikatkan diri sendiri juga (sediakan payung sebelum hujan)

perokoksoleh :
salam..
yup..dalam diri sendiri juga kita sudah berpolitik kan..amin~ mudah-mudahan..

p/s : hehe..tulang empat kerat dah habis dikerat-kerat..ni je yang tinggal huhu ;p

arnamee said...

Salam.

yerp, yg pnting kesederhanaan .
beajar dan terus belajar utk duduk ditengah2.
antara garisan dan batasan.

^_^

Iliana said...

arnamee :
salam..
tapi, jangan duduk ditengah-tengah ketika membuat keputusan ya..itu hanya langkah mengelak sahaja hehe ^^

arnamee said...

eheh.
kak Iliana, yerp, waktu membuat keputusan dan pilihan memang elaklah dari bersikap demikian, cuma dalam perbuatan tetap dalam kesederhaan :)

p/s: dalam memberi pandangan ini contohnya, anem budak baru belajar..^_^

BuDakHutaN said...

Salam :)
bersederhana itu baiek.. tapi untuk berjaya kadang2 kita kena berusaha dengan lebih dari sederhana...
:)

Iliana said...

arnamee :
hehe...apa pun, lakukanlah yang terbaik ya..perlu tahu di mana tempatnya..

p/s : saya juga masih lagi budak baru belajar kekeke ;p

budak hutan :
salam ^^
ya, betul tu..dalam pelajaran, ataupun usaha mestilah lebih sikit..tapi, jangan sampai terlampau juga kot..nanti boleh sakit hehe

Jard The Great said...

hehe.. betul tu.. terima kasih atas tazkirah pd hari jumaat yg mulia neh.. ;p

Iliana said...

jard:
hehehe tazkirah yang diilhamkan dari seorang pensyarah..
semoga tazkirah ini berguna ^^

elmoudy said...

sederhana...
kan menjadi rasa yang menentramkan
bagi jiwa n hati
karena dengan sederhana
segalanya akan terlihat secara seimbang
tanpa sikap berlebih
tanpa ada tambahan yg sia

salam dari sahabat di Indonesia yaapp

Iliana said...

elmoudy :
ya, rasa bersederhana itu sangat menenteramkan jiwa..tiada sebarang paksaan, dan tidak terasa diri ini terbeban..

selamat datang ya
salam kenal (^_^)