Tuesday, October 13, 2009

LELAKI LEBIH KOMPLEKS?

Kali ini, saya tergerak untuk bercerita mengenai kaum Adam pula. Al-maklumlah, Teruna dan Dara ibarat dua magnet yang berbeza, satu kutub utara dan satu kutub selatan. Bila didekatkan, tarikannya amat kuat. Maka, saya sebagai seorang perempuan, juga tidak boleh lari dari bercerita mengenai lelaki.

Orang selalu cakap, perempuan ini kompleks. Emosinya mudah berubah, walau hanya dengan sekelip mata. Berdasarkan stuktur badan sahaja pun, orang menilai perempuan sebagai makhluk yang ‘complicated’. Manakala lelaki pula makhluk yang ringkas dan mudah difahami isi hatinya. Dari apa yang saya dapat rungkaikan, lelaki sekarang lebih kompleks berbanding perempuan. Opsss…bertenang ya saudara dan saudari sekalian. Tapi, itu adalah apa yang saya rasakan. Betul ke?

Lelaki pun berdandan juga

Jika dahulu, lelaki terkenal dengan gaya yang ringkas. Manakala perempuan pula mesti nak cat sana cat sini mukanya. Tetapi, apabila lelaki sudah berada di era metroseksual, mereka pun sama naik dengan perempuan. Lelaki turut menjejakkan kaki di spa. Malahan, jika dilihat di YouTube, lelaki juga ada tutorial make-upnya. Jika dahulu, majalah REMAJA hanya menfokus kepada perempuan, kini sudah berubah. Malah, timbul pula majalah khas untuk lelaki yang bernama Maskulin.

Lelaki suka berterus terang?

Iya ke? Hurmmm…saya rasa, tidak! Dari apa yang ditunjukkan oleh kaum lelaki di sekeliling saya, mereka tidak begitu. Malah, perempuan pula yang jadi muka tembok, bercakap lurus. Jika suka, cakap suka. Tetapi, lelaki pula cakapnya berbunga-bunga sampai lentok perempuan itu dibuatnya, tapi, akhir katanya adalah “kita kawan sahaja”. Dalam masa yang sama, masih mengejar. Apakah itu? Perempuan jika tidak suka akan sikap seseorang walaupun lelaki, dia akan terus menjauhi. Tetapi, lelaki akan tetap juga merapati.

Siapa melamar siapa?

Yang ini, saya lagi la hairan. Kebanyakan kaum lelaki sekarang, mereka ini lebih memilih untuk menunggu perempuan datang melamar mereka. Ehh..bukanlah yang bawak dulang hantaran itu ya. Tetapi, untuk menjadi pasangan kekasih. SMS dah selalu, telefon pun berjam-jam, ayat bunga-bunga layu di pusara – yang perempuan pula dah meleleh-leleh cair dibuatnya. Tetapi, tak juga keluar ayat-ayat cinta dari mulut dia. Akhirnya, perempuan pula yang cakap, “kita couple nak tak?” Masa tu, laju pula jawab “ya”. Malu-malu, tapi mahu.

Yang masih kekal pada lelaki adalah….

Motor Ego keluaran Yamaha hehe..Ego mereka. Sukar sekali untuk mereka berterus terang hanya dek kerana ada tembok besar yang didirikan oleh syarikat Ego sdn.bhd di dalam diri mereka. AKhirnya, perempuan pula yang di labelkan dengan tak tahu malu. Untuk mengakui sesuatu fakta juga sukar. Contohnya, abang saya sendiri (minta ampun ya abangku). Sekarang, mana-mana kereta pasti ada FlipFlop, comel kan? Tetapi, dia kata “TIDAK!” untuk kereta dia. Tak lama kemudian, dia beli dan letak di dalam ofis. Malangnya, benda itu tidak mem’flip’ dan tidak mem’flop’ walaupun diletakkan betul-betul di bawah cahaya lampu. Dan, dengan perkara itu sahaja, selama hampir sebulan dia dok tanya kami semua, kenapa benda itu tak bergerak. Ya ampun~ oh, abangku…kamu ini sungguh melucukan (dalam masa yang sama, saya pula mempertikaikan ke mana hilangnya kek hantaran kahwin dia huhuhu).

Jadi, betulkah lelaki juga sudah seperti perempuan? Apa ya puncanya? Menurut hemat saya yang tidak berhemah ini, saya rasakan ianya ada sedikit sebanyak kerana perempuan kini sudah ramai yang sama tarafnya dengan lelaki dari segi ekonomi dan pendidikan. Di universiti, majoritinya adalah perempuan. Di sektor perkerjaan juga, sudah ramai perempuan menduduki tangga CEO malah mempunyai perniagaan dan empayar sendiri.

Secara tidak langsung, sikap perempuan juga berubah. Dan, perempuan juga suka akan persaingan. Di dalam persaingan ini, mungkin lelaki mereasakan mereka juga sudah setaraf dengan perempuan, maka mereka menjadi sedemikian. Haiyaa…saya juga tidak tahu apakah punca sebenarnya.

Oh ya, ingat ya, ini hanyalah berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling saya, di sekeliling anda bagaimana pula? Mungkin berbeza. Persoalan dari saya lagi, mungkinkah ini salah satu kita sudah semakin hampir dengan Hari Kiamat?

Wallauhalam min sawaf~

19 comments:

en_me said...

hmmm.. ghitewww..

~*puding caramel*~ said...

semakin sedikit bilangan, semakin tinggi egonya..mungkin sebabn terasa diri berharga?

hehe..

Iliana said...

en_me :
gitew lew hehehe

puding caramel :
ha'ah ye..mungkin terasa diri semakin eksklusif..aduh, jangan lepas ni, mereka pula minta dipinang udah le ;p

kronoshawk said...

mungkin ni salah satu sebab cik iliana maseh single..?? hehh..

FarhanaLicious said...

hehe. betul. seratus peratus betul. huhu

Iliana said...

kronoshawk :
eh, mana saudara tahu yang saya masih single? huhu~
jawapan : itu peribadi hehe

farhanalicious :
terima kasih sebab setuju hehe

Perokok Soleh said...

salam..

hahaa...entry besh

-Lelaki pun berdandan juga?
xramai mcm nie....kalau sempoi,
xder makna nak dandan2x nie...

-Lelaki suka berterus terang?
haha...yg nie 50-50,

-siapa melamar siapa?
no komen...xpernah terpikir,haahhaaaa....

-EGO?
hahaa...yg nie setuju 100 peratus....,
sbb tue laki lebih rela xkawin dari kena paksa tinggal rokok...hohoho


ps-tambahan dariku...

kini,wanita senang nak di-ayat...
hehehe....dan senang diMANIPULASIKAN...hehe

nahmy said...

salam..
lelaki mmg makhluk kompleks...klu tak caya tgk yg melepak kat komplek-komplek membeli-belah tu, ramai lelaki. kekadang tu lelaki tu sendiri tak tahu sbb apa dia 'kompleks'...itu yg kompleksnya tu, pastu dia suruh org lain pahamkan dia plakk!

Iliana said...

perokoksoleh :
salam...
hehe...maksud saya sudah semakin ramai bilangannya ya..ini agak merbahaya hehe ;p

alamak kena balik nampak..
hurmm mungkin juga..sebab bilangan perempuan semakin ramai, lelaki pula semakin sedikit..jadi, bila dah ada yang nak, laju je la cakap "ya ya ya saya setuju" heh heh heh ;p

Iliana said...

nahmy :
salam...
aduhai, patut la kaum lelaki pun terkesan menjadi kompleks ya..

dengan ini, saya mengumumkan, hubungan antara lelaki dan shopping complex adalah berkadar terus ;p

arnamee said...

salam iliana.

masing-masing kompleks.
tapi sikap ego yang terlampau
dan sukapendam2 sang lelaki itu yang
membuat perempuan sedikit kompleks.

setuju yg, memang berkadar terus, cuma ada kompleks membeli belah yang bertaraf tinggi mahupun sederhana. lalala;p

Iliana said...

salam arnamee

hehe..ya memang betu, kita sama kompleks tp kadang2 sikap terlampau yang menyebabkan terlihat seperti terlebih kompleks..

haaa..yang tu, saya putuskan bahawa ianya berkadar selari pula hehe

13may said...

saya nak komen apa yea....hehhe hehhe

Iliana said...

nk komen ape?? da komen da pun hehe~

Anonymous said...

heypersonals [url=http://loveepicentre.com/]music mates dating[/url] best online dating tips http://loveepicentre.com/ adult dating personals

Anonymous said...

hp laptop batteries [url=http://www.hqlaptopbatteries.com/-2430-laptopbatterymodel1442.html]Fujitsu laptop battery[/url] Averatec Laptop http://www.hqlaptopbatteries.com/battery-3600-batterytype1.html sony laptop
Discount notebook batteries [url=http://www.hqlaptopbatteries.com/-400-laptopbatterymodel149.html]LAPTOP Magazine[/url] replacement laptop batteries http://www.hqlaptopbatteries.com/-5504wxmi-laptopbatterymodel1150.html IBM laptop battery
compare prices laptop batteries [url=http://www.hqlaptopbatteries.com/-a135-s2306-laptopbatterymodel1787.html]laptop review[/url] IBM laptop battery http://www.hqlaptopbatteries.com/-nc6120-laptopbatterymodel522.html LG Laptop

Anonymous said...

mans clothes stand http://luxefashion.us/brown-beige-women-color183.html deer stage shoes [url=http://luxefashion.us/yellow-lilac-dressy-tops-color196.html]zcoil shoes[/url] jeff kleinman
http://luxefashion.us/43-men-size49.html kids clothes stockport [url=http://luxefashion.us/gray-t-shirts-for-men-color99.html]clothes pins and nipples[/url]

Anonymous said...

grand casino mille lac http://wqm.in/slot blackjack ii moto q
[url=http://wqm.in/gambling-online_legalized-gambling]littlewoods baccarat[/url] blackjack cases [url=http://wqm.in/online-casino_free-blackjack-game-free-casino-bonuses]free blackjack game free casino bonuses[/url]
uk bingo cash http://wqm.in/roulette_casino-gambling-roulette-gambling
[url=http://wqm.in/betting_betting-structure-of-limit-hold-em]the real casino[/url] sports betting gambling sportbook [url=http://wqm.in/online-casinos_internet-casinos-play-roulette-game]internet casinos play roulette game[/url]
casinos keno casino game http://wqm.in/poker-online_full-tilt-poker-book-reviews star casino [url=http://wqm.in/online-casino_downloadable-casino-an-poker]downloadable casino an poker[/url]

Anonymous said...

halloween scary movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_xtro_3_watch_the_skies/]xtro 3 watch the skies[/url] patricia sex movie http://moviestrawberry.com/films/film_the_devil_s_chair/ the phantom movie
old movie magazine [url=http://moviestrawberry.com/films/film_on_the_doll/]on the doll[/url] movie plus 5 troubleshooting http://moviestrawberry.com/films/film_star_trek_the_wrath_of_khan/ down to earth movie
lesbian grandma movie galleries [url=http://moviestrawberry.com/films/film_black_irish/]black irish[/url] final fantasy movie animation software
trail of tears movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_son_of_rambow/]son of rambow[/url] info on the he man live action movie http://moviestrawberry.com/hqmoviesbycountry/country_usa/?page=83 cambridge mn movie theatre
wanderlust the movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_pokemon_lucario_and_the_mystery_of_mew/]pokemon lucario and the mystery of mew[/url] movie review christian because i said so http://moviestrawberry.com/films/film_butterfly_effect_revelation/ michael clayton movie review