Saturday, October 17, 2009

KENAPA PERLU ADA PASANGAN?

Izinkan saya mengulangi soalan yang sama seperti tajuk di atas – ‘KENAPA PERLU ADA PASANGAN?’ Seperti terciptanya Adam dan Hawa, langit dan bumi, siang dan malam, kanan dan kiri, semuanya berpasangan. Jadi, mengapa seorang lelaki memerlukan teman wanita dan sebaliknya?

Mencari pasangan merupakan salah satu misi hidup kita. Ramai yang berkata, ada kerjaya yang baik, ada harta yang banyak, ada tubuh badan yang sihat, tetapi jika tidak ada teman hidup, kehidupan menjadi suram tak bermaya. Jiwa seolah-olah kosong.

Sebaliknya, jika kita berpasangan, walaupun kita tidak ada semuanya, hidup tetap terasa indah. Hanya dengan kehadiran seorang teman di sisi, kaki terasa kuat untuk berdiri walau ribut datang melanda. Mengapa ya?
Salingan sedikit

Soalan ini diajukan oleh pensyarah International Marketing, Dr. Noor Azmi (saya pernah kongsikan kisahnya sebelum ini) di dalam kelas. Walaupun soalan ini Nampak seperti ringkas, tapi ianya sama sekali membuatkan kami sedikit tersentak. Fikiran ligat berfikir, kenapa, kenapa dan kenapa?

Adakah ianya disebabkan lumrah kejadian? Atau naluri kita sebagai manusia? Atau keperluan akan sebuah kasih sayang? Owh~ sesungguhnya, saya juga tidak tahu apakah sebabnya yang sebenar.

Ada yang menjadi murung hanya kerana cemburu dengan orang yang berpasangan, lalu mula merasa rendah diri. Ada yang sanggup berfikiran pendek, membunuh diri apabila gagal dalam percintaan. Ada juga yang sanggup lari meninggalkan keluarga hanya kerana sebuah perhubungan. Semuanya gara-gara ‘pasangan’!

Mengapa?

Sebenarnya pasangan itu adalah pelengkap. Lelaki dan perempuan, satu gabungan yang mambawa kepada kesempurnaan. Sepertimana Si Suami memerlukan layanan seorang isteri dan Si Isteri memerlukan perlindungan suami, itulah perlunya pasangan.

Apa pula kaitannya dengan International Marketing?

Hehe..ini sememangnya adat pensyarah ini yang gemar mengkaitkan topik dengan realiti kehidupan. Secara kebetulannya, kami sedang dalam topik ‘collaboration’. Mengapa dua syarikat perlu bergabung? Kerana ingin menggabungkan dua kekuatan yang dapat menutup kelemahan, lalu menghasilkan kesempurnaan.

Kan mudah untuk difahami. Dapat dua ilmu dalam satu masa secara percuma. Memang berbaloi!

Terima kasih Dr. Noor Azmi.

p/s : Jangan percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.

11 comments:

Wardatul Shaukah said...

salam kak yana.

maaf lama sungguh tak meninggalkan jejak di sini. hidup ini sentiasa sibuk hehe

ehem. saya melihat akhir-akhir ini kak yana sering buat entry berkenaan perempuan-lelaki-pasangan. apakah maksudnya? :D

untuk entry yang bertajuk seperti ini, saya tak nak komen apa. yang cuma ingin saya nukilkan adalah sebuah kata-kata keramat Prof Hamka yang saya gemari;

"Perempuan kuat perasaannya. Lelaki kuat fikirannya. Kekukuhan satu rumahtangga harus merupakan gabungan perasaan dan timbangan fikiran. Jadi siapa lagi yang akan dapat membimbing perasaan kalau bukan fikiran." -Prof Hamka

;)

nahmy said...

pasangan adalah juga satu 'kurniaanNya'...menjadikan kehidupan lebih indah, tenang & ceria (sepatutnya). jadi...terimalah kurniaanNya itu sebolehnya & sebaiknya.

Alit said...

Lama dah tak ke alam siber secara santai.. Makin kompleks hidup Melayu moden ni.. Dulu mudah saja.. lahir, sekolah, kerja, kawin, beranak, kawinkan anak, pergi haji... Tapi sekarang, kawin dianggapkan collaboration.. prinsipnya ok, tapi harus hati-hati rohnya belum tentu lagi..

pencinta bahasa said...

salam kak yana..
dh lama tak komen kat blog ni..isi2 yang akak sampaikan sentiasa menarik dan berguna. tak boleh nak komen banyak sangat pasal topik2 pasangan ni. maklumlah,budak bawah umur.:P tapi paling suka kata2 terakhir dalam entry ini..

zafi said...

lelaki dan wanita itu dicipta berpasang pasangan... sebagai pelengkap kehidupan... tiada jadinya yg satu andai tiada lelaki dan perempuan...
saya juga dlm misi mencari pasangan :)

Iliana said...

wardatul shaukah :

salam ^_^
lama juga kita tak betemu~
saya sangat suka akan kata-kata itu..sungguh padu..dah diletakkan di FB hehehe
err...maksudnya?? kebetulan sahaja ya -->

Iliana said...

nahmy :

ya, setiap yang diciptakan itu adalah berbeza..mana mungkin kita sama..tapi, mencipta persamaan di atas perbezaan, itu sangat indah

Iliana said...

alit :

salam~ lama sekali tak bertemu..
kenapa ya? mungkin manusia kini sudah berfikiran terlalu jauh..erm..memang terasa hidup ini makin kompleks huhuhu T__T

Iliana said...

pencinta bahasa :

salam bertemu ^^V
hehehe..satu hari nanti, kamu juga akan mengalami..memiliki dan dimiliki secara matang dan hakiki..selamat menghadapi hehe

Iliana said...

zafi :

berpasangan itu umpama membaja hati yang layu..ianya indah, dan menguatkan..tapi, jika menyakitkan??? hehe..

p/s : bak kata makcik saya, biar lambat asal selamat..mencari pasangan untuk seumur hidup, bukan sehari dua..good luck ^^

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....