Friday, October 9, 2009

JENAYAH TANDA TANGAN

Fenomena kini, pelajar gemar merekod kehadiran, tapi orangnya tidak ada. Ada yang dah 'touch' kemudian terus pergi, ada juga yang menyuruh rakan tandakan kehadiran untuk mereka. Adilkah berbuat demikian? Sedangkan ramai orang berpaku punggung mendengar kuliah, mereka bersenang-lenang berbuat demikian. Di akhirnya, mereka sebaris dengan kita di dalam dewan peperiksaan.

Tetapi, pernahkah kita terfikir, apakan akibat berbuat demikian?

Kita sering fikirkan kemudahan kita dan kemalasan punggung kita untuk menghadirkan diri ke kelas. Tapi, pernahkah kita terfikir kesannya kepada orang lain?

Pernah satu ketika dahulu, di Batu Pahat, Johor, seorang pelajar perempuan belesan tahun ditemui mati akibat dirogol dan dibunuh kemudian dicampak ke dalam gaung. Tak lama kemudian, seorang suspek ditangkap dan ketika perbicaraan mahkamah, semua bukti menunjukkan lelaki itu yang melakukan kerja hina tersebut. Malangnya dia dibebaskan begitu sahaja.

Mengapa?

Kerana rekod kehadiran di tempat kerja lelaki tersebut menyatakan bahawa dia berkerja ketika itu. Benarkah? Sebenarnya tidak. Seorang rakan telah menandatangankan begi pihak dia.

Berapa banyak orang yang menanggung hutang tak habis-habis akibat tanda tangan mereka ditiru. Adilkah bagi mereka? Hidup ini, usahlah jadi seperti parasit, menumpang zat orang lain untuk kebaikan diri sendiri. Kita terima apa yang kita buat, kerana itulah usaha kita.

Fikirkanlah...satu perkara yang dipandang remeh, mampu membawa impak yang besar. Apakah tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar? (Saya yakin, semua pun tahu). Apalah salahnya, jika kita tidak hadir, jujur sahaja bahawa kita tidak hadir.

Dan, kepada insan-insan yang bermurah hati untuk menandatngankan itu, anda juga sebahagian dari penjenayah yang diburu.

2 comments:

Suka Bebel said...

Selamat ari raya maaf zahir batin! lama sangat dah tak singgah singgah ni.almaklumlah....hehe

Iliana said...

selamat hari raya~
maaf juga dari saya (^_^)
itulah, lama tak muncul..
jom ziarah menziarahi hehe