Thursday, September 3, 2009

SOALNYA HATI

Nak bercerita tentang filemkah? Owh~ sama sekali tidak. Tapi, hanya sedikit kisah yang mementingkan kesedaran sivik dalam mengenal erti kata ‘HORMAT’.

Pernahkah kalian bertanya di dalam hati, “kenapa aku penat-penat jaga hati dia, dia sikit pun tak jaga hati aku”.

Saya percaya, sebagai manusia biasa, pastinya pernah terdetik walau sekali di hati kecil kita. Mengapa? Kita sebenarnya harus sedar, Tuhan menciptakan manusia ini dalam kadar yang pelbagai. Pelbagai tahap pemikiran, pelbagai keistimewaan, pelbagai kemampuan, segala-galanya pelbagai. Masakan populasi dunia yang berbilion ini semuanya sama. Maka, akan hilanglah keindahan sebuah kehidupan jika ianya sedemikian.

Kita dehidangkan dengan kata ‘pelbagai’ kerana ianya adalah hadiah dari Tuhan. Dengan kepelbagaian itu, kita dapat membuat pilihan. Mencari yang terbaik! Bukankah kepelbagaian itu satu anugerah yang harus disyukuri bukan ditangisi?

Hidup ini indah kerana sebuah usaha. Usaha kita dalam mencari, mencari dan terus mencari. Bayangkanlah jika kita hidup tanpa mengenali apa itu ‘usaha’. Tawarnya hidup ini kan. Kejayaan yang hadir dari usaha sangat manis.

Jadi, mengapa mesti kita keluhkan atas setiap perbezaan yang timbul? Bilamana ada ketidakserasian, kita menuduh mula mengkecam. Lalu, jadilah majlis umpat-umpatan. Akibatnya, hati sendiri yang gelap. Bila hati sendiri dah gelap, orang pula yang tidak suka dengan kita.

Mengapa perlu difikirkan terlalu dalam akan sikap orang lain? Bagi saya, biarlah dia dengan cara dia. Jika serasi, kita terima. Jika tidak, kita lepaskan. Hidup ini tiada paksaan yang memaksa kita untuk menerima. Sebab itu, Tuhan bagi kita pilihan. Tapi, lumrah manusia, itu pun mahu dikeluhkan.

Soalnya hati.

Jika hati kita bersih, nescaya diri kita akan senang. Semua masalah yang datang, bukanlah satu masalah yang berat. Tapi, hanyalah satu lumrah kehidupan, satu perkara biasa. Jika kita terasa hati, senyumlah. Berdoalah agar senyuman itu mampu mengikhlaskan semua perkara. Tak perlu kita simpan, tak perlu kita membalas, malah lepaskanlah.

Sentiasalah memanjat doa, agar kita dikurniakan hati yang suci, terhindar dari rasa hasad dengki dan iri hati. Kerana hati yang baik, akan membuatkan kehidupan kita juga menjadi baik.

Besi itu kuat tetapi api mampu melelehkannya.api itu kuat tetapi air mampu memadamkannya.air itu kuat tetapi matahari mampu mengeringkannya.matahari itu kuat tetapi awan mampu menutupinya.awan itu kuat tetapi angin mampu memindahkannya.angin itu kuat tetapi manusia mampu menahannya.manusia itu kuat tetapi marah dapat menguasainya.marah itu kuat tetapi tidur dapat mengatasinya.tidur itu kuat namun mati ternyata lebih kuat.yang paling kuat adalah kebaikan, walau ia sudah mati.

Akhir kata, sentiasalah berbuat baik. Insyaallah orang akan membalas segala kebaikan kita dengan sendirinya. Jika tidak, Tuhan akan membalaskannya.

"Seorang muslim adalah saudara kepada saudaranya yang lain. Tidak boleh di aniayai, tidak boleh di biarkan tanpa perlindungan. sesiapa yang mengambil berat tentang seorang muslim yang lain, maka Allah akan mengambil berat tentangnya. Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan kesusahannya yang terdiri daripada kesusahan akhirat. Sesiapa yang menutup aib orang lain, maka Allah akan menutup aibnya" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

p/s : jangan salahkan Ramadhan yang menyebabkan sebuah kemarahan, perut lapar katanya. Lupakah kita, Ramadhan itu sebenarnya sedang menzahirkan siapa kita sebenarnya.

9 comments:

Sifu Mirza said...

salam ramadhan yana..

apa khabar awak?

moga ramadhan kali ini memberi lebih erti buat yana dari ramadhan sebelumnya..

:-)

izman said...

hati sendiri lebih baik dijaga.

{lumut} said...

best~~~

benar apabila diuji..
kita perlu cek balik diri sendiri..
kalau hati sendiri busuk..
busuklah yg kita dpt..

pk la sendiri..

Iliana said...

sifu mirza : salam ramadhan kembali^^ khabarya baik aja..amin~ mudah-mudahan ramadhan kali ini adalah lebih baik buat kita semua~

izman : memang, sebetulnya diberatkan akan hati sendiri, bukan orang lain

{lumut}: terima kasih..jika hati kita bersih, kita sendiri akan terasa tenang kan. tak kiralah apa yang berlaku.

alien said...

salam ramadhan..
hati..
kene hati-hati

Iliana said...

Alien : Salam Ramadhan kembali~
ya, nampaknya hati-hati itu berasal dari hati kan...terima kasih kerana menampakkan sesuatu yang kabur~ (^_^)

13may said...

Dam dam dum...bunyi mercun

Selamat hari raya :)

abuyon said...

salam Iliana,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya makcik Na ..
pinta anak-anakku ..hehe

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik