Saturday, September 26, 2009

AIDILFITRI MUNCUL KEMBALI



Hehe..grafik 1Malaysia tu..Owh~ bukan bodek tapi sebab comel. Nampaknya agak terlewat saya berkongsi semangat raya di sini. Memandangkan Syawal itu satu bulan lamanya, rasanya masih berkesempatan lagi untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang berkunjung ke sini.

Catatan raya saya tahun ini serba pantas ala-ala sedikit huru-hara. Dengan tibanya di rumah sehari sebelum raya, persiapan juga tidak ada, seperti lipas yang kehilangan kaki mula mengemas dan memotong segala apa yang ada. Akhirnya, terhidang juga juadah istimewa raya seiring dengan alunan takbir yang begitu gemersik.

Kejutan demi kejutan. Saya sudah tua nampaknya. Itu apa yang saya rasa bila ramai kawan rapat mula bersuara, "bulan 12 ni aku kahwin". Dengan nada terkejut unta, mata kami terkebil-kebil menelan realiti. Itulah beritanya, tiga orang sahabat saya akan ke mahligai rumah-tangga.

Di saat, duduknya saya di dalam bas untuk pulang ke kampus, di saat itu jugalah rakan-rakan saya sedang berombongan ke Perak bagi mengikuti majlis meminang saudara Megat Zulhilmi, sahabat saya yang rayanya penuh membisu, gementar agaknya. Jika perempuan jadi dayang-dayang menangkat dulang, lelaki pula apa ya? Dayung-dayung kot hehe...

Apa pun, saya terasa raya kali ini penuh kematangan perangai dari sahabat handai. Yang ketara, saya seorang sahaja yang masih digelar 'budak-budak'. Ceria itu kan awet muda huhu...Walaupun hanya dengan biskut raya, perlu ceria!

Dengan itu, di kesempatan ini, ehem ehem..ermm..saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf atas segala ketersilapan saya selama ini. Sesungguhnya saya tidak berniat untuk itu.

Dan kini, kembali duduk di atas kerusi, membaca, menaip dan membaca lagi, menulis, mengira dan membaca lagi, membaca, membaca dan membaca huhu~

4 comments:

Kasawari said...

perempuan dayang.. lelaki dayung.. ha ha lawak seh...

hidup mesti ceria kan.. huhu

nahmy said...

ceria di hari raya tentunya!. Salam Lebaran.

Sifu Mirza said...

salam aidil fitri yana & famili..

moga terus hebat senantiasa..

:-)

Iliana said...

kasawari :
hehe..dayung sampan..jangan lain maksudnya udah la..bukan betul nih~ haishh~
ya..ceria (^_^)V

nahmy :
salam lebaran kembali =>

sifu mirza :
salam aidilfitri..hebat??? aduh..minyak petrol dah habis dah ni sifu huhu~