Saturday, August 22, 2009

IMPIAN RAMADHAN

Salam Ramadhan al-Mubarak semua..

Saat mata terpandang tarikh terakhir blog ini dikemaskini, wah~ hampir sebulan yang lalu rupanya. Patutlah, bila di YM, ada sahaja yang berkata, "update la blog tu". Malangnya, fikiran saya terus-terusan tertumpu kepada tiga kertas projek yang masih berangka, isinya tiada. Menggaru-garu kepala mencari idea kreatif untuk dibangunkan bagi melahirkan idea baru yang bersifat inovatif, produktif dan segala macam 'tif' serta satu perasa baru, idea konsep mestilah berdasarkan 1 Malaysia. Uishhh~

Dalam pada masa itu, muncullah pula satu virus yang banyak sekali nama glamornya - Influenza A, H1N1, selesema babi dan macam-macam lagi. Dalam saya bermain galah panjang dengan virus ini, akhirnya saya turut terkena tempiasnya.

Doktor : Suhu badan awak agak panas ni. Boleh makan tak?
Pesakit : Tak (jawab pendek sebab suara tidak ada)
Doktor : Tiga hari kalau tak baik lagi, pergi hospital cek darah ya. Ramai dah yang mati ni.

Balik dengan sebungkus ubat, terus berusaha untuk isi makanan biar bertenaga untuk lawan virus. Alhamdulillah~ kembali pulih. Dan, Tuhan itu sangat penyayang. Ketika saya lemah tak berdaya, hati saya sering berdetik, 'bagaimana dengan Ramadhan kali ini?' Saya mahu menghidupkan Ramadhan kali ini, saya ingin turut bertarawih, saya ingin mengkhatamkan al-Quran, saya ingin bersedekah.

Terima kasih Ya Allah~

Dua hari sebelum 1 Ramadhan, Dia kurniakan saya tubuh yang sihat. Bukan setakat boleh makan, malah mampu masak sendiri. Kemudian, terima pula satu mesej dari BIBM yang menyatakan wang terunggak selama empat semester kini sudah diterima. Bukankah Allah s.w.t sedang mengkabulkan permintaan saya untuk bersedekah?

Allahu Akbar~

Diturunkan-Nya sakit kepada saya. Dihadiahkan-Nya dengan memakbulkan semua permintaan saya. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Besar, Engkau Maha Mengetahui akan sesuatu yang tidak saya tahu. Berikanlah petunjuk-Mu, agar diri ini dan semua umat Islam sentiasa di jalan-Mu. Jika Engkau baikkanku, Engkau baikkanlah juga semua saudaraku.

Jika baik akan sesuatu niat itu, tiada alasan untuk mengapa Allah s.w.t tidak memakbulkannya. Maka, tidak rugi untuk sentiasa berniat baik kan?

Semoga Ramadhan kali ini, akan membawa sesuatu untuk kita semua.

Marhaban Ya Ramadhan

7 comments:

Faridrashidi said...

Assalamualaikum,

Satu lagi nama glamor yang tertinggal.. iaitu SWINE FLU.

Syukurlah kamu tidak apa-apa. Bersyukurlah juga sebab kamu sudah mampu mengupdate blog. Teruskan menulis walaupun sebaris.

Berniat baik untuk melakukan kebaikan walaupun tidak berjaya melakukan tetap saja mendapat pahala di sisi Allah.. Insya'ALLAH.

Jom lumba khatam al-Quran!

izman said...

selamat berpuasa eleeyana

nahmy said...

assalamualaikum..

nikmat Allah yg mana lagikah hendak dinafikan?....selamat mengimarahkan Ramadhan al-mubarak

Yunus Badawi said...

Salam.
Selamat menyambut bulan Ramadan dan semoga kita memperbanyakan amalan di bulan yg mulia ini.

Permata Nusantara said...

Niat itu sendiri sebenarnya doa...sakit itu pengampunanan dosa2 lalu...syukur kamu sudah kembali sihat dan mampu menghangatkan lagi susana ramadhan kali ini..moga impian tercapai lagi ya...

saya juga terkena tempias demam yang saya rasakan paling teruk sejak beberapa tahun lalu..moga Allah ampun kan dosa saya yang lalu..amiinn...(^_^)

Suka Bebel said...

Alhamdulillah semuanya sudah selamat.semuga dapat tunaikan apa yang dihajati. selamat berpuasa dan selamat beramal.hehe

13may said...

Selamat Berpuasa :)