Thursday, July 2, 2009

SELAMAT TINGGAL

Salam hormat semua..nampaknya, saya semakin malas untuk mengemaskini rumah maya yang kian bersawang. Malah, saya juga semakin kurang berkunjung ke rumah saudara jiran tetangga rumah Lukisan Alam. Owhh~ maaf sekali ya sahabat. Mungkin saya berada dalam emosi bercuti yang membuatkan saya tersangatlah ingin merehatkan minda dan diri.

Dan hanya beberapa jam sahaja lagi, saya akan berangkat pulang bagi meneruskan pembelajaran di semester baru. Dengan itu, inginlah saya mengucapkan selamat tinggal kepada semesta lepas. Oh ya, saya juga ingin mencatatkan beberapa perkara yang paling segar di hati saya sepanjang semester lepas. Maaf ya jika entri ini tidak memberi manfaat kepada anda (tiada paksaan untuk turut membacanya).

Cuti oh cuti  Memang agak kurang kenikmatan cuti kali ini. Mana taknya, baru daftar sem beberapa minggu, dah cuti pertengahan semesta. Kemudian, lama baru nak sampai ke cuti akhir semesta. Walaupun cuti akhir semesta kali ini dua bulan, bagi saya, ianya hanya sebulan sahaja. Dek kerana satu program dan timbul masalah dalam penghantaran laporan program.

Subjek susah  Bahasa asing – mandarin. Kelasnya pada waktu malam (malam Jumaat pula tu), jadi sepanjang semesta tersebut, saya tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana program solat hajat atau bacaan yassin beramai-ramai. Tambahan lagi, setiap minggu ada dua ujian.

Subjek penat  Pengurusan Rantaian Bekalan. Sebabnya, paling banyak tugasan, paling banyak pembentangan dan subjek kedua terbanyak ujian berbanding subjek-subjek lain hehe.

Program bermasalah  Khemah Kecemerlangan Kepimpinan (Triple’K). Bajet yang besar dan tahap ekonomi yang jatuh. Banyak perubahan di saat akhir yang membuatkan saya pening kepala mencari jalan alternatif.

Aktiviti berharga  Gotong-royong buat cekodok. Ohoho~ memang seronok buat eksperimen depan kuali besar beramai-ramai. Bentuk kapal UFO ada, bentuk kaki ayam pun ada. Lagi satu, aktiviti latihan gasing. Tak sangka, melempar gasing boleh menghasilkan satu bunyi yang menakutkan. Seolah-olah tali cemeti hinggap menyebat muka. Dan, bukan mudah nak memusingkan gasing rupanya.

Tahap kesihatan  Setakat ini, adalah yang paling rendah. Setiap bulan saya demam. Letih sangat barangkali.

Baiklah, nak dicatatkan semua pun, tiada gunanya. Ini semua adalah proses pembelajaran saya. Segala penat dan lelah, bukankah satu perkara biasa bagi setiap yang ingin berjaya. Maka, doakan di semesta baru saya adalah yang lebih baik berbanding yang lepas-lepas.

p/s : masih dalam usaha mencari mood untuk menulis secara serius huhu~

6 comments:

Sifu Mirza said...

salam yana...

sesekali yana perlu berehat...

rehat minda, emosi, ruh & jasmani..

:-)

rehatlah barang sebentar..
saya doakan yana kembali bertenaga..

:-)

nahmy said...

bukan selamat tinggal...ttp tarik hand brek sekejap, enjin tetap hidup (wlupun sekejap tu mungkin sebulan atau setahun)...

Farid Rashidi said...

Selamat kembali ke alam kampus..moga semuanya baik-baik saja.

akliena said...

salam yana
keep up !

u can do it.

Anonymous said...

selamat kembali menempuh alam kampus

[S]itie [B]Um [B]Um said...

jgn la rehat lama.. =)